Followers

fucking miss my temteh der

malam tadi aku p promote big apple kat dpp sme bank.
then tersinggahlah kat bilik fatin
perghhh...banyak kot teddy bear beliau.
serius jeles! hukkk!
and then, then, then....
actually aku nak bagitau i miss my TEMTEH!
guys and babes, meet my temteh. heee.
sila puji comel kalau ta nak rasa tendangan layang aku. >.<
 
nyesal lak tinggalkan temteh kat rumah der.
sem 1 dulu memang temteh tetap menemani aku di bumi sintok ni.
but since aku alami tekanan perasan,
i think i should leave it at home. *sila abaikan broken english aku*
but now, i miss it damn muchhh!

nitez temteh. take care k. love u!

p/s: temteh merupakan present birthday aku last year from mr ehem ehem.

hari pengasasan universiti

semalam merupakan hari pengasasan universiti.
so kelas petang semua cancel oleh sebab lecturer semua wajib join majlis kat dewan mas.
ko-k aku terlibat dengan majlis tu jugak, integrasi kami yaw.
pergi tu aku naik kereta tasya dengan pah and amal.
so setiap kali lalu sebelah bas unic *bas dalam uum*, aku akan jerit bas buruk!
then aku cakap apa barang korang naik bas. hahaha.
berlagak kan aku? yelah semalam je kan aku bole berlagak.
hari lain bas buruk unic tu jugak yg aku naik p kuliah =___=
 
perghhh...tunggu tetamu vvip bapaklah lama. bosan siot!
ouh sempat jugak aku ambik kesempatan promote big apple. heee ^___^
guess who tetemu vvip nya? TPM tercinta lah.
semalam dye ada perdengarkan lagu uum yg di gubah oleh ramli ms.
macam mengantuk je pun nada lagu baru tu +__+

habis majlis tu laju je aku nak balik, nak kejar bas buruk unic.
tengok tengok takde bas luar dewan mas tu =.='
ouh lupa lah yg ada tetamu vvip. so ta haruslah bas buruk tunggu kat situ kan.
then aku pun menggunakan tenaga kaki aku yg masih kuat ni. hehehe.
perghhh...kereta goverment perdana v6 lalu sebelah laju jep.
berduyun duyun lak tu kereta perdana v6 yg lalu.
TPM siap lambai lambai tangan dari dalam kereta tu.

aku pun balik dpp ikut jalan belakang. shortcut!
waktu lalu kat litar go-kart, tengah ada race kat situ.
teruja kot aku tengok mereka race. laju lagak profesional.
sambil jalan tu mata aku tengok je kat litar go-kart, tetiba ada jejaka tampan dok tersengih sambil lambai lambai tangan.
aku tengok sekeliling aku, macam aku sorang je yg kat situ.
ceittt...mati terus niat aku nak tengok mereka race.
terus aku pandang depan sambil melajukan langkah.

then aku nampak firdaus lak.
tengah duk promote big apple kat dye, nset aku bervibrate.
pah tanya aku kat mana. diorang tunggu kat kereta.
'aku dah balik ni jalan kaki. takpelah saja nak exercise. kan pergi tadi dah naik kereta.'
aku cakap kat pah sambil gelak gelak. actually tu ayat cover malu.
aiseyman...cam mana lah aku bole lupa yg aku naik kereta. adoyai!
maklumlah dah biasa naik bas buruk unic kan.
ta pun sebab aku dah banyak makan semut. huhu.

pastu waktu lalu kat tasek, aku nampak ada 2 orang teruna tengah giat kayuh sampan yg panjang tu.
tapi apsal sampan tu ta bergerak langsung.
then baru aku perasan ada sorang lagi teruna duk tarik tali pada sampan tu.
memanglah sampan tu ta bergerak. haishhh!
tergelak gelak aku tengok. hahaha.
bila makin dekat dengan mereka aku dengar diorang tengah kira sambil mendayung tu.
ouh rupanya mereka tengah practice. patutlah.
ramai jugak yg main kayak petang tu.
rasa tenang je aku tengok tasek tu dengan gelagat mereka yg sedang berkayak.
tasek tu belakang dpp aku je. means aku dah pun sampai dpp.
pastu aku tengok budak laki tengah main takraw.
ada sepasang foreigner bawak anak dye jalan jalan.
rasa macam aku berada di taman rekreasi je waktu tu. hehehe.
tengah aku amati suasana yg tenang tu, terdengar suara sumbang cakap dengan aku.
syafiq rupanya! tengah main takraw pun sibuk nak usik aku lagi.
dah lah pastu semua laki yg kat gelanggang takraw tu pandang je aku. malu!

p/s: images tu semua aku search kat encik google je but tu semua memang tempat di uum yg aku maksudkan. bas buruk tu pun betul betul bas yg di guna di uum.

lecturer kah?

tadi aku jumpa lecturer finance.
aku menyatakan yg mid sem finance and ekonomi aku pada date and time yg sama.
then, then, guess what?
beliau kata "awak pilih je lah salah 1"
damn! betul ke beliau lecturer? aku confius ya amat.
kalau beliau lecturer asli, ta kan lah ta tau betapa pentingnya mid sem exam tu.
markah der! markah! 1 markah ibarat sesaat waktu tidur terbuang aku tau! grrr!!!
errr...dah terlambat ke untuk aku drop kelas beliau?

hishhh...since tadika aku ta pernah skip mid sem exam.
mau mampus mak aku kerjakan kalau aku main skip skip exam ni.
ajaran apakah ini? nak benci beliau bole ta?
dah lah ajar macam membuai aku tidur je.
ehhh...lek luuu. jangan kutuk kutuk.
bardaulat karang merana lak aku.
syhhh....jangan bagitau beliau yg aku terkutuk beliau.
untunglah blog aku ta famous, takdelah beliau tau.
HAHAHA.

simpan rahsia kita tau. nanti ta pasai pasai bontot aku berbirat birat beliau pukui.

saya terbabas =.='

semalam ada program formula 1 untuk student sem 1 and 2 .
mula mula pagi tu just ceramah je. haruslah mereka mengantuk.
aku dengar mp3 so still bole segarkan mata even ta cukup tidur malam tu.
membe aku yang lain ada yang dah terlelap pun dalam dewan kuliah tu.
then everything macam biasa je. bosannn~

petang tu after solat asar kitorang gerak ke litar go-kart.
merasa jugaklah aku naik kereta go-kart tu. bole nampak ta muka bangga aku? hahaha.
even ta se'gah' ferrari michael schumacer tu tapi tetap hebat!
1st tu aku naik bawak makan angin pusing litar tu je.
then ada race antara dpp. dpp aku hantar wakil semua gadis kot.
teruna semua dah cabut p main bola. hampeh betul! *teruna lagi ke mereka?*

mula mula steady je tapi di saat aku cuba pecut, brek ta dapat di kontrol.
lalu 'GEDEBUM!!!' aku terlanggar timbunan tayar keliling litar tu daa.
kemudian datanglah 2 orang abg yg ta berapa nak kacak datang tanya aku ok ta.
untunglah mereka tolong tarik kereta aku ke jalan yg benar.
aku pun sambung bawak. cehhh...berlagak steady je aku.
sampai je kat garisan penamat membe membe aku semua pergi kat aku tanya aku ok ke ta.
aku gelak gelak je lah konon macam aku sengaja p langgar benda alah tu.
nak cover malu punya pasallah katakan. hehehe.
diorang tanya aku ada sakit mana mana ta. prihatin gila kan mereka?
aku geleng je kepala. serius kot waktu tu ta rasa sakit langsung.
mereka kata mereka dah cuak kot tengok aku sampai terjerit jerit mereka.
mereka kata tengok macam teruk je cause ada tayar hempap aku.
but aku ta sedar pun. untunglah pakai helmet mahal. hehehe.

keputusannya dpp aku dapat no 1 *dari belakang*. hahaha.
balik tu kitorang p lah kafe. tapau je pun berkelah beramai ramai kat bilik peng and sa.
otw nak balik bilik tiba tiba terasa kaki aku sakit.
rupa rupanya lutut aku lebam luka. huwaaa :'(
waktu aku basuh pinggan lepas makan terasa tangan aku pedih sangat.
baru perasan yg tangan aku luka terguris. sakit!!! tolong!!!
haiya...dah balik bilik baru nak rasa sakit. luka sana sini lah.
sakit+sedih+penat+ngada ngada=nak nangis :'(

then malam tu p meeting big apple lak.
meeteing tu sangat penting cause nak bagitau apa yg perlu di buad.
mula mula muka aku masam je pergi meeting.
tapi teruna asyik buad lawak je so terus aku tergelak ketawa.
owh...aku dah dapat kertas order malam semalam.
so kepada sesiapa yg nak beli apple bole order kat aku.
kalau beli 6 dan ke atas kitorang akan delivery ke bilik korang.
big apple sangat lazat, bermutu and baik kesihatan!
so apa tunggu lagi? lai, lai, order sama aku *student uum sahaja*

busy macam orang berkerjaya

semalam masa ta mengizinkan aku bukak blog langsung.
online fb pun kejap kejap je. busy mengalahkan orang berkerjaya je aku ni kan.
semalam kelas aku dari 8 am - 8 pm. waktu gape aku pergi library cari bahan assigment.
sampai bilik malam tu terus pergi mandi, solat, makan bagai tu semua.
balik dari kafe terus start bisnes jual sosej. aku ta tau nape izah ta suka aku sebut hotdog.
tapi kitorang rasa excited je bila tengok sosej yg kitorang masak habis jual.
mula mula kitorang masak 3 paket je so ada 30 batang semuanya.
semalam kan ada perarakan sukom so ramai yg pergi pusat sukan. kitorang pun fikir ta ramai lah yg beli dah sikit je pun orang yg ada kat bilik.
then ada demand lagi pastu terpaksa masak lagi sepaket means tambah lagi 10 batanglah.

after setel je semua tu teha ajak p jumpa syafiq kat kafe.
bukan p date hookay just discuss pasal projek kitorang je. nak buad interview bagai.
syafiq tu macam blur blur je aku tengok mula tu. clueless! then salleh datang.
salleh tanya projek apa kitorang discuss tu then dye tengok paperwork semua.
mereka banyak melalut kot. ajar aku benda yg ta patutlah. dush!
gatal gak mereka tu. sabar je lah aku. ajak melencong ke pacific bagai. haishhh =.='
tapi aku suka tengok salleh tu kot. bukan apa geram tengok dimple dye tu. cute kan laki yg ada dimple ni? geram geram! laki yg ada dimple sila tinggalkan no anda di sini ye. ish...apsal aku gedik ni? ok, behave apple! hahaha.
ouh...nak tau ta ada ke patut mereka nak padankan aku dengan shah? grrr!
bagi aku no shah then suruh aku text bagai. promote shah baik and ta layan gadis lah.
salleh tanya aku orang mana. ada ke patut dye tanya aku orang kelantan ke.
pastu tanpa di tanya dye bagitau yg dye orang kelantan.
rasa nak je cakap, sumpah ta tanya! hahaha.
tapi mereka kan senior sem last. aku ni baru sem 2. hormat, hormat!
huhhh...beliau orang ke 2 teka aku orang kelantan after abg yg jual western food kat kafe tu.
abg tu pun teka aku orang kelantan waktu malam tadi jugak.
beliau cakap sebab ramai orang kelantan kat sini tu yg beliau fikir aku kelantan.
membe membe aku yg lain dulu pun ingat aku orang selangor or jb.
diorang kata gaya and cara aku macam orang selangor and jb.
semalam aku ada kecek klate dengan salleh. pastu beliau cakap bole lak aku cakap kelantan. dengan bangganya aku jawab bahasa pattani ada sikit sama dengan kelantan. aku kan keturunan pattani.
pastu after syafiq p kacau student indon, aku saja omong bahasa indon dengan syafiq.
then salleh kata bahasa indon pun aku bole jugak.
aku pun jawab, aku kan keturunan banjar mestilah tau bahasa indon.
padahal takde kaitan pun keturunan banjar dengan bahasa indon even banjar memang berasal dari indon. hehehe.
then syafiq and salleh tanya aku lahir kat mana.
pening kot mereka dah aku ni banyak sangat keturunan. tapi memang betul pun pasal keturunan tu. atok belah emak aku kat ic bangsa banjar bukan melayu. atok belah ayah aku lak memang beliau orang pattani. adik beradik beliau pun ramai kat pattani.
at last dekat pukul 1.30 am baru kitorang bersurai.
tapi ok lah. mereka banyak tunjuk ajar apa perlu di buat plus bagi no senior laki lain yg bole bagi komitmen and dah pernah handle projek besar macam tu.
mereka kan dah senior last sem, dah selalu and banyak pengalaman handle projek.
tengs yaw salleh and syafiq!

balik tu aku bukak lense aku. pedih kot mata aku. untung ada eye mo.
mana ta nya aku pakai lense dari pukul 7.30 am - 1.30 am.
gila! memang penatlah mata aku dengan ta cukup tidurnya lagi. haishhh =.='
pastu pagi tadi aku ada kuliah pukul 8 am. serius mata pun macam mata panda je.
mengantuk gila dalam kuliah ekonomi and law tadi. habis kuliah law terus aku balik tidur.
then umi text aku yg kuliah marketing management petang tu cancel.
apa lagi aku qadar lah tidur sepuasnya. heaven!
petang tu izah belikan aku cheezy wedges and secret recipe.
yesss! dapat jugak kek tiramisu yg telah lama aku idamkan.
melantak sampai nak pecah perut woo. hambik ko! puasss!

then teha pulak panggil suruh tolong dye siapkan assigment.
kira aku jadi tukang translate lah tadi. ta susah mana pun kerja tu.
plus, petang tu memang aku takde keje. so aku tolonglah apa yg termampu.
dah selesai tolong teha, aku pun ambik kesempatan ni untuk update blog.
ouh ye...azan maghrib dah berkumandang tu.
so i got to go. nak mandi, solat, siap bagai.
malam ni aku busy lagi. ada 3 meeting woo.
mula mula aku ingat pergi meeting projek jualan big apple dulu lah.
then kena pegi meeting projek i'm journalist.
projek formula 1 tu kalau sempat aku pergilah. lau dah ta sempat sorry je lah.
lagi pun formula 1 tu aku peserta je *dipaksa hookay*
projek lain aku jadi ajk so penting lah meeting tu untuk aku.

p/s: bajet busy mengalahkan pm je aku ni. sampai ta makan nasi langsung aku hari ni. hahaha.

derma darah? ta layak~

selamat hari selasa, selamat menyambut maulidur rasul dan selamat bercuti ^___^
sem ni memang aku suka pada selasa. mengapa?
sebab aku memang ta ambik kuliah hari selasa means itu hari cuti aku lah.
esok rabu kan? ahhh....ta suka betul pada rabu!
hari rabu merupakan hari busy aku yaw. jadual yg pack dari 8am-8pm. grrrr!
dah lah esok kena p library lagi cari bahan untuk assigment. bertambahlah grrrrr!
bak kata coursemate aku 'sem ni reen (aku) kena kurangkan tidur'.
yesss! memang betul pun kata beliau. sangat busy plus kata mereka sem ni shortsem.
see lah even hari ni cuti tapi pagi lagi dah ada discussion kat foyer library.

ouh ye...hari tu aku baca blog cousin aku.
beliau cerita experience 1st time beliau derma darah. wowww!
ingat ta JELES ke? hmmm... :(
online fb tadi pun terbaca status membe aku pasal derma darah jugak.
sudah lama tau aku menyimpan keinginan membuak buak untuk menderma darah.
ini bukanlah aku mahupun kaum kerabat aku. hanya sumbangan iklas dari encik google.


1st cubaan aku waktu dekat kem plkn.
gila semangat aku nak derma darah tetiba di REJECT. kecewa ouh!
then aku buad cubaan ke 2 pulak waktu di matrik.
queue bapaklah panjang. then AGAIN...di reject!
bila aku tanya mengapakah? jawab mereka, darah ta cukup. haishhh =.='
akibat kebosanan tunggu membe aku yg LAYAK derma darah,
aku p kacau nurse nurse dekat situ. hahaha.
banyak jugaklah information yg aku dapat dari mereka.
bukan tu je, mereka turut bagi aku ubat tambah darah. =.='
gila! mana pernah aku sukarela makan ubat selagi ta sakit teruk and di paksa.
ok fine! ubat itu memang musuh ketat aku. takuttt~
sampai sekarang ubat tu terperap kat rumah aku.
ta pernah lak tergerak hati aku nak makan even sebutir je. hehehe :)

bila masuk uum, aku buad medical check up dekat pku.
aku ambik blood test untuk hepatitis b and talasemia sekali.
luckly, aku ni negatif hepatitis b! hoooray! :D
but sadly aku dah tau punca aku ta layak derma darah.
rupa rupanya aku ada talasemia. so darah aku memang kurang.
aku masih kurang pengetahuan pasal talasemia ni.
but rasanya ta teruk pun. so takde apa yg perlu di risau kan. hehehe :)

p/s: membe aku dah panggil tu ajak p main squash. semangat kesukanan sedang membara ni. chow~

malu pada mr ehem ehem

ouh...hari ni 1st day kelas after CNY holiday.
kemalasan sangat menebal plus mood study masih ta datang.
kuliah finance tadi amatlah bosan after this ada kenegaraan and hubungan etnik.
perghhh...mengapa perlunya belajar subject tu? bosan tau ta!

kalau korang baca entry aku sebelum ni, aku ada comment pasal sorang mamat ni kan.
then aku tergerak hati nak tengok fb mamat tu keesokan harinya.
wahhh...memang tepat seperti jangkaan aku kot.

korang perasan ta apa yg ta kena?
nampak ta ada add as friend kat situ?
perghhh...mamat tu dah remove aku dari friend daaa. hahaha.

siapa kat sini pernah dengar suara merdu aku? hehehe.
actually aku wondering betul ke voice aku macam kanak kanak?
ada kot membe aku cakap macam tu? grrr!

ceittt....kurang asam kan ko cakap suara aku kanak kanak.
takpe takpe. ada ubi ada batas!
eyh...tadi aku tanya roomate aku suara aku macam kanak kanak ke.
roommate aku kata takdelah, suara aku suara lembut.
suka suka~ ngeee~

semalam aku call papa aku *not my real dad*
aku cerita kat dye pasal kes aku kena sound dengan wife orang tu.
lorh....penat dengar dye babbling blablabla.
ada sekali tu aku menjawab 'nak buad macam mana dah *mr ehem ehem* reject aku'
sekali papa aku cakap yg dye buad loudspeaker.
bongoklah kau! dah lah mr ehem ehem ada kat situ.
means dye dengar everything! malu siottt!
entah berapa banyak kali aku jerit 'ko bodo!' dekat papa aku. 
then bole lak ko tanya aku nak cakap dengan mr ehem ehem ke.
memang aku jeritlah 'ta nak lah bodo! maluuu!'
terus matikan call, sorok muka bawah bantal. hahaha.
macamlah mereka ada kat depan aku waktu tu kan.

then malam tu mr ehem ehem text aku tanya pasal kes tu.
errr...tolonglah jangan tanya aku pasal tu.
apsal lah ko ta buad buad ta tau je pasal kejadian tu.
aku segan plus malulah dengan ko.
dengan si papa tu yelah aku ta malu.
aku memang dah biasa story everything pada dye kot.

p/s: lain kali make sure orang yg kita call ta buad loudspeaker yaw~ *untuk diri sendiri sebenarnya*

hoooray!

hoooray!!!
happy siot aku malam ni! happy like crazy ko tau! hahaha.
guess what?
orang yg aku sayang invited aku baca blog dye yg private.
bf aku ke? nope lah!
aku ni single mingle lagi kot. ta laku lah katakan =.='
actually she is my mummy *not my real mum hookay*
senang cerita bff aku lah tapi aku panggil dye mummy.
why? sebab aku gedik nak panggil dye macam tu. hahaha.
mummy, tengs for the invitation yaw.
i love u more n more.
muahhhhh!!!
sumpah aku terharu gila gila weyh.
i'm the ONLY 1 her follower tau.
actually mummy aku ni memang dah lama benor ada blog.
oleh sebab kisah dalam blog dye sangat personal, so dye privatekan lah blog tu.

ouh another 1...guess what?
tadi aku text dengan mr ehem ehem.
bole lah lepas rindu sikit kat dye.
but kitorang cakap pasal bola je pun. nothing special lah.
tapi tu pun dah buad aku happy. gilakah aku?
apa lagi topiknya kalau ta lain ta bukan pasal torres yg dah tukar kelab tu.
dari liverpool beralih arah ke chelsea.
but he said ta kisah cause carrol n surez lagi power.
lagi kitorang cakap pasal man u yg kalah pada kelab bawahan.
as usual dye memang fuck man u dari dulu.
aku ingat lagi dye penah bagitaw yg dye fuck christiano ronaldo.
hmmm...nevermind lah kan.
setiap individu ada pendapat sendiri kan.

pagi esok aku dah nak berambus dari ipoh ni.
sintok kata mari, ipoh kata pergi!
macam malas nak balik uum pun ada.
bukan apa kalau aku balik sana nanti mesti bz gila. haishhh =.='
tapi duduk rumah pun bosan lainlah kalau mereka ada kat rumah kan.
mereka tu i mean my sys n cousins lah.
uum...sila bentangkan red carpet esok!
sekian.

bahasa ouh bahasa

hari ni apple nak ulas sikit pasal bahasa sms budak zaman sekarang.
kalau dah dok sebut bahasa sms tu korang paham paham jew lah kan.
kita ni kalau taip mesej mesti akan guna shortformkan.
normal lah tu babe! malas ah nak taip panjang panjang plus bole jimat ruang.
yeah! memang betul tu. apple pun pakai shortform jugak.
tapi jangan lah semua word hang p bantai short kan sampai membe hang dok tenung punya lama mesej hang tu semata mata nak fahamkan apa yg hang dok taip tu.
kesian lah sikit kat penerima mesej hang tu. naya dye hang buad weyh.
anda di advice kan untuk guna kan shortform yg semua pihak bole faham sahaja hookay!

ouh...1 more thing apple nak cakap cket pasal bahasa orang kelantan n terengganu.
1stly maaflah kalau korang sentap dengan apa yg apple nak bagitau.
ini adalah kisah benar yg di lalui oleh membe membe apple sendiri.
membe apple ni budak selangor. skali dapat mesej dari membe apple yg dari kelantan or terengganu ke, jenuh dye merenung nset dye.
orang luar susahlah nak faham sms yg korang taip dengan loghat negeri korang.
so kalau bole korang sms je lah guna bm standard hookay!
untunglah roomate apple orang terengganu.
so apple akan merujuk pada dye je kalau apple ta faham.
untung jugak roomate apple text apple guna bahasa yg bole di fahami.
 
 
dok sebut pasai bahasa negeri ni kan, apple ingat lagi waktu zaman dulu kala.
kira zaman kanak kanak ribena apple lah ni.
mula mula dulu apple ada masalah communication dengan kaum kerabat apple kat kampung nun.
kampung belah ayah apple kat ijok, perak.
tapi oleh sebab atuk apple ni orang pattani, thailand jadi diorang ni cakap dengan loghat pattani.
kampung belah emak apple lak di parit buntar, perak.
oleh sebab kawasan geografinya bersempadan dengan negeri kedah, so orang orang kampung sana dok speaking loghat kedah lah.
apple lak tinggal di ipoh, perak sejak lahir.
mungkin sebab dye terletak di bandar ipoh, so orang orang di sana menggunakan bahasa standard.
kira orang kat sana cakap takde loghat lah.
jadi bila apple dok lepak jew kat kampung dulu, apple jadi macam blur.
apa yg orang kampung cakap apple ta faham pun.
pasai tu lah apple dok senyum kambing jew bila mereka cakap kat apple. hehehe.
tapi nanti dalam kereta otw balik ipoh, siap lah semua word yg apple ta faham apple p tanya kat ayah apple. dictionary bergerak apple lah tu. hahaha.
dulu cousin apple dok kata 'lapaq ayaq lah'. punyalah apple dok pikiaq apa dia dye dok kata nun.
rupanya dahaga air. apa daaa dok guna bahasa tinggi sangat. haha.
kira tu not bad lah lagi kan.
hang belum dengaq lagi bahasa kaum kerabat belah ayah apple.
sampai sekarang apple masih ta kuasai bahasa mereka. haishhh =.='
but some word yg diorang guna sama dengan orang kelantan. contohnya:

kelik = balik
tubik = pergi

ada some word yg rasanya ta sama kot dengan orang kelantan.
entahlah...apple pun ta sure sangat actually. contohnya:

ceytok = duduk
bersera' = sarapan pagi

alamakkk...dah jauh apple tersasar nampaknya.
eyh...actually apple nak cakap pasal mereka yg suka menambahkan 'eww' dalam sms mereka.
honestly apple menyampah gila dengan orang macam ni.
mungkin ada yg anggap ia merupakan bahasa comel.
tapi bagi apple bahasa gedik ada lah! haishhh =.='
ouh...korang paham ta 'eww' yg apple maksud kan ni?
kalau nak more understand silalah tonton video  bawah ni.


cintailah bahasa kita. bahasa jiwa bangsa :)


Eco Park, Taman Botani

siapa yg dah pernah pergi eco park sila angkat hidung. haha.
ta ramai lagi kot orang luar yg taw pasal eco park tapi kebanyakan orang ipoh selalu lah pergi sana.
view kat sana sangat cantik taw! ramai kot pengantin buad photoshoot kat sana.
so kepada korang yg nak ke sana haruslah bawak DSLR ye.
tapi pada siapa yg ta memiliki kamera kacak itu macam apple silalah bawak cybershot anda hookay!
 

korang mesti nak taw apa itu eco park kan?
korang jangan sangka kat sana hanya tempat untuk photoshot lak.
actually macam macam korang boleh buad kat sana weyh.
kepada sesiapa yg berniat untuk kuruskan badan macam apple ni bole lah melakukan rutin exercise anda di sana yaw.
kawasan dye sesuai untuk orang berjoging juga di sediakan peralatan exercise selain taman mainan kanak kanak taw.
 dah macam p gimnasium pun ada. haha.

ermmm...sesiapa yg masih single macam apple ni ha haruslah jeles bila ke sana ye.
mana ta nya sangatlah ramai couple berasrama berasmara yaw.
maksiat! maksiat! *padahal jeles* haishhh =.='

bila berdua-duaan, haruslah ada yg ke 3. hehehe.

tasek kat sana pun cantik taw ada banyak ikan dalam tu.
so korang bole lah derma roti expired kepada ikan di sana ye.
ikan dalam tu pun besar besar nampak lazat jew lau dibakar. nyam nyam~
tapi awas! korang jangan pulak bawak segala macam kejadah alatan memancing korang tu?
huhhh? kenapa lak? sebabnya.....taraaa!
 nampak tu? dilarang memancing hookay!

yok kita tinjau lagi kawasan eco park.
korang layan jew lah pic apple si model ta laku ni ye. hehehe.
ni lah kaum kerabat apple. haruslah pic apple paling banyak kan. weee~

best kan tempatnya? aman damai jew.
so apa korang tunggu lagi?
marilah beramai ramai mereleasekan tension di eco park!
sen ta ramai? dun worry hookay!
masuk adalah PERCUMA!!!

hye kawan kawan!

hye kawan kawan!
dah lama apple ta update blog kan.
actually banyak jew modal apple nak cerita tapi kesibukan menghalang apple untuk update blog.
haishhh...dah macam pm lah pulak cakap macam tu kan. hehehe.
haa...1stly apple nak mintak maap pada korang korang yang dah lama tag apple.
sorry lah apple ta sempat nak buad. maafkanlah hamba Allah ini ye =.='
sekarang apple tengah cuti mid sem tapi seminggu lebih jew pun cutinya.
cuti kali ni lebih best dari cuti sebelum ni rasanya.
maybe sebab cousin apple tinggal kat umah apple plus hari hari keluar kan.
tapi tadi apple dah hantar kaka apple kat medan gopeng coz dye nak balik melaka.
after that p medan kid lak hantar cousin apple nak balik umah dye kat taiping.
semalamnya lak abg apple dah balik shah alam.
so conclusionnya tinggallah apple keseorangan kat rumah skunk.
sebab tu lah ada masa free lak skunk.
actually apple sunyi lah bila dah tinggal sorang sorang. hmmm =.='

haa...ari tu 1st time kalinya apple pegi eco park.
tempat dye tersangat amatlah menarik.
nak tengok ta rupa eco park tu macam mana?
ok, ok, next entry apple akan cerita pasal eco park kat korang hookay!

apple sayang korang !
muahhhhh......!