Followers

A2P5...kau memang hebat!

wahai sahabatku...
masihkah korang ingat pada tanggal 10 MEI 2009?
tika itu kita sama sama memulakan JEJAK PERTAMA di
neraka dunia KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


seminggu selepas tu barulah kita dipertemukan
tika itu kita masih terlalu asing antara satu sama lain
masing masing mula mengenalkan diri
dan kita digelar sebagai komuniti wondergirl A2P5

mula mula kita pressure sangatkan?
kita asyik di push untuk jangan study
dalam kuliah, lecturer punyalah slow speed gila
kerja tutor lak bertambun tambun
waktu tu terfikir...nak suruh kita jadi menteri NERD ke?
library dengan starbuck tu dah jadi port date kita kan?
crowded macam kat mapley pun ada
tapi kita date dan berkepit dengan buku dan nota kuliah (eyh..yeke?)
HAFIZ lak duk usung kertas majung sana sini
discussion? presentation? dah jadi rutin pun

korang ingat lagi ta sir WEE KOK SENG?
'hafiz is roses among thorns' (betul ta ni?)
tu dah jadi macam quote sir dah kan?

korang ingat ta choclairs dari CIK NISA?
tu lah reward kita coz dapat result superb!
tapi lau result hampeh
perghhh..ta lalu nak ngadap cik nisa rasanya
baik garang nak mampuih macam lion king

kita suka puji ajuk ENCIK HASRIZAL kan?
nak pulak kalau dapat kat dak syud
'nama ta boleh sebut'
'kau memang hebat!'

papa RAID lak gemar benor story pasal anak beliau kan?
 mana entah kad kredit debit untuk kita yg dikatakan dulu
hmmm..bak kata nadia 'ke laut!'

cikgu NADIA (kononnya) banyak ajar kita quote baru kan?
NANI lak menjadi inspirasi kita untuk tabah dan kuat
SYUD ta pernah putus asa mengatakan dia tembam comel

one day kita planning nak picnic kat kayu balak pengkalan balak
sumpah hai pening happening gilagila kat sana!
nadia yg  bonda ta bagi mandi pun termandi jugak

suddenly sumtin happened...agak shock jugak lah
EKAW lemas...betul betul depan aku waktu tu
fuhhh...nasib baik dapat diselamatkan
kalau ta, glamour habis lak kita masuk buletin utama

orang lain bina istana pasir kat pantai
tapi kita ta. kita bina 'A2P5 PASIR'
kita baling baling belon udara air lah
berkejaran macam kanak kanak ribena jep kan?



but the most adventurous and hai pening happening part...
bila kita ramai ramai tunggang papaya banana boat
kita semua jerit 'KAMI MEMANG HEBAT!' sambil thumps up
aku yg kat depan sekali memang banyak telan air laut lah
puihhh...sumpah masin gila! bole darah tinggi aku

korang ingat ta waktu pacek tu terbalikkan papaya banana boat kita?
again ekaw nyaris lemas, NISA lah yg jd heroin mangsa
aku dengan HENY tercampak jauh dari korang
heny dah gelabah tapi aku try tenangkan dia

heny, actually aku pun dah gelabah waktu tu
aku rasa nak lemas dah. dah la ta taw swimming
tapi aku tengok ko gelabah, terpaksa aku berlagak cool
aku ta nak ko jadi makin gelabah nanti

di sana lah aku dengan JAJA ada 'rahsia kita'
tapi takde lah rahsia kitorang berdua jew pun
ada jugak dalam 4,5 orang yg berada di tempat kejadian waktu tu
owh ye jaja...hari ni satu set?
syhhh...korang korang yg taw zip mulut k!

waktu study week, kita ada curi satu hari untuk 'LAST WISH'
yelah..lepas exam kita akan bawak haluan sendiri
kita lunch together buad kali terakhir
semua look happy jew waktu makan


tapi...suasana bertukar bila hafiz mulakan bicara
semua terdiam membisu menghayati setiap bait kata
segala kata maaf dan advice diluahkan
ta lupa jugak kenangan lalu yg diungkit kembali

silih berganti orang yg memberi ucapan
seorang demi seorang mula mengalirkan mutiara jernih dari mata
ekaw sampai speechless!
hanya tangisannya melambangkan kesedihan perpisahan ini

wahai sahabatku...
jika dikala itu kalian tidak melihat titisan mata air air mata ku
tidak bererti aku tiada perasaan atau dalam hati takde taman
sememangnya hati ku pilu ya amat mendengar ucapan terakhir kalian

masihkah korang ingat lagu yg telah kita dendangkan together tika itu?
antaranya lagu kenangan terindah dan teman sejati
kita saling berpelukan sambil menyanyi
begitu eratnya ukhwah yg telah kita bina

sekarang...
kita telah membawa haluan sendiri
memburu impian dan cita cita bagi membalas jasa parents kita
walau sesibuk manapun
walau sejauh manapun jarak antara kita
ingatlah!!!
bahawa kita SAHABAT SELAMANYA (^-^)




1 comment:

Fadzlina Fadzil said...

komuniti A2P5 mmg da best among da best! :)