Followers

genap 2 tahun ke PLKN

happy anniversary kawan kawan! hari ni dah genap 2 tahun nampaknya. mari mula mengimbas kembali ke 2 tahun lepas.


 sebelum 28 DISEMBER 2008

waktu tu cikgu azrina tanya siapa dapat plkn. dengar cerita start hari tu dah bole cek result. cikgu azrina yang baik hati mengorbankan kredit prepaid dia untuk cek result kitorang. senang cerita semua budak kelas aku cek guna nset cikgu tu. suka pulak cikgu nak buad announcement siapa dapat siapa ta. lastly aku and 4 orang lagi classmate aku telah terpilih menjadi wirawati negara. memang aku suka gila waktu tu tapi risau gak aku coz banyak sangat dengar cerita buruk pasal plkn ni.

pada tanggal 28 DISEMBER 2008

waktu tu parents ku hantar ku ke stadium dan aku diminta mendaftar di kaunter and menuju ke bas yg sepatutnya. kemudian bas itu membawa ku ke 1 tempat yang asing. sampai di kem sentosa, chenderiang, tapah, perak kami beratur panjang untuk mendaftar. keadaan tika itu ku rasakan seolah olah nak masuk askar jew. mana ta nya semua barang yang kami bawak di cek. ada jugak barang yang dirampas disitu. haishhh. =='


kemudian aku nampak beberapa kumpulan gurl lengkap berpakaian biru. mak aihhh...selekeh gila dengan tudung ta beriron. macam ni ke life aku selama 3 bulan? gulppp...biar betul. setelah berkenalan dengan 3,4 orang macam tu barulah aku taw rupanya gurls tu semua dari selangor and kedah. diorang baru sampai semalam and diorang tidak diberi iron tapi dikehendaki pakai jugak uniform tu semua. patut selekeh jew aku tengok.

selepas 28 DISEMBER 2008

di sana semangat berkompeni amat lah penting. apa yang penting? kerjasama!!! luckly aku dapat kompeni yang sempoi habis. DELTA DINAMITE! huhu~kitorang memang kamceng gila. kalau kitorang cheers memang gamat habis. siap menang sorakan kau tahu.

aktiviti harian kita sebelum subuh lagi dah kena bangun bersiap pastu solat jemaah subuh kat surau. kemudian masuk barisan pergi padang kawad. memang setiap pagi kita akan rushing nak masuk barisan kan. kat situ ketua kompeni akan melaporkan kehadiran. kita kena nyanyi lagu negaraku and lagu wira wirawati. pastu siap baca ikrar bagai. aku pernah lead baca ikrar kat depan kot. hahaha. pastu start lah senaman pagi kita. kita paling suka waktu senam seni malaysia kan? suka betul waktu buad 'lompat, lompat, lompat, kecut perut'. especially nadia, memang suka gila lah dia. lagi 1 kita suka yang 'jom balik jom balik jom balik'. suka hati kita jew ubah lagu tu kan. hahaha. nanti waktu malam setiap kompeni kena hantar 3 wirawati untuk jadi pengawal malam. kitorang kena ronda kawasan hostel wirawati jew lah.



korang, korang ingat ta setiap kali hujan jew mesti kita semua suka gila. kita akan keluar beramai ramai mandi hujan. korang siap bawak sabun and syampu lagi. memang ta bole blah waktu tu. kita melalak lalak sambil mandi hujan siap berkawat lagi. hahaha. sweet sangat waktu tu korang. sampai lah dekat hari hari akhir kat kem. waktu tu dah takde lagi hujan lebat. kita semua doa agar hujan lebat supaya dapat main hujan bersama lagi. kita siap melalak lalak kat luar supaya hujan. macam tu sekali kita buad kan? punyalah bangang. hahaha. ada 1 hari tu kita semua main air jugak even ta hujan. kita kumpul semua baldi untuk tadah air pastu kita main curah curah air kat orang. kita make sure semua orang lenjun waktu tu. siapa ta nak keluar, kita tarik jugak diorang and basah kan diorang. nakal kan kita? sampai sekarang setiap kali hujan lebat mesti aku akan teringat saat ni. bila lah kita dapat mandi hujan bersama lagi?


ingat ta kita berperang dengan kompeni bravo? benci betul kita dekat 6 jahanam and pinky. macam sial jew diorang. korang ingat lagi ta yang kita ada tubuhkan ABS. pastu pinky bawak mulut kononnya ABS tu ANTI BRAVO SOCIETY. tettt...macam bangang jew pinky tu kan. ingat ta waktu pinky nak ambik sijil dia? kita semua clap hand waktu tu. padahal waktu orang lain ambik sijil semua senyap jew. then pinky dengan bengangnya cakap terima kasih kat kita. kita pun cakaplah sama sama. tiba tiba dia naik marah kat situ. auwww~ dia ingat kita takut kot. kita pun apa lagi, maki lah dia balik. korang ingat kata makian aku kat dia. memang laser lah mulut aku waktu tu. sampai nangis nangis dia kan. membe dia bengang gila kat kita sampai baling nset dia. next day nya siapa tah text aku yang pinky mintak maaf kat korang waktu dalam bas.


korang ingat lagi ta pasal pertandingan kawad. even kita dapat no 2 tapi kita tetap sedih coz wira delta dapat tempat last. waktu announcement result tu semua orang terkejut coz ramai bajet wira delta dapat no 1, wira bravo lak dapat no last. tapi sebaliknya pulak berlaku. memang jelas keputusan tu ta adil. tapi kita ta mampu nak buad apa. then kita dengar cerita yang pengadil pengadil tu semua ta puas hati dengan sir anand sebab tu diorang saja buad keputusan macam tu. tapi kita tebus kekalahan tu waktu karnival sukan. delta dapat no 1 untuk keseluruhan. kita bersorak sakan waktu tu. siapa tah terdengar perbualan orang orang yang jadi pengadil kawad waktu tu. waktu tu delta seri dengan alpha. orang orang tu cakap mesti alpha yang akan menang. aku pelik gila waktu tu kenapa lah diorang dengki sangat dengan delta. luckly bukan diorang yang jadi pengadil untuk sorakan. akhirnya delta menjuarai jugak.

korang ingat lagi ta waktu pertandingan nasyid? waktu tu lagilah jelas semangat berpasukan kita. ahli kompeni yang non muslim pun bagi semangat kat kita. waktu mula tu aku cuak jugak coz tengok kompeni lain pakai cantik cantik. kompeni kita punya pakaian simple jew. tapi suara, lagu and persembahan kita dapat memukau khalayak ramai. atas faktor tu lah kita jadi juara. walaupun wira delta ta menang, diorang turut bagi sokongan pada wirawati delta kan. wirawati yang non muslim pun happy gila dengan kejayaan kita tu.


korang ingat ta kem kita jadi lokasi pengambaran drama 'platun satria'. beberapa orang budak kem kita turut jadi pelakon tambahan dalam drama tu. hajar suka gila dapat berlakon dengan ikram dinzly sampai tin air yang ikram dinzly bagi kat dia tu dia simpan jew. ada sekali tu kita pergi mintak sign artis tu semua. aku ta taw lah apsal aku macam bengong jew ikut korang mintak sign padahal bukan bole buad apa pun dengan sign artis tu semua. hahaha. bila cerita tu keluar, 1 kem tengok beramai ramai. siap pasang skrin besar lagi kat kem kita kan. dah macam panggung wayang. nasib kat kedai jackie chan tu takde jual popcorn. hahaha.


korang ingat lagi ta malam last kita kat kem? malam tu ada live band datang. pastu kita bole bersukaria enjoy malam tu. pakaian pun bebas. ta perlu beruniform lagi. tengah kita layan lagu apa tah tetiba black out. so majlis terstop lama jugak lah. bila majlis diteruskan, suasana happening bertukar menjadi sedih dan suram. kita diminta bersalaman dengan semua jurulatih buad kali terakhir. mula mula kita semua cool lagi tapi bila tengok jurulatih kita dah menangis, kita ta dapat lagi nak tahan sedih. aku dengan geng aku iaitu 'CRC' dah buad circle and nyanyi lagu kenangan kami. then eika, geng kami bagi surat. sedih sangat bila baca surat tu. dalam surat tu jugak ada lagu season in the sun by westlife. tangkap leleh lah kami. wira wirawati delta semua berkumpul buad sorakan terakhir malam tu. lepas ni mana ada dah kitorang nak bersorak together. waktu wirawati delta cakap cakap dengan sir anand, hajar ambik pembesar suara dari sir anand then nyanyi lagu 'bertemu dan berpisah adat manusia biasa...hilang di mata tapi di hati tidak lupa...bla bla bla~' then semua wirawati delta ikut nyanyi lagu tu. sedih gila saat tu. sir anand pun macam nak nangis jew.

bila balik dorm semua cakap ta nak tidur sebab nak luang masa together buad last time. tapi maybe kita penat sangat lastly kita tidur gak. tapi kita tidur beramai ramai. kita tarik and rapatkan katil. pagi esoknya aku adalah orang terakhir yang bangun. waktu tu korang semua dah siap mandi semua. bila bangun jew aku terus duduk tengok korang semua. aku rasa sayu sangat pagi tu. korang semua dah nak tinggalkan aku ke? kemudian aku pergi mandi. pastu bonnie rekod nyanyian dia dekat dalam nset aku. aku dengar rekod tu kat sudut belakang dorm. bonnie nyanyi lagu kenangan terindah by samsons. lepas habis nyanyi, bonnie ada cakap 'ros, all the best to you'. waktu tu menitis air mata aku. nasib baik takde orang nampak. aku rasa ta nak berpisah dengan korang jew.


dah macam macam dugaan dan cabaran yang kita tempuhi together kan. manis, masam, pahit, masin, kelat, tawar...tu semua kita dah rasai bersama. segala macam yang kita tempuh lah menguatkan dan mengeratkan lagi ikatan kita. kalau nak story everything yang dah berlaku memang ta cukuplah 1 entry.

p/s: entry ni aku nak pos semalam tapi ada kanak kanak ribena yang ganggu lak. tu yang hari ni baru aku sambung buat entry ni.

6 comments:

cik misteriusha said...

awww..sweet sgt
ak ske giler post ni
memory giler
yg surat ika tu,ak rndu <3
thanks igtkn sume tu babe
sy syg kmu sume

Yan said...

mesti bes p plkn kan...


salam kenal dik.. jemput ke blog undi bby akak
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
tq

Azham Vosovic said...

Sedihnya baca post ni. Kenangan dgn kwn2 kt kem PLKN mmg tak dapat di lupakan. I had my best time too...

Riha NCL said...

riha pun ke PLKN.
i'm the first batch, first year n sume yg first. hehe.

kiranya tahun riha tu tahun experiment la.

sama mcm you, kenangan kat PLKN sentiasa dlm ingatan.

riha dulu kem rekreasi belia baling, kedah.

princess mica said...

ros.....
ko bt ak rse nk nganis lah..
ak rndu kt korg sume.. <3
thx 4 remind that memories..
so sweet :)

MisApple said...

@misteriusha:
welcome dear.
luv u too <3

@yan:
yup yup.
plkn memang best.

@azham:
taw takpe.
lorh...wira negara jugaklah ni.
batch mana?

@riha:
kira senior lah ni.
riha perasmi plkn ni.

@mica:
nah tisu!
miss u too dear <3