Followers

last FRIDAY~

last post aku dah cakap pasal exam postpone n aku nak balik ipoh. roomate aku tolong tengok tiket balik ipoh dari changlun but 9 aribulan baru ada. ahh..late lagi tu. then aku call cousin aku kat sp (sg petani) suruh tolong cek tiket balik ipoh. my cousin said esok pagi dia p bus stand. so malam tu aku dah rasa lega ta fikir apa dah.

esoknya pagi buta lagi amar call aku. aku baru sejam tidur kot. (sekarang aku ada masalah ta bole tidur malam. sumtime lepas subuh baru dapat tidur) luckly aku ta tidur mati. amar cakap ada bus dari uum ke ipoh pukul 2 pm nanti. dia tanya aku nak ta. ofcourse lah aku nak kan. dia suruh aku text full name n no matrik tuk booking. pas aku text dia, aku pun smbung tidur. dah set alarm bajet kul 12 nanti lah bangun packing barang, bersiap segala. suddenly amar call lagi. then dia cakap dah full. babeng betul! aku call cousin aku, dia lak tanya aku nak p sp naik apa? haishhh..garu pala aku. mana nak dapat transport ke sana. since banjir ni, punya lah payah nak dapat bas. cousin aku lak kerja so ta dapat nak pick up aku kat bumi sintok ni. aku pun roger amar sal benda ni. amar cakap dia try tanya membe dia yg ada car bole ta hantar kitorang ke alor setar. then membe dia pun ta bole. aku call membe aku tanya tiket ke butterworth ada ta. aku n amar sanggup kot naik bas ke butterworth jew. then ambik bas patah balik ke ipoh. sadly, dah full gak.

aku call cousin aku balik, memang dah mati akal waktu tu. lastly cousin aku suruh aku tunggu esok jew. pastu dia ambik cuti then datang amik aku n amar. aku tanya pastu hantar kat sp ke? dia cakap nanti dia hantar aku ke ipoh terus. hati dah cakap 'bagus gak. save duit tambang aku. hehehe. but semua orang balik hari ni. cuak la aku sorang sorang malam ni. takpe ah, dah desperate ni. 1 malam jew pun.' tengah roger amar tetiba amar suruh aku wait coz ejen tiket call dia. ejen tu cakap ada 1 kosong coz sorang cancel tiket. amar tanya aku nak ta. aku pun tanya abis tu cam mana dengan dia. dia cakap esok pandai pandai dia lah cari bus. aku berbelah bagi lak, sian kot kat amar. then ejen tu call dia lagi, kali ni ada dua kosong. tunggu dekat mall pukul 11 pagi. yahooo! i got the ticket! but ta bole nak lega sangat. risau gak lau bas tersangkut coz banjirkan. so terus ku ragut toiletries. bersiap, packing barang, menuju ke mall.

otw aku nak p mall, amar call tanya aku kat mana. dia tanya aku ada extra RM10 ta? aku cakap la yg aku ada sekeping RM50 jew sekarang. tiket lak RM34. so still ada lah extra RM10. dia pun cakap dia nak pinjam coz mesin atm dah kehabisan duit dalam tu. haaa? what? serius aku dah pk nak cucuk duit kat mall nanti. pokai lah aku! ta kisah lah, janji lepas duit tambang. sampai umah aku melantak jew lah puaspuas. beli air 100 plus buad bekal dah la kan. kredit aku baru topup semalam abis macam tu jew gara gara call ramai orang nak cari tiket. terpaksa buad advance kredit. tengah duk tunggu bas cam mana tah aku bole terserve tenet kat nset. memang haru betul lah kredit  aku abis macam tu jew. terpaksa text ayah aku suh tolong topup kan. hehehe. janji kul 11 but pukul 12 bayang bas ta nampuk pun. kebetulan ejen bas tu ta jauh dari tempat aku, amar n senior senior lepak. ejen tu cakap bas sangkut kat alor setar. hampa gila aku. berjam jam tunggu, lastly bas sampai jugak. lega aku bertambah bila dapat naik bas.

sampai jew depan pagar utama uum, bus stop. then pak guard marah marah suruh kitorang turun tulis nama kat pusat kawalan. kononnya kalau jadi pape nanti diorang ta bertanggungjawab. aku blur blur jew sejak bila tah kena tulis nama segala. selama ni suka lah hati nak keluar masuk uum pun. amar lak cakap sejak bila dia bertanggungjawab tah. kitorang pun akur jew la arahan pihak atasan. aku kan budak baik. hehehe. pastu diorang ta bagi letak  beg kat bonet bus coz nanti bus kena rempuh banjir. semua duk pakat angkat beg naik atas la pulak. tengs amar tolong angkat my beg. hehehe. lastly pukul 2 pm baru bertolak dari uum. yeeehaaa!
 
bila sampai alor setar jew semua macam jakun duk jenguk ke luar tingkap termasuk lah aku sekali. ngeee. perghhh..agak teruk gak banjir kat situ. bas kena rempuh banjir. luckly, ta teruk sangat banjir yg kitorang kena rempuh. bendang or sawah padi memang dah macam laut jew. dah naik highway tu memang kitorang tengok jalan kiri kanan macam laut jew. serius ta tipu! tapi gambaran macam laut tu agak metafora lah kan. aku ternampak ada sorang budak laki siap berenang renang dalam banjir. hampeh punya budak, bole main main lagi tu. lemas kang ta taw, ayoookkk~ pacek macek duk angkat kain paras lutut. wow..seksi na! darurat lah. hahaha.



banjir dalam pic aku snap ni ta teruk sangat but ni lah banjir yg bus kena redah. kawasan tepi tepi jalan yang bus lalu tu teruk banjirnya. tapi aku ta dapat snap pic kawasan tu coz agak jauh sikit, aku lak duk dalam bus jew. dah tu pakai camera cybershot jew bukan camera DSLR pun.


yeay! dah berjaya harungi banjir. kali ni perasaan lega sepenuhnya lah. selamat tinggal kedah! dalam kul 3 lebih membe aku call tanya aku kat mana. dia cakap bus dia tersangkut kat alor setar. diorang suruh cari bus lain. memang gabra lah dia nak cari bus. sepatutnya dia naik bus dari uum ke butterworth pukul 3 pm. aku suggested dia ambik bus kat kuala perlis. cari punya cari, lastly dia dapat gak naik bus kul 8 pm.akhirnya pukul 7 pm aku sampai gak umah. ayah aku yg pick up aku kat medan gopeng. kepenatan aku hilang bila kepulangan aku disambut gembira oleh adik adik ku. sayang korang ketat ketat lah! welcome home! hooray!!!

p/s: nasib aku mula mula macam sudah jatuh ditimpa tangga jew aku rasa. hahaha. bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian. lastly, home sweet home~ lalala~

No comments: