Followers

udang vs utang

korang kenal ta budak tembam ni? for sure ta kan. ni lah adik aku. nama dia NUR SAKINAH HUSNA tapi panggil ACIK. sumtime aku panggil dia BAMBAM coz dia tembam! hehehe. sekarang dia dah 5 tahun. dia dari dulu memang petah bercakap tapi pelat kot. huhuhu. dia ada adik umur 2 ke 3 tahun. dia ni memang suka sakat adik dia. ta padan dengan kanak kanak.

arwah che (atuk) aku ada kolam. salah satu dari kolam tu dia sewakan pada sorang cina. cina tu guna kolam tu untuk ternak udang. 1 day tu waktu kat kampung, si acik ni berlari lari ke arah kolam udang. then dia cakap kat cina tu 'abu, tok nak utang' for information, acik panggil cina tu abu. aku pun ta taw nape. maklumlah cakap budak pelat kan. nama cina tu apa tah ta penah lak aku tanya. aku pun ikut jew acik panggil abu. lepas dengar cakap acik, abu pun segera lari terkenkang kenkang ke arah tok aku yg ada kat pangkin umah. 'haiya tok, saya talak duit tok. kenapa tok mintak utang ini hari. tolong tok, saya talak duit.' beriye-iye lah si abu ni yakin kan tok aku yg dia tengah takde duit. tok aku tanya 'bila tok mintak hutang?' abu balas 'tadi cucu tok cakap tok nak utang.' rupa rupanya acik telah salah sampaikan maklumat. actually tok aku nak beli udang dari abu. oleh sebab masalah kepeletan, udang disebut sebagai utang oleh acik. sampai sekarang acik still panggil udang tu utang. sumtime aku pun terikut pelat dia tu. hahaha. huru hara si abu gara gara acik yg pelat.

moral of the story: lain kaji betul betul kalau dengar budak pelat cakap. jangan dengar bulat bulat jew. hehehe.

3 comments:

Abu Luqman said...

singgah malam sini...saya minat udang ye

Abu Luqman said...

dah follow no 35

MisApple said...

owh..minat udang ke utang?
hehehe :)
tengs for being my follower.