Followers

Exam postpone, sila balik ipoh!

Pindaan 4 November 2010, Jam 10.30 PM.

-----------------------------------------------------------
Kenyataan daripada Naib Canselor UUM
-----------------------------------------------------------
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini."Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir.

--------------------------------------------
Pertukaran tarikh peperiksaan
--------------------------------------------
21 November - 13 Disember 2010(Pindaan bagi tarikh peperiksaan pada 8hb hingga 15 November 2010 dianjak kepada 4hb hingga 13 Disember 2010)Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan.Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Zanariah binti Yaakob di talian  04-928 3106/3160/3150/3112/3189.

--------------------------------------------------------
Faktor Pertukaran tarikh peperiksaan
--------------------------------------------------------
1) Banjir dijangka akan berlarutan sehingga 8/11/2010 kerana diramalkan hujan akan turun pada 4,5,6,7 Nov pada sebelah petang dan pada 8 Nov hujan dijangka turun pada sebelah pagi dan petang.Pelepasan air daripada Empangan Timah Tasoh + Empangan Pedu juga adalah salah satu faktor.

2) Lebih kurang 10 211 pelajar berada di luar kampus dan mengalami masalah pulang ke UUM

3) Masalah bekalan
  • -Makanan (kekurangan tetapi masih belum tahap kritikal)
  • - Perkhidmatan kesihatan (masalah ke Hospital dan bantuan luar)
  • - Minyak (bekalan gas tidak mencukupi buat sementara waktu)
  • - Bekalan Elektrik (tiada gangguan buat masa ini)
  • - Bekalan Air (tiada gangguan buat masa ini)


--------------------------
Semester A102
--------------------------
Bermula pada 08 Januari 2011 (Sabtu)


-----------------------------------
Jalan keluar masuk UUM
-----------------------------------
Untuk makluman jalan keluar masuk, sila layarihttp://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?ida=STAT-20080101233601&type=STAT&page=content


--------------------------
Isu praktikum
--------------------------
Bagi yang peperiksaan habis sebelum 13/12/2010, tarikh daftar praktikum adalah seperti biasa.
Bagi yang peperiksaan habis selepas 13/12/2010 ,tarikh daftar praktikum adalah pada 20/12/2010.




-----------
SOLUSI
-----------

1) Pampasan tiket pengangkutan
SURAT PERMOHONAN dihantar dari Canselori UUM kepada Kementerian Pengangkutan melalui KPTM untuk memohon pelepasan kpd pelajar.Jika surat ini tidak diluluskan, sebagai wakil pelajar, kami akan berusaha mendapatkannya menggunakan suara siswa.


2) ADHOC - Jawatankuasa khas pelan tindakan bencana ditubuhkan
  • Isu Praktikum (diketuai oleh Hafiza - 0129496887) -Jumlah pelajar praktikum 
  • Bekalan makanan (diketuai oleh Raynold - 0194514891)-pemantauan harga -mencukupi atau tidak 
  • Perkhidmatan kesihatan (diketuai oleh Hamyddin- 0176669987) 
  • Kenyataan dan hebahan (diketuai oleh Amalia - 0134150458) 
  •  Tiket pengangkutan (diketuai oleh Akbal - 0175101534(Domestik) dan Hani - 0175158154 (International)) -Senarai nama pelajar yg telah membeli tiket dan tiket tertangguh -permohonan pengangkutan membawa pelajar keluar dari UUM 
  •  Keselamatan harta benda (diketuai oleh Naim - 0134659530) 
  •  Kemudahan Infrastruktur -elektrik,air dll (diketuai oleh Rodzi - 0125677880)

-Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan adhoc-adhoc diatas.
-Mohon bantuan rakan-rakan untuk membuat aduan kepada kami jika berlakunya perubahan harga makanan yang drastik.
-Pelajar dinasihatkan untuk tidak keluar melebihi kawasan Changlun demi keselamatan diri.


5) Sukarelawan mangsa banjir
Beberapa DPP telah menjalankan su.Sila hubungi DPP masing-masing untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut.

6) Tabung Bencana
Pihak MPPUUM akan menjalankan kutipan tabung bencana banjir dalam masa terdekat. Mohon kerjasama.


------------------------------
Bilik gerakan adhoc
------------------------------
Bilik gerakan adalah di Pejabat MPP.
Beroperasi dari jam 10.00pagi hingga 12.00 malam.
Hubungi 04-9284567 @ mana-mana MPP




Mohon maaf diatas kesulitan. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan. Sama-samalah kita berdoa untuk mangsa banjir dan rakan-rakan yg mengalami kesulitan. Terima kasih.
-------------------------------------------------------------------------
'KREDIBILITI MEMACU KEUNGGULAN MAHASISWA'
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UUM SESI 2009/2010


*ok, berita terkini! as conslusion, ta payah cakap banyak dah, ta payah pening pening kepala dah. esok balik ipoh! jalan tutup? bas takde? ta kisah lah nak naik bas apa, dari mana, yg aku taw aku nak sampai ipoh jugak esok! muktamad!



8 comments:

sophie said...

Jom balik Ipoh..Alaa..Kl x banjir..Hahhaa

hiro said...

besh oh,

MisApple said...

@sophie:
jom! jom!
balik ipoh.
masuk dalam beg pun bole.
ta payah bli tiket.
hehehe.

MisApple said...

@hiro:
best dapat balik.
tapi seksa na dpt tiket balik.
huhuhu~

Liquid said...

hee smoga dpt balik ea. =)

-jalan2 cni lalalala~

MisApple said...

dah selamat sampai rumah pun.
tengs liquid :)

Ard said...

da sampai?bagus2

MisApple said...

a'ah.
dah sampai ari jumaat.
tengs :)