Followers

Sesentid (sengal sengal tidak)

di suatu pagi yg cerah ta gelap gelap ada perhimpunan yg luar biasa di dewan yg biasa. macam biasa ketot dan 2 lagi sahabatnya, acik dengan udi malas nak join. tapi entah macam mana lak si udi yg dikategorikan sebagai sesentid (sengal sengal tidak) bole dapat hidayah nak pergi. kononnya nak merasa dok reramai dalam dewan sambil dengar bebelan cikgu.

diorang pun ikut sertalah jadi tahanan dalam dewan tu. masa cikgu besar tengah bercakap mengenai tokoh-tokoh yg mengharumkan nama negara, mereka ni lak bole buad cerita tokoh sendiri. apa jenis lawak yg udi buad entah, terkeluarlah gelak ketawa yg mengilai ta ingat dunia sampai ke gegendang telinga cikgu besar. ta tunggu lama cikgu besar pun dengan bangganya mempersilakan mereka jadi tetamu VVIP kat depan tu.

'apa yg seronok benor deme deme gelak tadi?' tanya cikgu besar. mereka diam tanpa kata. cikgu besar meneruskan lagi ceramah beliau 'saya tengah bercakap mengenai tokoh-tokoh yg buad perkara luar biasa yg mengharumkan nama negara supaya kemu bole ambik contoh jd orang yg berguna. tapi kamu tidak, gelak gelak masa saya bercakap. kamu ta bangga ke bila saya sebut mohandas dah panjat everest, datuk abduk malik tu dah berenang keliling selat melaka, dato azhar mansur tu dah keliling dunia naik kapal. kamu ni nak keliling apa pulak?'

dengan kemachoan, penuh tekad dan iltizamnya si udi yg sesentid menjawab 'saya nak keliling kaabah cikgu'. terus gamat dewan sekolah dengan cikgu disiplin sekali tergelak besar. merah padam terus muka cikgu besar.

4 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

alahh, anak sapa la pandai sgt tuu^__^ menjawab plak dia kn.. haha.nive visiting ur blog der..
keep it writing

MisApple said...

hahaha.
best student tu.
tengs sys :)

hiro said...

hihi...

MisApple said...

suka ye encik hiro!