Followers

owh no!!! UUM make me crazy!

sekarang aku rasa sangatlah geram n bengang! aku ta taw lah kategori apa berita yg aku baru dapat ni. berita buruk aku rasa. tapi ada yg rasa berita baik.  benganggg gilagila ni!!! huwaaahhh...serius rasa nak nyanyi lagu akim af7. ofcourse la tajuk lagu tu bengang kan. nama pun tengah bengang. ok, ok, mesti korang tertanya apa yg buadkan aku betulbetul bengang ni.

al-kisahnya macam ni...waktu aku tengah menikmati lunch dalam bilik tadi (tapau jew dari kafe), tetiba kedengaran suara kecoh kecoh kat luar. drama kelantan ada, drama cina pun ada. tu belum lagi masuk drama tamil n drama indon kan. macam ada berita tergempar gila babeng jew. so aku pun tergerak hati nak online. uum ni memang berita disebarkan dekat tenet jew, takde announcement macam zaman skola dengan matrik dulu k. bila aku online jew bukumuka, aku tengok ada  mesej dekat inbox. dengan perasaan ta sabar nak tahunya, terus aku bukak mesej tu. 

MESEJ PERTAMA
daripada UUM kemasukan julai 2010:
Makluman kepada semua pelajar UUM...terdapat perubahan dalam jadual peperiksaan semester...diminta kpd semua pelajar untuk membuka portal masing2 dan tgk jadual peperiksaan akhir semester masing2...sekian, terima kasih..

Salam 1UUM, Mahasiswa Berintegriti... 

MESEJ KEDUA
daripada 1 click UUM:
dear student,
kindly please check your exam schedule because there are some changes on the exam dates.... most probably final exam for this semester will start on 21st november 2010....

we are not sure with this postponed however one click uum try to update any news regarding final exam.

Pada masa yang sama doakan lah demi keselamatan dan keadaan penduduk sekitar jitra yang masih menderita dalam banjir. Keadaan banjir Jitra dan sekitarnya masih dalam keadaan kritikal.

exam postpone? owh no!!! wtf! memang aku dah membazirkan masa seminggu lah kan bertapa kat uum ni. hampeh betul lah! kalau aku taw exam lambat lagi memang dah lama aku angkat beg balik umah la kan. tapi aku masih belum taw date exam aku sebenar ni. so aku pun pergi la taip uum portal dekat encik google. perghhh...time ni la pulak tenet nak jadi lembap gila kan. refresh punya refresh baru aku dapat log in. memang sah ramai bukak portal nak cek timetable.

kalau nak ikutkan plan asal aku sepatutnya start exam 9 november ni. tapi bukak jew jadual peperiksaan akhir kat portal. then tengok lah slip exam aku. memang macam hampeh la kan exam aku start 24 november kot. aku ta taw la apsal bole postpone. ada kaitan dengan banjir ke? entah lah kan. tapi yg bagusnya aku pun belum study sangat lagi. hahaha. tadi bengang bengang memang bajet ilmu penuh di dada la kan. sadly, bila dah postpone tu ofcourse lah tamat pun lambat. then apa jadi dengan plan aku nak shopping kat sogo nanti? kena postpone jugak lah kan? padan lah muka aku!

then aku ragut nset aku terus call membe membe aku. diorang pun masih dalam keadaan terkejut agaknya. call lak ayah aku, ayah cakap balik jew lah. dah beli tiket nanti inform kat ayah. ok ayah, adik nak balik ipoh. hooray!!! then roomate aku call ajak pegi pekan changlun beli tiket bas. dengan segera ku ragut skinny ku gantikan dengan shortpant yg aku pakai sekarang. tengah duk sarung skinny ni, tibatiba nset aku melalak lagu for the rest of my life. owh, amar call la pulak. goshhh...dapat lagi 1 news buruk! 'weyh membe aku cakap jadual tu ta confirm lagi lah. pagi esok baru confirm'. dah ponin ponin eden di buad nya. 'erk? mana ko taw ni amar? sapa yg cakap? sure ke?' then amar cakap 'membe aku yg cakap coz jadual tu clash dengan senior yg praktikal. baik ko jangan beli tiket lagi. tunggu pagi esok jew.' haa...pulak dah! apa punya pengurusan lah uum ni. kata jew universiti pengerusan terkemuka! arghhh...grrr... hampeh betul! betulbetul buad aku gila lah hari ni. damn! terus takde semangat nak study hari ni. ok, aku buad keputusan nak online jew hari ni k. sekian, terima kasih!

2 comments:

nana said...

hahahaha
pdn muke.

MisApple said...

ko agak kejam ye nana.
cubalah simpati kat aku ni.
mangsa keadaan.
sob sob sob :'(