Followers

25 about apple!

hari ni apple dapat tag dari umar. so apple dapat job yg agak mencabar n memerlukan daya pemikiran yg tinggi. ahhh..over sudah! hahaha. agak terharu jugak. btw, tengs umar! akan apple cuba sedaya upaya. orite, let's start!

 "once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 25 people to be tagged.you have to tagged the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

1. ros, reen, rena, haz, hazrena, rosot, aus, kak osh, adik, rosak, stand up, rosalinda - ni semua nama panggilan penah ku dapat. banyak gila kan. but nama yg ayah ku tulis kat surat beranak ROSHAZRENA BINTI MOHD HALIKI.

2. anak BONGSU dari 3 orang adik-beradik. tapi ku langsung TA MANJA hookay! membe ku semua ta pecaya ku anak bongsu dulu. so ku amat jeles dengan abang ku coz dia anak mak. bole dapat semua yg dye nak.

3. ku anak jati PERAK. membe ku semua fikir ku budak selangor or johor. ku pun ta taw nape. maybe sebab ku ta penah speaking loghat perak. ku pun ta reti nak berloghat perak. setakat bole faham orang cakap.
4.  PEMALAS STUDY! serius malas gilagila. esok nak exam, hari ni baru study. itu pun hangathangat tahi itik jew. masih takde kesadaran. sekarang ku tengah sambung degree. tapi perangai malas study ku tetap ta bole kikis.

5. ada BANTAL PELUK musyuk. ku susah nak tidur kalau takde sumtin untuk dipeluk. rela takde bantal alas kepala dari takde bantal peluk. membe ku penah jadi mangsa peluk ku waktu tidur. sorry ye dear. hehehe.

6. ku ada geng CRC. tertubuh waktu dekat kem PLKN dulu. kitorang kamceng lagi even dah setahun lebih berpisah ta terjumpa. 7 wirawati yg sengalsengal join geng ni. ku sayang gilagila kat diorang. i love u damn much my dear! CRC stand for Ct Ropeah Crew. hahaha.

7. teddy bear kesayangan ku tu mr. ehem ehem yg bagi. nama teddy tu TEMTEH, mr. ehem ehem jugak yg bagi nama tu. ku amat sayang temteh n orang yg belikan temteh. tapi mr. ehem ehem tu bukan bf ku lagi. sangat sadis di situ. sob sob sob :'(



8. luaran ku nampak BRUTAL tapi dalam HATI ADA TAMAN. hati ku lembut kot. (ni membe ku yg cakap). diorang terkejut beruk tengok ku suka gila teddy bear. gadis jugak rupanya aku ni. hehehe.

9. ku ta pernah, ta reti, ta suka n ta akan makan PEANUT BUTTER! krim kacang pun ku ta bole nak telan. tapi kalau kacang kacang confirm ku melantak.

10. pernah berangan nak jadi ASTRONOMER sebab ku nak taw mandalam lagi pasal bintang. minat gilagila skodeng bintang kat langit bila malam. sangat indah n mengasyikkan. kan? kan? tapi tinggal angan angan jew lah kan. hehehe.

11. ada 3 ABANG ANGKAT, 5 ADIK ANGKAT (3 laki, 2 perempuan). tapi kakak ku ta terangkat. maybe sebab ku rasa kakak ku dah cukup bagus. padahal memang takde kakak kakak yg nak ambik ku jadi adik angkat. hehehe.

12. ku ada seorang PAPA tempat ku ngadu problem ku. dia bukan bapak kandung ku pun. bukan jugak bf ku. umur pun sebaya jew dengan ku. dia juz membe rapat ku yg dipanggil papa oleh ku sorang jew taw!

13. ku lahir 10 APRIL 1991 bersamaan 25 RAMADHAN di rumah ku sendiri. rumah yg family ku tinggal sekarang. ku lahir dekat bilik yg jadi bilik ku pun sekarang.

14. ku sangat suka CAP especially cap yg jaring jaring belakang tu. ku ada cap tapi ta bole pkai keluar coz ku bertudung. memang agak pelik lah kan. abang yg jaga kedai cap selalu fikir ku nak beli cap untuk bf padahal bf pun ku takde.

15. ku susah gila nak MAKAN UBAT coz ubat tu rasanya suck! ku hope nanti ada orang yg buad semua ubat rasa macam coklat cadbury. sila ambik perhatian ye student medic. sebab tu ku diam jew bila demam ta cakap kat parents ku pun.

16. suka gilagila dekat BUDAK KECIK sampai pernah terfikir nak ambik anak segera (anak angkat). so ku pun rapat dengan adik adik sedara ku. diorang pun comfort jew dengan ku. kat kampung memang ku yg jadi babysitter. memang mak mak sedara ku yg suruh tapi ku pun rela jew.



17. gila betul lah ku dengan warna MERAH. favourite colourku merah, putih n hitam. dulu mak aku complain baju ku takde variasi warna. mana ta nya, bukak almari baju ku 3 warna tu jew yg ada. tapi sekarang baju ku dah colourful.

18. ku SHOPHAHOLIC! memang kronik tahap cipan lah. beratus-ratus duit ku habis bila sekali shopping. sampai ta cukup tangan nak pegang beg plastik. padahal family ku bukan kaya pun. aduyai...memang celaru!

19. ku SAYANG ABANG ku even ku jeles kat dia, suka kutuk kutuk, maki maki n gaduh sepak terajang dengan dia. air dicincang ta akan putus. tapi ku tetap ta setuju yg membe membe ku cakap abang ku nsem. diorang memang ta pandai menilai! haishhh...

20.ku ta reti na TUNJUKKAN PERASAAN ku kat family ku. ini serius! actually ku sayang gilagila kat diorang tapi segan nak peluk or cakap sayang kat diorang. ayah, emak, kak yong n abang...adik sayang korang taw!

21. seorang yg TALKATIVE n agak BANYAK TANYA. banyak sangat modal aih nak cakap. sumtime mak ku pun ta larat nak menjawab soalan killer dari ku. sabar ye mak. hehehe. ayah ku gak yg rajin melayan.

22. ku GILA KAMERA! ku suka snap pic n di snap pic. gila babeng lah teringin nak miliki kamera kacak (kamera DSLR ta silap ku). hehehe. tapi ta mampu nak beli la pulak. beribu ribu kot harganya.

23. ku telah disahkan ta bole minum air kepala. eyh, eyh, AIR KELAPA lah. since ku 16 tahun lagi. sangatlah upset coz tu air favourite ku dulu. tapi kadang kadang ku curi minum gak tanpa pengetahuan parents ku. but sakit sendiri mahu tanggung lah kan. padan muka apple! hahaha.

24. ku pernah naik AMBULANS. seronok gila dapat naik. hahaha. laju kot abang tu drift. lampu merah semua bole redah. sempoi lah.  abang yg jaga ku tu pun nsem. hikhikhik. but kesian parents n budak budak dorm ku waktu tu coz dah susahkan diorang. jasa korang akan ku kenang hingga akhir hayat!

25. ku suka tengok GURL CUTE MUTE tapi laki kacak macak ta berapa na usha. ahakz! ta tahu lah apsal. jeles dangan gurl tu kot. laki kacak pulak ta kan pandang ku so buad apa ku nak tengok diorang. tapi ku normal hookay! no lesbian lesbian ni taw!

haishhh..selesai sudah job ku! macam nak melecet jari ku tekan keyboard demi senaraikan 25 benda kejadah ni pun. ikutkan rule ku kena tag 25 blogger lain. but ku rasa 25 tu sikit sangat. ku suka banyak banyak. so ku ta nak tag. siapa yg dah baca ni, sila buad benda ni jugak hookay! jangan buad ta taw lak.

* THE END *

2 comments:

cintatehO said...

cumilnye dak kecik 2...

MisApple said...

adik sdara apple tu.
sayang sgt kat dye.
dye lah my bambam :)