Followers

KAWAII GADGET'S CONTEST

hari tu aku ada singgah ke blog mommy pinky.
waaahhh...aku sangat tertarik dengan blog ni coz simple but sangat cantik.
suka, suka, suka! so aku pun follow this blog then...ada contest lah.
fuyooo...sangat interesting! bertambah suka lah aku.
dengan ini aku umumkan aku ingin mencuba nasib join

as usual, setiap contest pasti lah ada syarat kan.
kalau nak taw syaratnya, sila klik di SINI

so lagu yg akan dipertaruhkan adalah...
jeng jeng jeng...
taraaaa!!!
lagu UNTUKMU IBU nyanyian AEMAN




kalau korang dengar lagu ni ofcoz lah kan korang akan ingat pada ibu korang. so begitu jugak aku. setiap kali aku play lagu ni, setiap kali tu jugak memori bersama emak aku akan play dalam ingatan aku.

aku merupakan anak bongsu dari 3 orang adik beradik. aku mempunyai seorang kakak dan seorang abang. tapi aku bukanlah anak manja yg ditatang bagai minyak yg penuh seperti anak bongsu yg lain. sumtime aku rasa macam dipulaukan oleh keluarga sendiri. membe membe aku semua ta sangka langsung yg aku ni anak bongsu. diorang cakap aku ni independent, ta nampak manja langsung. sebab tu diorang bajet aku anak tengah.
abang aku merupakan anak kesayangan emak aku. apa yg dia nak, semuanya emak aku berikan. berbeza dengan aku yg terpaksa usaha kumpul duit sendiri untuk dapatkan sesuatu. tiap kali bergaduh dengan abang aku, memang konfem aku yg akan dipersalahkan dan dimaki oleh emak aku. bagi emak aku, abang aku merupakan anak dia yg terbaik.

masih ku ingat lagi sewaktu abang aku nak pmr. mak aku janji pada dia yg emak aku akan hadiahkan motor kalau dia dapat 6A. tapi dia hanya berjaya dapat 3A dan emak aku tetap belikan jugak motor untuk dia. 3 tahun kemudian turn aku lak nak pmr. emak cakap emak akan belikan aku nset kalau dapat 8A. dalam hati aku bertanya 'kenapa ta bole dapat motor. dah la syaratnya lagi tinggi'. malangnya aku hanya mendapat 5A. oleh itu aku telah dimaki teruk oleh emak aku. bukan sehari 2 sahaja, malah sehingga sekarang result pmr aku tu masih diungkitnya. cikgu cikgu aku pun kecewa dengan result aku coz diorang yakin aku bole dapat lebih dari tu.

masih ku ingat lagi masa silam ku ketika kanak kanak. salah sikit jew aku akan dihentam teruk oleh emak. hanger, getah paip, kayu panjang, penyapu, cebok dan macam macam lagi lah pernah hinggap ditubuhku. kadang kadang sampai darah darah badan aku. setiap kali mandi, menitis air mataku menahan pedih lukaku. yg aku ralat bila aku dipukul atas kesalahan abang dan kakak ku. mengapa perlu aku yg dihukum atas kesalahan mereka padahal mereka hanya ketawakan aku?

ada satu peristiwa yg serius akan ku ingat hingga akhir hayat ku. waktu tu bulan ramadhan, lagi 2 hari nak raya. macam biasa family aku akan gotong royong kemas rumah. waktu tu aku tengah demam panas. oleh sebab aku ta larat dan lemah sangat sangat, aku selalu duduk berehat kejap waktu buad kerja. macam biasa aku terpaksa mendengar kata makian dari emak. aku dikatakan seorang pemalas, buad kerja lembap dan macam macam lagi. aku hanya mendiamkan diri saat itu. dekat dekat nak petang, maktam aku datang ke rumah ku. waktu dia tengah sembang dengan emak, maktam terdekatkan tangan pada tubuh aku. maybe waktu tu maktam aku dapat rasa bahang dari tubuhku. terus dia letakkan tangan pada dahi dan leherku.

maktam: adik demam ke?
aku: (hanya diamkan diri jew)
maktam: kak, adik demam ke kak? (bertanya pada emak aku lak)
emak: eyh..yeke?
maktam: panas sangat badan dia ni. dah makan ubat?
aku: puasa. (jawab dengan perlahan dan suara yg sangat lemah)
maktam: bukak jew puasa tu. pergi makan nasi pastu makan ubat.

lepas tu maktam aku yg sediakan nasi dan ubatku. 2 hari aku ponteng puasa gara gara demam panas. pagi raya kitorang balik kampung. disana tok dan pak uda yg selalu jaga aku. family aku yg lain pergi keluar beraya. oleh sebab demam panas aku masih belum surut, aku ditinggalkan di kampung. bila diorang balik dari beraya, mesti emak aku akan tanya abang aku dah makan belum. kemudian emak akan ambik kan nasi untuk abang. aku hanya pandang jew. aku yg sedang demam panas diabai kan. kemudian tok aku yg ambik kan makanan untuk aku. lepas tu pak uda bawak kan ubat dan air untuk aku. pak uda dengan tok lah yg kerap periksa sama ada badan aku masih panas atau ta. pak uda sampai letak koolfever kat dahi aku coz badan aku memang sangat sangat panas waktu tu.

aku ingat lagi kata makian paling teruk yg pernah emak kata kan pada aku 'kalau aku taw kamu macam ni, waktu lahir dulu aku picit jew hidung kamu bagi mampus. biar aku masuk penjara pun aku rela.' bukan sekali 2 kata kata itu dilemparkan oleh emak aku. tapi sudah sering emak katakan begitu sehingga aku bole hafal ayat emak. hati siapa yg ta terasa pedih bila ibu sendiri tergamak berkata begitu padanya. aku sendiri tidak taw apa salah aku. semakin hari hubungan aku dengan family aku semakin renggang. aku lebih rapat dengan sedara mara aku.

keadaan ini membuad kan aku sangat tertekan sehingga pelajaran aku semakin merosot. akhirnya aku membuad keputusan untuk masuk asrama waktu form 4. ternyata aku happy berada disamping rakan rakan. tapi aku akan menjadi pressure setiap kali pulang rumah. selepas spm, aku melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi melaka. aku sangat jarang balik rumah. aku hanya pernah pulang apabila cuti raya puasa dan cuti sem. sedara mara dan membe membe aku pun pelik. mana tak nya cuti raya haji dan raya cina pun aku ta balik rumah. bila ditanya aku hanya akan menjawab 'jauhlah. lagi pun tiket mahal.' padahal actually aku ta tahan tinggal di rumah. sampaikan waktu aku dapat tawaran sambung belajar ke uum, sedara mara aku semua perli 'tu karang kalau dah duduk asrama, ta reti reti nak balik rumah lah tu' aku hanya mampu tersengih dan gelak bila diperli sedemikian.

sebagai seorang anak, aku sangat mengimpikan peluk cium dari seorang ibu. aku cuba perbaiki hubungan kami. aku hanya pekak kan telinga dengan segala makian. kemudian aku pandang dari sudut positif.

emak...
emak selalu manja kan abang.
sebabnya abang satu satunya anak lelaki emak dan ayah kan?
kalau ayah dah takde, abang lah yg akan jadi wali.

emak...
dulu emak ta pernah ikutkan segala kemahuan adik.
sebabnya emak nak adik independentkan?
emak nak adik gigih berusaha sendiri.

emak...
dulu emak selalu pukul pukul adik.
sebabnya emak nak adik jadi orang yg bergunakan?
emak ta nak adik jadi sampah masyarakat.

emak...
dulu emak ta jaga adik pun waktu adik demam.
sebabnya emak nak adik jadi kuatkan?
bila dah jauh, emak takde untuk jaga adik.

emak...
izinkan adik peluk cium emak walaupun hanya sekali sahaja.
adik nak mintak ampun atas segala salah silap.
maafkan adik andai adik ada mengguriskan hati emak.
emak dah susah payah melahirkan adik dan menjaga adik.
adik taw betapa besarnya jasa seorang ibu yg nyawanya ibarat telur dihujung tanduk demi melahirkan seorang anak.
terima kasih emak...
terima kasih atas segala pengorbanan yg telah emak lakukan.
ADIK SAYANG EMAK!


korang, korang, korang!
yok lah join sekali.
lagi ramai, lagi meriah kan.
so dengan ini aku nak tag 3 orang rakan blogger iaitu...  
dan semua blogger lain jugak.
 selamat mencuba!

akhirnya berjaya jugak aku penuhi semua syarat.
hoooray!!!

33 comments:

ariph™ said...

nakal sungguh tag arep disini :P

MisApple said...

hahaha...
biasa bro!
jangan lupa join k.
lau menang bole share hadiah dengan apple ;)

siti nur kaxzmilah said...

apple~ gud luck sayam! :D

MisApple said...

tengs kax.
apple dah baca kax punya.
gud luck dear!

Mommy Pinky said...

Kisah benar ke ni dik? Sedih plak kak Zana baca..hmm..semoga tabah ye..jangan biarkan pelajaran merosot, buktikan pada mak kejayaan adik tu..

gudluck, tenkiu join contest ni :))

MisApple said...

yup..kisah benar.
kak zana jgn nanges lak erk.
nanti banjir umah akak.
hehehe...
tengs for ur advice.
welcome kak :)

khairolghani said...

terima kasih sebab join contest..good luck..

Mommy Pinky said...

PEMENANG UTAMA KAWAII GADGET's CONTEST. TAHNIAH!! :)

Sila email alamat & no telefon ye ..

Mommy Pinky said...

oh, warna mashimaro sekali ;)

Liyana Lunia. said...

congratsss dear <3 u deserve it

Puteri Iqa Izyan said...

tahniah!!! da menang. :))

z a n a said...

sebab u dah menang mashimaro, i pun singgah laa. wahhh sedih citeee. u deserve the cute mashimaro.hehehehe

AzieLeiko said...

Congratz :)

syakirah samat said...

tahniah !!!

Syima Emi said...

tahniah dikkk.. setiap yg berlaku tu mesti ada hikmah nya kan... dont give up...

ZiErWa zAiNaL said...

sbb kan mis apple da mnang..sy pun singgh untuk bce..sgt2 sedey..huhu

ZiErWa zAiNaL said...

opss..lupe..nk ucap tahniah..hehe

@juera said...

Tahniah sbb win k..ape pon kisah awk mmg sedih..awk sorg yg tabah..dgn lgu yg sedih, cite sedih trus ak ngis..sobx3

Ira Hani said...

congratz.. u deserved d cute mashimaro.. hehe

be strong k ^^

MJ said...

tahniah mng mashimaro..=)

♥NAJWA♥ said...

Wah,congrates pemenang utama.Teringin sgt nak tau kisah selanjut pasal akak.Mcm mana akak dengan family akak skrg?Even kehidupan akak mcm tuu.Akak still lg nmpak ceria.Hidup mst diteruskan ryte?So,doakan akak bahagia di masa hdpn.Cerita ni mmg terharu sgt.Mcm drama dalam tv&novel sedih.Akak,chayok(!)Teruskan perjuangan..

P.S:Jelesnye dapat MP3 cute tuu,HEHE ;)

Shiela Latif said...

tahniah dik...memang layak adik juara...cerita nie betul2 kena ngan lagu, sedih akak baca.

Nabilah said...

congratzz !! :)

::Cik Zatie:: said...

congrats!
best cerita awak tu. hope awak tabah hadapi dugaan nie.

zianazone @ appleijo said...

congratz beb sbb mng kawai contest huhuhu...sedih gila cite awak ni..rase nak nangis pun ada..semoga awak tabah selalu ekk..

❤ Baby Yats ❤ said...

tahniah :)

La Ainaa~ said...

congratz ya..
so sad la..tabah k!

!eNa PnG said...

adik...



tahniah dah menang kontest tue :)

semoga tabah menhadapi dugaan.. walau apa pun Allah tahu sedalam mana hati kita... doa banyak-banyak yea...:)

Hanim Mahali said...

citer sedih, bleh buat drama sebagai pengajaran ni... Congratz menang mashimaro...

MisApple said...

tengs kak zana !
maaf late bg response .
apple ta sihat lah :(
sbb tu lah baru bukak blog .
terkejut bila ramai yg wish congrats kat shoutmix .
pelik pun ada .
rupa rupanye apple dah menang contest .
hehehe :)
tengs gak kat u all semua yg wish congrats n bg advice pd apple .
tengs a lot korang :)

haszuraidah ishak said...

tahniah dear..

semoga tabah hadapi ujian ini..

Jom skodeng :Mengenai CPC, CPM, BE & ME Nuffnang

Fara said...

tahniah wpon dah lama menang..sedehnya kisah idup awak..tabah yer..patut ler boleh menang..

nsmloveat said...

reen! siyez x sangke. ko hepy go lucky gile kot! sabar k. sume tu ade hikmah. see! kan dh dpt mp3 mashimaro! hee. btw, igt. membe2 sapot ko k ;)