Followers

genap 2 tahun ke PLKN

happy anniversary kawan kawan! hari ni dah genap 2 tahun nampaknya. mari mula mengimbas kembali ke 2 tahun lepas.


 sebelum 28 DISEMBER 2008

waktu tu cikgu azrina tanya siapa dapat plkn. dengar cerita start hari tu dah bole cek result. cikgu azrina yang baik hati mengorbankan kredit prepaid dia untuk cek result kitorang. senang cerita semua budak kelas aku cek guna nset cikgu tu. suka pulak cikgu nak buad announcement siapa dapat siapa ta. lastly aku and 4 orang lagi classmate aku telah terpilih menjadi wirawati negara. memang aku suka gila waktu tu tapi risau gak aku coz banyak sangat dengar cerita buruk pasal plkn ni.

pada tanggal 28 DISEMBER 2008

waktu tu parents ku hantar ku ke stadium dan aku diminta mendaftar di kaunter and menuju ke bas yg sepatutnya. kemudian bas itu membawa ku ke 1 tempat yang asing. sampai di kem sentosa, chenderiang, tapah, perak kami beratur panjang untuk mendaftar. keadaan tika itu ku rasakan seolah olah nak masuk askar jew. mana ta nya semua barang yang kami bawak di cek. ada jugak barang yang dirampas disitu. haishhh. =='


kemudian aku nampak beberapa kumpulan gurl lengkap berpakaian biru. mak aihhh...selekeh gila dengan tudung ta beriron. macam ni ke life aku selama 3 bulan? gulppp...biar betul. setelah berkenalan dengan 3,4 orang macam tu barulah aku taw rupanya gurls tu semua dari selangor and kedah. diorang baru sampai semalam and diorang tidak diberi iron tapi dikehendaki pakai jugak uniform tu semua. patut selekeh jew aku tengok.

selepas 28 DISEMBER 2008

di sana semangat berkompeni amat lah penting. apa yang penting? kerjasama!!! luckly aku dapat kompeni yang sempoi habis. DELTA DINAMITE! huhu~kitorang memang kamceng gila. kalau kitorang cheers memang gamat habis. siap menang sorakan kau tahu.

aktiviti harian kita sebelum subuh lagi dah kena bangun bersiap pastu solat jemaah subuh kat surau. kemudian masuk barisan pergi padang kawad. memang setiap pagi kita akan rushing nak masuk barisan kan. kat situ ketua kompeni akan melaporkan kehadiran. kita kena nyanyi lagu negaraku and lagu wira wirawati. pastu siap baca ikrar bagai. aku pernah lead baca ikrar kat depan kot. hahaha. pastu start lah senaman pagi kita. kita paling suka waktu senam seni malaysia kan? suka betul waktu buad 'lompat, lompat, lompat, kecut perut'. especially nadia, memang suka gila lah dia. lagi 1 kita suka yang 'jom balik jom balik jom balik'. suka hati kita jew ubah lagu tu kan. hahaha. nanti waktu malam setiap kompeni kena hantar 3 wirawati untuk jadi pengawal malam. kitorang kena ronda kawasan hostel wirawati jew lah.



korang, korang ingat ta setiap kali hujan jew mesti kita semua suka gila. kita akan keluar beramai ramai mandi hujan. korang siap bawak sabun and syampu lagi. memang ta bole blah waktu tu. kita melalak lalak sambil mandi hujan siap berkawat lagi. hahaha. sweet sangat waktu tu korang. sampai lah dekat hari hari akhir kat kem. waktu tu dah takde lagi hujan lebat. kita semua doa agar hujan lebat supaya dapat main hujan bersama lagi. kita siap melalak lalak kat luar supaya hujan. macam tu sekali kita buad kan? punyalah bangang. hahaha. ada 1 hari tu kita semua main air jugak even ta hujan. kita kumpul semua baldi untuk tadah air pastu kita main curah curah air kat orang. kita make sure semua orang lenjun waktu tu. siapa ta nak keluar, kita tarik jugak diorang and basah kan diorang. nakal kan kita? sampai sekarang setiap kali hujan lebat mesti aku akan teringat saat ni. bila lah kita dapat mandi hujan bersama lagi?


ingat ta kita berperang dengan kompeni bravo? benci betul kita dekat 6 jahanam and pinky. macam sial jew diorang. korang ingat lagi ta yang kita ada tubuhkan ABS. pastu pinky bawak mulut kononnya ABS tu ANTI BRAVO SOCIETY. tettt...macam bangang jew pinky tu kan. ingat ta waktu pinky nak ambik sijil dia? kita semua clap hand waktu tu. padahal waktu orang lain ambik sijil semua senyap jew. then pinky dengan bengangnya cakap terima kasih kat kita. kita pun cakaplah sama sama. tiba tiba dia naik marah kat situ. auwww~ dia ingat kita takut kot. kita pun apa lagi, maki lah dia balik. korang ingat kata makian aku kat dia. memang laser lah mulut aku waktu tu. sampai nangis nangis dia kan. membe dia bengang gila kat kita sampai baling nset dia. next day nya siapa tah text aku yang pinky mintak maaf kat korang waktu dalam bas.


korang ingat lagi ta pasal pertandingan kawad. even kita dapat no 2 tapi kita tetap sedih coz wira delta dapat tempat last. waktu announcement result tu semua orang terkejut coz ramai bajet wira delta dapat no 1, wira bravo lak dapat no last. tapi sebaliknya pulak berlaku. memang jelas keputusan tu ta adil. tapi kita ta mampu nak buad apa. then kita dengar cerita yang pengadil pengadil tu semua ta puas hati dengan sir anand sebab tu diorang saja buad keputusan macam tu. tapi kita tebus kekalahan tu waktu karnival sukan. delta dapat no 1 untuk keseluruhan. kita bersorak sakan waktu tu. siapa tah terdengar perbualan orang orang yang jadi pengadil kawad waktu tu. waktu tu delta seri dengan alpha. orang orang tu cakap mesti alpha yang akan menang. aku pelik gila waktu tu kenapa lah diorang dengki sangat dengan delta. luckly bukan diorang yang jadi pengadil untuk sorakan. akhirnya delta menjuarai jugak.

korang ingat lagi ta waktu pertandingan nasyid? waktu tu lagilah jelas semangat berpasukan kita. ahli kompeni yang non muslim pun bagi semangat kat kita. waktu mula tu aku cuak jugak coz tengok kompeni lain pakai cantik cantik. kompeni kita punya pakaian simple jew. tapi suara, lagu and persembahan kita dapat memukau khalayak ramai. atas faktor tu lah kita jadi juara. walaupun wira delta ta menang, diorang turut bagi sokongan pada wirawati delta kan. wirawati yang non muslim pun happy gila dengan kejayaan kita tu.


korang ingat ta kem kita jadi lokasi pengambaran drama 'platun satria'. beberapa orang budak kem kita turut jadi pelakon tambahan dalam drama tu. hajar suka gila dapat berlakon dengan ikram dinzly sampai tin air yang ikram dinzly bagi kat dia tu dia simpan jew. ada sekali tu kita pergi mintak sign artis tu semua. aku ta taw lah apsal aku macam bengong jew ikut korang mintak sign padahal bukan bole buad apa pun dengan sign artis tu semua. hahaha. bila cerita tu keluar, 1 kem tengok beramai ramai. siap pasang skrin besar lagi kat kem kita kan. dah macam panggung wayang. nasib kat kedai jackie chan tu takde jual popcorn. hahaha.


korang ingat lagi ta malam last kita kat kem? malam tu ada live band datang. pastu kita bole bersukaria enjoy malam tu. pakaian pun bebas. ta perlu beruniform lagi. tengah kita layan lagu apa tah tetiba black out. so majlis terstop lama jugak lah. bila majlis diteruskan, suasana happening bertukar menjadi sedih dan suram. kita diminta bersalaman dengan semua jurulatih buad kali terakhir. mula mula kita semua cool lagi tapi bila tengok jurulatih kita dah menangis, kita ta dapat lagi nak tahan sedih. aku dengan geng aku iaitu 'CRC' dah buad circle and nyanyi lagu kenangan kami. then eika, geng kami bagi surat. sedih sangat bila baca surat tu. dalam surat tu jugak ada lagu season in the sun by westlife. tangkap leleh lah kami. wira wirawati delta semua berkumpul buad sorakan terakhir malam tu. lepas ni mana ada dah kitorang nak bersorak together. waktu wirawati delta cakap cakap dengan sir anand, hajar ambik pembesar suara dari sir anand then nyanyi lagu 'bertemu dan berpisah adat manusia biasa...hilang di mata tapi di hati tidak lupa...bla bla bla~' then semua wirawati delta ikut nyanyi lagu tu. sedih gila saat tu. sir anand pun macam nak nangis jew.

bila balik dorm semua cakap ta nak tidur sebab nak luang masa together buad last time. tapi maybe kita penat sangat lastly kita tidur gak. tapi kita tidur beramai ramai. kita tarik and rapatkan katil. pagi esoknya aku adalah orang terakhir yang bangun. waktu tu korang semua dah siap mandi semua. bila bangun jew aku terus duduk tengok korang semua. aku rasa sayu sangat pagi tu. korang semua dah nak tinggalkan aku ke? kemudian aku pergi mandi. pastu bonnie rekod nyanyian dia dekat dalam nset aku. aku dengar rekod tu kat sudut belakang dorm. bonnie nyanyi lagu kenangan terindah by samsons. lepas habis nyanyi, bonnie ada cakap 'ros, all the best to you'. waktu tu menitis air mata aku. nasib baik takde orang nampak. aku rasa ta nak berpisah dengan korang jew.


dah macam macam dugaan dan cabaran yang kita tempuhi together kan. manis, masam, pahit, masin, kelat, tawar...tu semua kita dah rasai bersama. segala macam yang kita tempuh lah menguatkan dan mengeratkan lagi ikatan kita. kalau nak story everything yang dah berlaku memang ta cukuplah 1 entry.

p/s: entry ni aku nak pos semalam tapi ada kanak kanak ribena yang ganggu lak. tu yang hari ni baru aku sambung buat entry ni.

hari yang hampeh

aku rasa hari ni macam hari yang hampeh jew.
dah lah aku sakit perut. so aku banyak tidur jew.
pastu aku online and tengoklah profile si dia.
bila aku baca status baru dia, sumpah sentap!
memang moral down habis.
bila fikir balik aku sendiri ta taw kenapa aku cepat sentap lak hari ni =='
aku sedar orang yang dia maksudkan dalam status adalah aku.
yee...ko pasti menyesal kenal aku kan tapi aku ta penah menyesal kenal ko.
it's ok ko buad aku macam ni. moga ko bahagia <----sumpah iklas dari hati aku.

maaf pada mereka mereka yang text aku.
aku takde mood nak reply.
kalau ada text macam penting tu aku reply jugak.
tapi macam hampeh jew aku reply.
begitu jugak pada membe aku yang chat dengan aku kat fb.
korang chat berjela tapi aku reply sepatah jew.
tu pun reply mana aku rasa important jew.
kepada pacek shaq, hari ni memang rezeki ko.
aku takde mood nak gaduh dengan ko.
so ko menang jew lah.
next time jangan harap ko dapat menang lagi.

hari yang agak bz

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
gila! macam buang tebiat jew aku cakap macam tu. ngeng!
semalam hari bz aku ye. maklumlah bz aku kahwin tengok orang kahwin. haha.
untung mereka kan. kenduri mereka aku datang jugak. haishhh...macam VIP lak aku. teheee.
jauh woo perjalanan aku pegi kenduri tu. awal pagi lagi dah bertolak dari rumah kau taw.
ni semua gara gara cousin aku punya cousin kahwin. erkkk...korang bole paham kan?
lau ta dun hope aku nak datang. kenduri macam jimat kos jew aku tengok.
tu lah orang suruh belajar dulu tapi ko menggatai ta sudah. haa...kan bagi nikah terus nak elak maksiat.
sebaya abang aku kot laki tu. gurl tu lak baru 21. memang bosan nak mampuih ko taw.

 last kali ta pasal pasal aku join si farah, anak buah aku jadi gadis gula gula.
mengapa gadis gula gula? sebab kerja amal kitorang mengedarkan gula gula pada tetamu.
melepak makan aiskrim berbayar kat luar tu lah. sungguh bosan. huh!
penat tunggu saudara mara aku yang lain. late betul diorang datang. sesat ke hape tah.
aku dengan farah dah kenyang melantak makan baru mereka sampai. lembap betul!
aku dengan farah siap makan sebelah pengantin lagi. *meja makan jew sebelah meja pengantin.
mula mula ta selera aku nak makan kot. ayam pun takde. untung makngah bawak keluar lauk pengantin dalam rumah bagi kami. dapat jugaklah ayam masak merah.
orang lain memang ta dapat. kami jew special. auwww~
 
 
tunggu punya tunggu, nampak gak kelibat anak cucu mad sabar. *sedara aku lah tu. haishhh.
cousins aku buli aku wey. diorang tarik aku suruh belanja aiskrim.
perghhh...korang dah lah berdozen dozen. bole bankrup lah aku macam ni =='


mujur lepas diorang makan aku mula main snap pic.
perghhh...excited lak mereka. ingat aku jew hantu kamera. sedara segeng betul kami. -,-
sampai dah lupa diorang pasal aiskrim. yes! jimat duit aku. haha.
 
 
bapak kecoh kami bergambar sampai kami menjadi tumpuan semua tetamu kat situ.
aku tengok orang lain siap gelak gelak tengok telatah kami. what a shame!
memang bajet macam kenduri korang jew kan? padahal setakat kenduri sedara korang punya sedara. LOL.


then semua berkumpul kat rumah paklong aku nak discuss pasal angkat sumpah pembahagian harta.
ok, bab ni memang aku ta suka ambik port. biarlah mereka bincang.
nasib diorang ta berperang berebut harta siap buad lawak bangang ada lah.


otw balik rumah, bapak lah jam! orang cuti krismas kan.
pastu semua berebut nak mandi cause nak tengok bola. untung aku dapat mandi dulu. yesss!
pastu apa lagi. semua duk melonggo depan tb tengok malaysia vs indonesia except mak aku.
dah macam nak ganti rajagopal jew aku tengok bapak aku semalam.
macam lah player malaysia bole dengar bapak aku cakap.
ta sia sia ku tengok. menang jugak 3-0. hooray!
ta sabar nak tunggu 2nd game weyh. haishhh.

menggila meraban bersama mereka

hai semua! hari ni hari yang indahkan? haha. 
bole nampak ta aku tengah happy? k fine! memang korang ta nampaklah kan.
nak taw nape aku happy? sebab tadi aku lepak dengan membe membe aku yang gila gila belaka tu. auwww~ saya pun dah terikut biol sikit. haha.

aku jaga dari tidur jep tengok ada 3 new msg kat nset.
1 of them tertaip 'ros, aku otw datang umah ko ni.. fairuz'
dengan mamainya aku reply 'nape tetiba datang?'
fairuz reply 'miza suh amek ko..'
masih mamai 'pegi mana?'
fairuz reply 'umah khazilah..'
damn! terus segar aku! tengok jam dah pukul 12 pm kot.
ok, ni lah akibatnya ta tidur malam. lepas subuh baru aku tidur kot.
aku terus reply 'apsal ta cakap awal awal. aku ta ciap agi.'
msg masuk 'takpe takpe..ko siap jew.. nanti aku datang umah ko...'
terus aku capai tuala p mandi, iron baju n tudung siap simple simple jew lah.

siapa tah cakap kat aku lamanya aku siap.
perghhh...benda korang ta cakap awal awal nak p kenduri.
dah otw ke rumah aku baru nak text.
mau gak aku pelangkung korang. haishhh.
maka dengan itu berkonvoilah kami ke seri iskandar.
after perut kenyang mulalah perangai menggila meraban kami datang.
bergambar bukan main lagi na.
bajet membe kitorang yang kahwin padahal abang dia jew pun yang kahwin.
memang ta bole blah lah kitorang. tetamu yang lain pandang jew kami kot. 
ada kami kisah? haha.
 
as usual aku dipadankan dengan bashi.
diorang siap plan nak snap pic kitorang berdua. babi lah korang!
nasib aku sporting taw. ikutkan jew lah. just for fun kan.
bashi pun ngade sangat suka buli aku.
suruh aku tolong basuhkan tangan lah, ambik kan cendol lah, ambik nset lah.
bajet aku wife betul ko kan. tumbuk kang!
ha...nazwan pun buli aku. samdol betul lah!
elok elok aku ambik cendol letak atas meja nak makan.
bole pulak dia tarik mangkuk aku tu and terus makan.
terpaksa aku ambik lain. nasib jarang jumpa ko kan.

dah lama melepak tu kitorang pun balik rumah fairuz.
plan asal nak solat kat sana and tukar kereta. pastu merayap pegi karok.
emak fairuz ta bagi keluar lak. so lepak jew lah karok kat situ.
tiba tiba fiza call kata dia nak keluar. huh? sapa nak hantar kitorang balik rumah?
selama ni fiza lah driver kitorang. adesss...
ta kan semua nak naik kereta miza lak.
ta tersumbat kot dalam tu. kitorang kan ramai.
call fattah, ta reti nak angkat lak. ta kan merajuk lak kot. haha.
call lah hasrol lak, nasib hasrol bole ambik kitorang.

waktu tengah suka ria snap pic kat luar tu tetiba tersedar lampu kereta miza ta tutup.
ha, ha, ayok ta taw, siapa buad? macam bangang lak aku cakap cam tu. haha.
try start enjin dah ta bole. lampu tadi dah makan bateri.
dengan bantuan jiran fairuz dan tenaga membe membe laki menolak kereta,
akhirnya berjaya juga start enjin tu.
fuhhh...selamat! sian miza wey, dah cuak dah dia.
ingatkan bateri DSLR ezham jew out, bateri kereta miza pun out jugak. haha.
ok, semua dah penat nampaknya. baliklah rumah masing masing.

p/s: ezham, sila upload pic dengan kadar segera. aku dah ta sabar hookay! 
lagi p/s: belajar pekataan baru hari ni 'gelojoh'. haha. macam bangang jew mereka. dah lah sentap, pastu gelojoh.

Dugaan

hidup aku hari ni macam sial! aku memang jenis ta breakfast. bila nak lunch jew, buka periuk nasi memang cket yang tinggal. ta kisah lah nanti aku bole masak cepat jew siap. bila nak ambik jew lauk, mak aku sorok lauk! ok fine, sabar jew lah. anak ta bole lawan emak. then aku tengok tb pastu mak aku datang ambik remote terus tutup tb. aku bole tahan lagi waktu tu. pastu aku pun ngadap lah laptop. pastu mak aku bole lak ugut aku. sepatutnya hari isnin nanti aku dapat cek seribu dari yayasan perak. emak aku suruh aku tunaikan cek tu then bagi seribu tu dekat dia. kalau ta emak aku nak rampas laptop aku. damn! mana bole. lappy ni lah satu satunya peneman aku. nevermind lah. aku sanggup kehilangan seribu dari kehilangan lappy ni. ada sesiapa bole tolong culik aku ta? aku terseksa sangat kat sini.

p/s: stop child abuse!

Mudahnya memberi advice

IBU??? apa erti seorang ibu? setiap orang mesti mengimpikan seorang ibu yang bole memahami, bole bercerita, tempat meluahkan perasaan and paling penting ibu yang sangat menyayangi and caring. tipulah kan kalau ada orang cakap suka ibu yang suka marah marah, tengking or asyik bagi penampo. salah ke aku mengimpikan seorang ibu yang understanding? aku ada emak lagi tapi...entahlah. korang mesti nak advice 'bersyukur pada apa yang ada'. ok, aku taw itu! aku still bersyukur ada emak daripada membe membe aku yang emak diorang dah meninggal. tapi aku sunyi...sunyi sangat! aku ta bole bergurau senda dengan emak aku. ta bole sharing problem dengan emak. aku jeles dengan membe membe aku yang kamceng giler dengan ibu diorang. aku nak sangat berada di tempat diorang. korang bole advice aku macam macam. tapi kalau korang ta rasa apa yang aku rasa ta payah cakap banyaklah! cakap memang mudahkan? senang jew nak bagi advice kat orang lain. tapi pernah ke korang bayangkan andai kata korang kat tempat membe korang yang ada problem tu? bole ke korang buad macam apa yang korang advice kat membe korang tu? sebab tu lah kalau membe aku share problem dengan aku. aku hanya mampu menjadi pendengar. aku ta mampu bagi advice coz aku dah lalui segala perit kehidupan ni. 

mesti semua orang pernah dengar kisah dongeng cinderella kan? happy ending jugak kan? tapi tu hanya kisah dongeng lah! ta payah nak berangan lah setiap penderitaan akan ada happy endingnya! kita hidup di alam realiti kot bukan fantasi mahupun dongeng. tapi ta dapat nak di nafi kan yang aku pernah berharap akan ada happy ending dalam hidup aku. macam bodoh jew berharap macam tu! setiap kali aku jatuh, aku perlu bangun sendiri. aku takde seorang ibu yang sentiasa di sisi bantu aku untuk bangun. nak harapkan seorang kekasih? lagilah hampeh! ta payah nak harapkan orang lain sangatlah. yup! sebab tu orang sekitar aku akan nampak aku happy go lucky jep. tapi diorang semua bole nampak ke hati aku? luaran ta semestinya sama dengan dalaman. luaran aku diorang ta kan nampak secebis luka pun. kenapa? kerana hanya dalaman aku yang luka berdarah! FULLSTOP!

p/s: jangan ambik serius sangat apa yang aku taip ni hookay! macam psiko jew kan? ta payah nak faham sangatlah. time to sleep!

Tengs to Kawaii Gadget

ok, post yg lepas apple ada bagi taw yang apple dah menang kawaii gadget's contest. mommy pinky pun dah pos present tuh pada apple. apple pun dah terima pagi tadi. suka sangat present tu. cute gila! tengs a lot kawaii mommy! nak tengok ta hadiahnya? nak tak? nak nak?
taraaaaa....ni lah presentnya...


cute kan? kan? ni lah mp3 mashimaro 4gb. apple dah mula guna pun :) gelojoh ta? hahaha. mesti korang tertanya kan apalah yang apple dah buad sampai dapat hadiah cute macam tu. siapa join jugak contest ni sila angkat hidung! ok fine, apple ta nampak korang pun. huhu~  actually blogger yang join contest ni kena pilih 1 lagu and ceritakan pape pun berkaitan lagu yang dipilih tu. kalau nak taw lagu apa yang apple pilih sila CLICK HERE

p/s: sila jangan jeles. hehehe...

Scandalism

online fb hari ni macam best jew. diorang semua dah upload pic pic parti liar. ups...liar ke? ta payah liar sangatlah. i mean pic waktu reunionlah. haishhh...korang dah fikir lain lah tu! nak tengok ta pic nye? kalau ta nak tengok sila pejam mata. werkkk =p




haa..ni lah semua classmate aku waktu darjah 6 dulu. ta sangka setelah bertahun lamanye dapat berkumpul balik. bukan senang taw nak kumpulkan semua balik. nak pulak zaman dulu mana ada lagi fb ni. korang aku enjoy sangat malam reunion tu. best giler hangout dengan korang. hope next time kita dapat gather macam ni lagi. take care korang!

dah, dah! jangan nak buad sad story lak malam ni. actually aku nak cite yang waktu fb-ing tadi aku ada chat dengan roomate aku waktu kat matrik dulu. borak punya borak, aku cakap lah yang aku bosan duk umah. pastu ex-roomate aku tu suggest aku keluar dengan bf or skandal aku. mak aihhh...mana aku nak cari tu semua. aku single mingle kot. jangan kata bf, skandal pun tarak! cehhh...mentang mentang lah minah tu ramai skandal, dia bole kata lagu tu kat aku. nak kasi aku jeles ke hape. aku kan setia, mana ada skandal. perghhh..bf pun tarak, nak setia kat sape lah aku ni kan. hmm...bila difikirkan balik, aku ni baik sangat ke? aku kan takde bf. why not aku berskandal jew? bukannya ada sape nak marah pun kan? kan? tapi...aku malas la pulak nak berskandal. aku kan dah dewasa. aku perlukan mr right bukannya laki yang ta habis habis nak berfoya. bukan jugak mencari mr perfect. tapi aku kan masih muda lagi. apa salahnya berskandal and berpeleseran? dah kahwin nanti ta bole buad macam tu lagi kan? so bila lagi nak buad macam tu?

p/s: korang rasa perlu ke berskandal ni???

muncul kembali

wah...rasa dah lama gila aku ta update blog kan. actually banyak jew benda yg berlaku tapi disebabkan masalah kesihatan plus bz exam kan. akhirnya exam aku tamat jugak 13 ari bulan ari tu. but my flu plus cough getting worse. so secara automatiknya aku disahkan fever sekali. aku speechless bila orang tanya macam mana exam. aku dah lama ta sakit, bila sakit sekali jadi teruk terus. nak pulak time exam. paper yang last last tu memang teruk lah. mana ta nye aku ni since study week tidur lepas subuh. so ofcourse bangun late then sampai ke petang aku ta study langsung. bila malam baru aku study sampai lah ke subuh esok. bila aku sakit, membe membe aku paksa aku makan ubat (aku penakut makan ubat). bila aku baru study dalam 5-10 minit, terus tertidur (kesan makan ubat). bangun subuh dah sampai hari exam. sempat study sikit jew lah. disebabkan exam hall tu beraircond, so aku ta tahan duk lama dalam tu. sejuk plus selsema makin teruk. atas meja aku penuh gak lah dengan tisu. so dekat sejam aku jawab pastu terus keluar. padahal ada sejam lagi. hmm...memang malas nak fikir pasal result. neway tengs sangat kat izah, mira dengan mas. diorang lah yang jaga aku masa aku demam. izah sponsor utama ubat.

aku keluar dari uum 13 ari bulan tu jugak dalam pukul 5.30 pm. kitorang naik cab ke alor setar. tapau mcd pastu terus ke stesen train. solat maghrib dengan isyak kat stesen train tu. aku nak beli mcflurry tapi awal awal lagi izah dah pesan jangan beli mcflurry coz aku ta sihat. aku batuk teruk dalam train sampai ada kaka belakang aku bagi gula gula woods. tengs ye kak ! kesian kot kaka tu mesti terganggu dengan bunyi batuk aku. esoknya aku sampai kat umah, batuk aku makin teruk. malam tu aku ta bole tidur sebab ta sedap badan plus nafas jadi semput. esok pagi ayah aku bawak p klinik. asalnya nak bawak p klinik kerajaan but badan aku lemah sangat waktu tu sampai parents aku suruh breakfast pun aku ta nak coz ta larat sangat sangat. so ayah bawak jew p klinik depan rumah aku tu. ayah cakap klinik kerajaan ramai nanti lambat tunggu turn, larat ke aku nak tunggu. hambik ko 5 jenis ubat doktor tu bagi. adoyai..dah lah aku penakut ubat. aku makan ubat berselangkan dengan buah or sumtin. ok fine aku memang teruk macam budak kecik bab makan ubat ni.

hari tu tetiba aku teringat nak jenguk blog aku jap. pelik bila followers aku bertambah even aku dah lama ta blogwalk. almaklumlah aku ni bukan famous pun kan. bertambah weird bila kat shoutmix ada yang wish congrats. then terfikir nak tengok result kawaii gadget's contest yang aku join dulu. bali tengok jew resultnya...jeng jeng jeng....wow! wah! wowww! serius excited gila bila tengok aku menang grandprize. rasa nak menjerit plus lompat lompat jep. terus aku emel penganjur bagi adress. nanti bila hadiah dah sampai aku akan snap pic tunjuk kat korang k! jangan jeles =p hehehe. tapi ta janji taw.

hari ni aku dah rasa ok! yeay! memang masih ta sihat sepenuhnya. still kena makan ubat tapi aku suka skip makan ubat kot. infact hari ni aku ta makan ubat langsung. hehehe. malam tadi aku pegi reunion 6 bestari skpp 2003. wah...memang dah lama ta jumpa diorang semua. diorang dah matang kot ta comot macam dulu lagi. hehehe. meriah lah walaupun ta semua yang datang tapi still ramai dalam 25 orang. kitorang buat bbq tadi then ada game sikit. karok pun ada. nazwan nyanyi serius sumbang. macam mana tah die bole ada band. ta paham aku. hahaha. bashi dikatakan suami aku? OMG! kitorang just main main jew lah. siapa tah yang start cakap macam tu. suami sehari jew lah hookay. aku? aku seorang pemalu! eyh...yeke? bak kata mereka pemalulah sangat. kalau takde aku, diorang gak yang sunyi kan. hehehe. diorang cakap aku jalan ta stabil. grrrrrr~  serius aku happy gila dapat jumpa korang but ada gak yang malu malu tadi. it's ok lah maybe coz dah lama ta jumpa kan. hope pas ni akan ada lagi reunion macam malam tadi. pas ni tunggu dah kerja lak biar lebih grand plus nak tengok siapa yang kahwin dulu nanti. ahakz!

p/s: ta sabar nak tunggu diorang upload pic malam tadi. menggila meraban semuanya. i loike~

Maafkan saya, awak.

awak, waktu awak call saya tu serius saya kaget. ta expected langsung awak akan call. saya hanya pandang jew nset saya sambil fikir nak answer ke ta. actually before this saya dah buad keputusan nak biarkan kita lost contact. tapi lastly saya answer gak call dari awak. awak nak taw kenapa? cause saya rindu sangat nak dengar suara awak. tapi saya dapat agak kenapa awak call saya. memang asalnya saya ta berani nak angkat. nak pulak condition saya yang ta sihat waktu tu. tapi kerinduaan saya pada awak mengatasi segalanya. saya gagahkan diri answer phone call dari awak. memang betul sangkaan saya, awak. awak call saya cause awak nak tanya why saya remove awak dari friend saya kat fb. saya diam jew waktu awak tanya. bukan sebab saya takde any reason but saya ta mampu nak cakap banyak waktu tu. saya ta nak awak dapat detect suara saya yang berubah. saya ta nak awak taw yang saya ta sihat. lastly perbualan kita sampai situ jew. sekejapnya saya dapat dengar suara awak. awak, maafkan saya kalau waktu tu awak rasa saya ta nak layan awak. bukannya saya ta suka awak call tapi serius saya ta mampu nak cakap banyak macam selalu. dah lama sikit tu saya ada text awak. saya dah bagi reason kenapa saya remove awak. maafkan saya jugak kerana terpaksa remove awak dari friend saya. awak pernah cakap kat saya 'reen kan kuat'. i have trying to be strong. but i failed! even i keep trying for many times, it doesn't work! awak, saya bukannya kuat. reen ta kuat and ta mampu jadi kuat! awak kalau lah memory saya macam fb tu jugak yang bole remove or block person, memang saya akan remove awak dari ingatan ni. awak ingat ta dulu saya pernah cakap 'kan bagus kalau ingatan kita macam memory card, bole kita delete ingatan yang kita ta nak macam kita delete folder.' waktu tu awak balas 'tapi macam mana kalau masuk virus? kena format balik. hilang ingatan lah.' waktu tu saya cakap balik kat awak 'ye jugak. ta nak lah macam tu.' tapi sekarang sumtime saya rasa better saya hilang ingatan dari terus ingatkan awak, menahan perasaan rindu pada awak, rindu pada kenangan kita dulu. hmm..kenapa saya ta mampu nak benci awak? maybe sebab saya sukar nak cari silap awak sampai saya takde reason untuk benci awak. hmm..awak take care ye. maybe lepas ni kita akan lost contact.

p/s: nampaknya condition aku masih ta berapa nak sihat. so waktu exam management petang semalam terpaksa aku keluar sejam awal dari exam hall tu. memang ta bole tahan lah duduk dalam aircond lama lama. sejuk plus selsema plus mengantuk. sedangkan dalam bilik ni kipas pun bukak speed satu jep. kalau roomate aku takde aku off terus jew kipas tu. kesian lak roomate aku terpaksa berpanas dalam bilik lately. hehehe.

tagged by kifii

tengs a lot to kifii
muah muah muahhh... 

orang yang palingggg penting dalam hidup korang ? siapa dan mengapa ? 
my family, my bestie, my frens

setiap kali ada masalah , siapa orang pertama yang korang akan cari dulu ?
 aufi *mummy olok olok kuh

tarikh-tarikh penting dalam hidup korang ? 
10 april, 25 ramadhan. *actually banyak lagi

5 benda tentang diri kamu 
- student 
- pesilat
- love kids
- sukar difahami
- nothing special

3 benda tentang orang yang tag kamu 
- kuat tidur
- kuat gelak
- suka mandi
*kifii sendiri ngaku kat blog dia
 
tag 3 orang kawan anda ^_^
 maaf, korang semua buad lah ye :)
 
suka tak selesaikan tag ?
selalunya memang suka tapi sekarang ta berapa sihat, tu yg jawapan ta memuaskan.
sorry kifii. sorry jugak kat korang semua.

selain siapkan tag nih ? 
do nothing =p

nyatakan tiga lagu kegemaran anda ? 
 for the rest of my life
today was a fairy tale
hey soul sister

berapakah follower korang ?
107 only!

tagged by syasya

tengs a lot syasya for tagging me :)


 1. Adakah anda rase anda hot
memang ta lah kan

2. Update wallpaper anda gune sekarang ?
tak pun

3. Cerita pasal gambar ini ?
 erkkk..entah

4. Kali terakhir makan pizza ?
ta ingat tarikh tapi my mak tam belanja

5. Lagu terakhir anda dengar ?
dia milikku by yovie & nuno

6. Ape yang anda buat selain selesaikan tag ini ?
nothing

7. Selain name sendiri , anda dipanggil dengan name ape ?
reen, ros, apple

8. tag lagi 5 orang .
- kifii 
- awak
- kamu
- anda
- korang

9. siape orang no.1 dgn anda ?
kenalan blog. macam adik jep.

10. katakan sesuatu kepade orang no.5
silalah buad jugak

11. no. 3 ade hubungan dengan siape ?
kamu ada hubungan dgn siapa erk?

12. bagaimane pula dengan no.2 ?
awak lebih mengetahui

13. kate-2 cinta pade orang no. 4 ?
sayang korang! muahhh...

14. Berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yg anda tag ?
:)
*maaflah apple jawab macam hape jep. apple ta sihat plus takde mood. ni pun dah peram tag nih bape lama tah.

Dasar Buaya Darat

mr f: J** ada mintak no u ta?
aku: ada.
mr f: u bagi ta?
aku: buad apa nak taw?
mr f: takde ah hari tu dia ada mintak no u kat i.
aku: then u cakap apa?
mr f: i tanya dia nak buad apa?
aku: then?
mr f: dia cakap nak kenal kenal dengan u. tapi i ta bagi pun. dia pujuk i. then dia tanya u gf i ke?
aku: apa u jawab?
mr f: i cakap a'ah je lah. pastu dia cakap patutlah u ta nak bagi no.
aku: errr..sejak bila lak i jadi gf u?
mr f: i nak tolong u jep. dia tu jahat taw.
aku: habis tu u baik lah?
mr f: i baiklah. dia tu main main kan perempuan.
aku: main main macam mana?
mr f: gf dia dah pregnant pun.

* shit! bodoh punya laki! suka hati pregnant kan anak dara orang. kepada kaum perempuan, jangan senang senang jew serahkan kesucian korang pada bf korang. bf korang tu belum tentu lagi jadi suami korang hookay. silap silap habis madu sepah di buang. fuck laki macam tu! dasar buaya darat. mr f ta payah lah u nak mengaku diri u baik. loya tekak i dengar hookay. ingat i ta taw ke u tu pun playboy. 2x5 jep dengan si J** tu. just u belum ada rekod rosak kan kesucian gadis lagi. susah nak cari lelaki baik zaman sekarang. haishhh...

Pelajar ditemui mati dalam tandas

MASJID TANAH: Sekumpulan pelajar yang mahu menggunakan bilik air wanita gempar apabila menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan meniarap selepas didakwa mengadu sakit perut di Kolej Matrikulasi Melaka (KKM) Londang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mayat pelajar jurusan Sains Fizikal, Madihah Fauzi, 19, dari Kempas Baru, Johor Bahru, ditemui di dalam tandas berkunci sebelum mereka bertindak memecahkan pintu untuk membantu mangsa mendapatkan bantuan kecemasan.

Bagaimanapun, pemeriksaan anggota paramedik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba tidak lama kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Sebelum itu, mangsa yang gagal hadir kuliah dipercayai mengadu kepada rakan sebiliknya mengalami sakit dalam perut pada malam Isnin lalu dan perkara berkenaan sudah dilalui sejak sekian lama, namun enggan mendapatkan rawatan apabila diminta berbuat demikian.

Seorang kakitangan kolej yang enggan dikenali berkata, dia sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan berhampiran sebelum dikejutkan dengan jeritan beberapa pelajar wanita yang berada tidak jauh dari situ.

Menurutnya, dia juga berasa hairan kerana pelajar terbabit memanggil namanya berulang kali dan meminta datang ke tempat mereka menyebabkan timbul perasaan curiga mungkin berlaku sesuatu yang buruk.
“Kami terus masuk ke dalam bilik air dan dari bawah pintu ternampak badan manusia terbaring, tetapi gagal untuk membuka pintu tandas untuk membawanya keluar disebabkan pintu terkunci dari dalam.

“Dalam keadaan kelam-kabut dengan apa berlaku, saya menyuruh beberapa pelajar memanggil seorang pensyarah kanan bagi memaklumkan perkara itu sebelum mereka memecahkan pintu bilik air berkenaan.
“Kami terpaksa ambil keputusan memecahkan pintu bilik air selepas gagal membukanya dari luar lalu membawa pelajar itu keluar dari tandas untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Kakitangan itu mendakwa pelajar terbabit sudah meninggal dunia sebaik mangsa dikeluarkan dari tandas berkenaan sementara menanti bantuan kecemasan tiba.

“Kami semua sangkakan dia (mangsa) lemas dalam bilik air sebab pagi tadi dia kata sakit perut dan terus ke bilik air tapi tidak muncul selepas itu hinggalah mayatnya ditemui tadi,” katanya.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan disiarkan namanya, berkata dia ternampak mangsa muntah pada malam Isnin lalu sebelum memaklumkan mungkin mengalami gastrik disebabkan tidak makan.

“Saya tidak pasti apa yang berlaku, dan mungkin apendiknya sudah pecah dalam perut,” katanya.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Fauzi Ibrahim, 50-an, ketika ditemui enggan mengulas lanjut sewaktu menuntut jenazah anaknya untuk dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru bagi urusan pengebumian.

Beliau turut meminta jasa baik pihak polis dan kolej agar tidak menghantar jenazah anaknya ke hospital untuk bedah siasat kerana beranggapan arwah meninggal dunia disebabkan takdir.

>Tidak tahu mangsa hidap sakit kronik

 

MASJID TANAH: Pengurusan Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, dekat sini, menyifatkan kematian Madihah Fauzi, 19, sebagai kejadian mengejutkan berikutan pihak berkenaan tidak dimaklumkan mangsa menghidap penyakit dalaman yang kronik.
Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) kolej itu, Khairuddin Norazri, berkata kejadian yang menimpa Exco Majlis Perwakilan Pelajar berkenaan adalah kes kematian biasa dan ia berlaku di luar pengetahuan pihak pengurusan.

“Kami sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum itu, mangsa mengadu sakit perut biasa dan masih boleh mengawal diri sebelum kejadian malang itu berlaku.
“Sebelum itu, rakan sebilik mangsa ada memberitahu kepada saya bahawa mangsa ada bercakap dengannya agar jangan risaukan dirinya (mangsa) kerana akan ke klinik sebelum terus menuju ke bilik air.

“Pihak kolej memang tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar, malah baru-baru ini kami menerima kemasukan pelajar yang menghidap penyakit kronik iaitu kanser bagi meneruskan pengajian sehingga pelajar itu meninggal dunia,” katanya.


footnote: erkkk..terkedu kot aku baca berita nih. baru 7 bulan aku tinggalkan KMM tercinta. tertanya tanya lak aku blok mana and aras mana kejadian berlaku. entah entah toilet sebelah bilik aku dulu. hehehe. takziah buat keluarga mangsa.  AL-FATIHAH...

Nice Blog Award

award? yeay! yeay! sapa yg ta suka kan. golek golek excited woooah.
neway tengs to nurnatrah yang comel plus cute. heee...
tengs a lot dear! muah muah muahhh...

 bila dapat award, dapat pakej dengan soalan sekali lah ye. hehehe.

1. yayavieira.blogspot.com di mata korang.. Berikan pendapat dengan jujur.
 blog nih cute macam tuan dye jugak. *ta percaya p lah terjah blog nih.
serius nice blog ^_^

2. Nama blog korang dan kenapa letak nama tu?
epal merah kan manis, epal hijau lak masam.
macam tuh lah jugak life aku yg ada masam manisnya.
lagipun ingat lagi kat matrik dulu budak praktikum aku tegur aku selalu makan apple dalam kelas sampai pernah kena tegur dengan lecturer. LOL! =='

3. 5 perkara yg korang suka
 shopping
holiday
makan aiskrim
tidur
online

4. 5 perkara yg korang benci
exam *paling menci plus nyampah
pergi kuliah *liat nak p kuliah pagi
assignment bertimbun *saya memang malas. hahaha.
arahkan aku benda yg sama banyak kali *aku bukan deaf hookay!
talam bermuka muka *bukan mukabuku


p/s: selesai sudah tugas aku. perghhh...dah pukul 9 am pun. aku ta tidur tidur lagi dari malam tadi nih. hehehe.

My 22 minutes survey

apple telah di tag oleh kax. tengs a lot dear.
punyalah bayk soalan. nasib bukan 100 soalan macam exam marketing malam tadi.
hahhh...hambik ko! jawab lah sampai lebam. werkkk =p
Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
person who tagged : Siti Nur Kaxzmilah
Starting time : 6.57 a.m

Name : Apple
full name : Roshazrena Binti Mohd Haliki
Sibiling(s) : 3 *the last one
Eye colour : dark brown *my frens said
Shoe size : 6 maybe
Hair : grrr....
Height : 167 cm
What are you wearing right now : shirt and boxer *kotak kotak lagi
Where do you live : ipoh, perak
Favourite number : 18
Favourite drink : jus carrot susu
Favourite month : april ofcourse
Favourite breakfast : nasi lemak *gemukkk

******-Have you ever-******

Broken a bone : hampir
Been in a police car : never
Fallen for a friend : nope
Fallen for a guy/girl in a short period of time : nope
Swam in the ocean : dunno swimming
Fallen asleep in school : always waktu kat teknik dulu
Broken someone's heart : no idea
Cried when someone died : ofcourse
Sat by the phone all night waiting for someone to call : dulu jep
Saved e-mails : yup
Been cheated on : sumtime maybe
******-What-******
Your room look like : simple
What is right beside you : nset and mp3
What is the last thing you ate : burger ayam *yummy
******-Ever Had-******
Chicken pox : yup waktu kecik lagi
Sore throat : yup
Stitches : ofcourse *dulu nakal
Broken nose : nope

******-Do You-******
Believe in love at first sight : maybe yes
Like picnics? : ofcourse like it damn much! lots of fun bbe.

******-Who-******
Who did you last yell at? : my roomate kot. hehe.
Who was the last person you danced with? : never kot.
Who last made you smile? : him !

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? :  my mp3
What did you do today? : online jep since balik dari exam malam tadi.
Are you the oldest? : nope.
Indoors or outdoors? : both but prefer outdoor.

******-Today did you-******
Talk to someone you like? : just text him
Kiss anyone? : nope
Sing? : ofcourse *my routine k!
Talk to an ex? : yup. baru tadi. hee..
Miss someone ? : miss my lil sys damn much. actually just cousin kot.
Eat? : not yet for today
******-Last person who-******
You talked to on the phone? : mr f. tested his new phone k! hahaha.
Made you cry? : A.S.B.M.N. *him again!
Went to the movies with? : zyma and naz
You went to the mall with? : izah, wani, adha.
Who cheered you up? : him again lah. lalala~

******-Have you-******
Been to Mexico? : nope lah.
Been to USA? : in my dream maybe. hahaha.

******-Random-******
Have a crush on someone? : yup! sure!
What books are you reading right now? : facebook *also book rite?
Best feeling in the world? : shouting as loud as possible
Future kids name? : not decide yet.
Do you sleep with a stuffed animal? : with my teddy bear adalah. hehehe.
What's under your bed? : bawah katil nih ada laci. dalam tuh, macam macam ada.
Favourite sport(s) : futsal ofcourse.
Favourite place : tasek sime darby. ngeee...
Who do you really hate? : talam dua muka
Do you have a job? : unemployed
What time is it now? : 7.19 am



p/s : With however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 
people

to all my followers, sila jawab sampai lebam =p