Followers

busy macam orang berkerjaya

semalam masa ta mengizinkan aku bukak blog langsung.
online fb pun kejap kejap je. busy mengalahkan orang berkerjaya je aku ni kan.
semalam kelas aku dari 8 am - 8 pm. waktu gape aku pergi library cari bahan assigment.
sampai bilik malam tu terus pergi mandi, solat, makan bagai tu semua.
balik dari kafe terus start bisnes jual sosej. aku ta tau nape izah ta suka aku sebut hotdog.
tapi kitorang rasa excited je bila tengok sosej yg kitorang masak habis jual.
mula mula kitorang masak 3 paket je so ada 30 batang semuanya.
semalam kan ada perarakan sukom so ramai yg pergi pusat sukan. kitorang pun fikir ta ramai lah yg beli dah sikit je pun orang yg ada kat bilik.
then ada demand lagi pastu terpaksa masak lagi sepaket means tambah lagi 10 batanglah.

after setel je semua tu teha ajak p jumpa syafiq kat kafe.
bukan p date hookay just discuss pasal projek kitorang je. nak buad interview bagai.
syafiq tu macam blur blur je aku tengok mula tu. clueless! then salleh datang.
salleh tanya projek apa kitorang discuss tu then dye tengok paperwork semua.
mereka banyak melalut kot. ajar aku benda yg ta patutlah. dush!
gatal gak mereka tu. sabar je lah aku. ajak melencong ke pacific bagai. haishhh =.='
tapi aku suka tengok salleh tu kot. bukan apa geram tengok dimple dye tu. cute kan laki yg ada dimple ni? geram geram! laki yg ada dimple sila tinggalkan no anda di sini ye. ish...apsal aku gedik ni? ok, behave apple! hahaha.
ouh...nak tau ta ada ke patut mereka nak padankan aku dengan shah? grrr!
bagi aku no shah then suruh aku text bagai. promote shah baik and ta layan gadis lah.
salleh tanya aku orang mana. ada ke patut dye tanya aku orang kelantan ke.
pastu tanpa di tanya dye bagitau yg dye orang kelantan.
rasa nak je cakap, sumpah ta tanya! hahaha.
tapi mereka kan senior sem last. aku ni baru sem 2. hormat, hormat!
huhhh...beliau orang ke 2 teka aku orang kelantan after abg yg jual western food kat kafe tu.
abg tu pun teka aku orang kelantan waktu malam tadi jugak.
beliau cakap sebab ramai orang kelantan kat sini tu yg beliau fikir aku kelantan.
membe membe aku yg lain dulu pun ingat aku orang selangor or jb.
diorang kata gaya and cara aku macam orang selangor and jb.
semalam aku ada kecek klate dengan salleh. pastu beliau cakap bole lak aku cakap kelantan. dengan bangganya aku jawab bahasa pattani ada sikit sama dengan kelantan. aku kan keturunan pattani.
pastu after syafiq p kacau student indon, aku saja omong bahasa indon dengan syafiq.
then salleh kata bahasa indon pun aku bole jugak.
aku pun jawab, aku kan keturunan banjar mestilah tau bahasa indon.
padahal takde kaitan pun keturunan banjar dengan bahasa indon even banjar memang berasal dari indon. hehehe.
then syafiq and salleh tanya aku lahir kat mana.
pening kot mereka dah aku ni banyak sangat keturunan. tapi memang betul pun pasal keturunan tu. atok belah emak aku kat ic bangsa banjar bukan melayu. atok belah ayah aku lak memang beliau orang pattani. adik beradik beliau pun ramai kat pattani.
at last dekat pukul 1.30 am baru kitorang bersurai.
tapi ok lah. mereka banyak tunjuk ajar apa perlu di buat plus bagi no senior laki lain yg bole bagi komitmen and dah pernah handle projek besar macam tu.
mereka kan dah senior last sem, dah selalu and banyak pengalaman handle projek.
tengs yaw salleh and syafiq!

balik tu aku bukak lense aku. pedih kot mata aku. untung ada eye mo.
mana ta nya aku pakai lense dari pukul 7.30 am - 1.30 am.
gila! memang penatlah mata aku dengan ta cukup tidurnya lagi. haishhh =.='
pastu pagi tadi aku ada kuliah pukul 8 am. serius mata pun macam mata panda je.
mengantuk gila dalam kuliah ekonomi and law tadi. habis kuliah law terus aku balik tidur.
then umi text aku yg kuliah marketing management petang tu cancel.
apa lagi aku qadar lah tidur sepuasnya. heaven!
petang tu izah belikan aku cheezy wedges and secret recipe.
yesss! dapat jugak kek tiramisu yg telah lama aku idamkan.
melantak sampai nak pecah perut woo. hambik ko! puasss!

then teha pulak panggil suruh tolong dye siapkan assigment.
kira aku jadi tukang translate lah tadi. ta susah mana pun kerja tu.
plus, petang tu memang aku takde keje. so aku tolonglah apa yg termampu.
dah selesai tolong teha, aku pun ambik kesempatan ni untuk update blog.
ouh ye...azan maghrib dah berkumandang tu.
so i got to go. nak mandi, solat, siap bagai.
malam ni aku busy lagi. ada 3 meeting woo.
mula mula aku ingat pergi meeting projek jualan big apple dulu lah.
then kena pegi meeting projek i'm journalist.
projek formula 1 tu kalau sempat aku pergilah. lau dah ta sempat sorry je lah.
lagi pun formula 1 tu aku peserta je *dipaksa hookay*
projek lain aku jadi ajk so penting lah meeting tu untuk aku.

p/s: bajet busy mengalahkan pm je aku ni. sampai ta makan nasi langsung aku hari ni. hahaha.

No comments: