Followers

Kembali ke UUM 'tercinta'

semangat betul aku nak balik uum pagi tadi, pukul 8 am dah bertolak dari rumah. (padahal ayah aku beli tiket awal). perghhh...jam pulak pagi ni. waktu orang pergi kerja kan. tepat tepat pukul 8.30 am aku sampai medan gopeng. sepatutnya 15 minit jew kot dah bole sampai. 5 minit lepas aku naik bas, bas terus blah ke alor setar. tepat pukul 12.30 pm aku sampai. taraaa...ni lah 1st time aku jejak kan kaki kat bus stand alor setar ni taw. sumpah ta tipu woo! before this aku balik ipoh ambik bas dari uum ke ipoh terus. balik uum pun aku ambik bas dari ipoh ke uum terus. kalau aku keluar alor setar pun, aku dengan membe membe sewa kereta senior. ta pernah lak naik bas kan. 

so mula lah aku nak compare stesen bas alor setar ni dengan mc (melaka sentral, stesen bas kat melaka). ofcourse lah mc better kan. stesen bas alor setar ni biasa jew ta besar mana pun. alah...standard stesen bas masjid tanah, melaka tapi alor setar ni ok sikit lah kan. mc besar, kawasan dia pun tertutup so ada aircond lah. dalam tu pun ada jual barang barang macam tudung, beg, baju, kasut. tapi jangan harap lah korang dapat cari barang yg branded kat mc kan. nak branded sila ke mp (mahkota parade) dan dp (dataran pahlawan) ye. makanan pun ada jual kat dalam mc. 7eleven ada, gerai makan pun banyak n yg bestnya mcd pun ada! mcd ni kira tempat wajib singgah kalau aku p mc. alah...selalunya aku beli mcflurry oreo my favourite tu jew, yummy, yummy! sumpah sedap. kemudahan macam surau, toilet, mesin atm pun banyak kat mc ni. pastu terbahagi pada 4 bahagian: bas antara negeri, bas domestik, teksi antara negeri dan teksi domestik. so bas dengan teksi memang banyak. sistem pun teratur, memang senang lah nak p mana mana pun. 

serius aku ada banyak kenangan kat mc ni. siap pernah kena tinggal bas lagi. RM40 burn macam tu jew. hahaha. ni gara gara roomate aku lah salah tengok waktu kat tiket. confident jew dia bas pukul 4 pm. padahal kat tiket tulis 2.30 pm. aku pun percaya gila lah kat dia. langsung aku ta mintak nak tengok tiket yg dia simpankan. last last kena balik malam. aiseh...sabau jew lah kan. dah lama aku ta p mc, mp, dp dan kmm (kolej matrikulasi melaka) tercinta. wah...rindunya aku kat melaka! dah 7 bulan kot aku tinggalkan melaka.

ups...dah jauh imbas kenangan lalu dah ni. ok, kembali ke alor setar balik. turun jew dari bas seri maju (maju ke?), aku pun ta taw nak p tunggu bas balik u kat mana. tiba tiba aku nampak seorang chinese ni galas beg uum. so aku pun apa lagi, aku ikut jew lah belakang chinese tu dengan confident nya. aku tengok chinese tu letak beg and tunggu bas. bas ta sampai lagi lah kot. aku pun tunggu jugak kat situ. kalau lah chinese tu nak pergi tokong ke kan, agaknya aku pun ikut jew pergi tokong. hahaha. tengah duduk duduk, then aku nampak lak senior aku. senior aku duduk kat sebelah aku, sembang sembang dengan aku. yes! ada jugak geng nak balik u. ta payah susah susah aku nak ikut chinese tu lagi. hehehe... akhirnya dalam kul 2 pm aku sampai bilik aku. hadoi..penat betul lah plus mengantuknya lagi. lepas solat zohor terus aku rebah di katil ku.

p/s: dah dekat sebulan aku ada masalah ta bole tidur malam. lepas subuh baru aku bole tidur. korang ada ta ubat nak tidur malam? aku nak waktu tidur yg normal balik.

2 comments:

James Buns said...

x tayah balik je UUM tu..xD

MisApple said...

kalau bola memang ta nak balik pun.
tapi apakan daya...
exam punya pasal.