Followers

Apple with Heliza Helmi
















 keyboardnote: maleh nak citer banyak aihhh. tengok jep semua pic tu then buad lah kesimpulan sendiri ye.

mood: masih teruja dengan kecomelan heliza and kekacakan hafiz. speechless!


IHY si polan !

hey what's up friend!
ok entry kali ni aku buad atas request from my bff iaitu mummy (panggilan gedik aku pd beliau).
ni semua gara gara status kat fb aku. wahhh...blog aku ni dah macam tempat bergosip pulak erk. blog aku kan. aku punya sukalah. ta pulak suruh kau yg taipkan? hahaha.

hoi apa kes pulak ni? ce cite, ce cite. hahaha. last meeting aku ada bagitau yg aku nak p posmotem untuk projek jualan big apple kan? kan? al-kisahnya bermula tika dalam bilik jkps di mana meeting masih belum di mula kan kerana menunggu ajk lain. ada lah si polan ni call aku kan. 'hey si polan, aku benci kau ahh. buad apa kau nak call aku?!' kata hati kecil ku. but aku still jawab call dari si polan coz mana lah tau ada hal penting pulak dah. setelah si polan kata dye saje call aku, memang aku tayang muka bafak annoying lah. kalau kau kat depan aku, mesti kau dah nangis tengok muka kerek aku waktu tu. bwahaha. ok, itu tipu.

serius kerek gila aku cakap dengan kau waktu tu kan. nada angkuh tahap dewa lah kata kan. ye, aku sedar kot semua tu malahan memang aku sengaja berbuad sedemikian rupa. memang aku langsung ta jaga hati and perasaan kau. nak tau kenapa? sebab selama ni ada ke pun kau kisah nak jaga hati aku? ta kan! so mampus kau lah si polan! i know no body perfect but u always make the same mistake! harap maaf, english saya pecah. tu lah pentingnye english edukesyennn-kata usop. hehehe. weyh kau jangan kata aku ta pernah bagi peluang pada kau hookay. dah banyak kali aku maap kan kau dengan harapan kau akan berubah 1 day nanti. but kau dah kecewakan aku! malah kau buad aku membenci kau. kau ingat aku suka ke nak bermusuhan ni? macam lah aku takde keje lain kan. kalau dapat income takpe lah jugak.

ouh ye, to mummy, u dah dapat tangkap ta siapakah gerangan si polan tersebut? mau hint lagi yaw? ok, baik lah. before ni i dah pernah wrote bout him kat blog buruk i ni. MR F***** (FUCK U!) kahkahkah. maaf kerana menggunakan bahasa yg agak kesat ye. ingin menggambarkan yg aku sangat benci pada si polan tersebut.

aku perasan yg jiwa senyum semacam kat aku lepas end call tu. entah entah beliau dengar ta? maklum lah jarak kitorang dekat jep kot waktu tu. untung hanan bagi aku choki choki pastu. chocolate is a good theraphy :) bagi aku lah kan. after dah separuh choki choki tu aku telan, hassan cakap jangan makan dah coz ta halal. katanya bahan nak buad whey powder tu ta halal. seingat teman kurang lebih ghope tu lah hassan kabo kan pada teman. kalau salah information, maaf kan lah insan yg lemah ni erk. hehehe.

malam tu tension jep aku dengan si ali. duk belakang aku pastu main main lak kerusi aku tu. pergi goyang kan lah. turunkan seat lah. ke belakang kan tempat sandar tu lah. seriusly terkejut kot waktu ali turunkan seat tu. tiba tiba seat terus jatuh ke bawah. silap silap otak aku pun bole shot macam beliau. haishhh =.=' ta pasai pasai jiwa tanya kenapa kat aku. pelik lah jugak si jiwa bila tengok aku ta senang duduk kan. nak jep aku hantok pala si ali bagi normal. hadoi.

duit ouh duit -,-

selamat hari ahad :)

tadi kuliah kenegaraan lecturer ta datang. so kitorang decide nak p library untuk cari bahan assigment sementara tunggu next kuliah. tapi, tapi, tapi, ada pulak orang CNI datang pastu bole scan kulit tu kan. bayar RM3 jep, murah right? kitorang pun try lah. pastu aku ni gatai gatai lak beli skin wash, skin vital and royal jelly. semua sekali RM152.80. hahaha. aku memang suka kot beli benda tu semua bagai tapi nanti aku pakai sikit jep pastu malas pakai dah. haishhh =.=' aku ni memang selekoh kot. pencuci muka aku ta sental since chinese new year hari tu lagi. krim muka pun aku dah lama ta pakai. bedak pun sumtime ta tempek langsung bila keluar. bajet muka natural aku dah lawa lah. selekeh right? kalau dah gadis tu, gsdis jugaklah kan.

kat situ ada jugak untuk blood donation. umi dengan mas ada hati nak derma darah padahal berat pun ta cukup. skang aku dah sedar diri yg aku memang ta kan pernah layak derma darah.sob sob :'( lastly setengah jam kitorang late masuk kuliah. tetiba terasa kuliah tadi sangat sekejap ye. dah lah late masuk kuliah and then aku main sudoku jep dalam kuliah. yg penting ada berita baik tadi. apa dye tu? ce teka, ce teka. hahaha. lecturer cakap ada 3 kali kuliah cancel coz beliau ada kursus. tanpa hiraukan perasaan lecturer, mereka semua bersorak gembira. teruk betuilah. teringat zaman dolu dolu kot. bila cikgu cakap cikgu ta dapat masuk kelas, semua akan cakap 'alahhh' dengan nada kehampaan. agak agak cikgu dah jauh tu, semua menjerit 'yeayyy!' dengan riang gembiranya. at least pandai jugaklah kitorang ambik hati cikgu kan.

balik kelas tadi tengok nset ada 3 message. as usual pemberitahuan pasal meeting malam ni lah kan. but ada 1 message tertaip begini 'ren, jngn mrah tau..msj smlm y ko kc ak dh tdlte la. tlong sent kt no y ko sent smlm. sory sngt2..jamal'. kahkahkah. mula mula aku ingat membe gurl yg text aku tu. sekali bawah tu nama jamal dah. ta expect kot dye akan text macam tu. hahhh...cuaklah tu kalau kalau aku marah kan? muka ganas tapi tau takut. ta kan lah setakat benda simple macam tu aku nak marah jamal oi. hehehe. petang tadi aku habis RM35 lagi gara gara beli shawl and pin reben and bunga untuk pakai dengan shawl. duit ouh duit. hmmm -,-

alahai...waktu meeting big apple dah tiba ni. bukan meeting apa just nak buad posmotem kan. projek tu kan dah tamat hari selasa hari tu. before mereka buad report kenalah ada posmotem kan. mintak mintaklah jiwa bagi elaun malam ni. mudah mudahan elaun aku banyak. aminnn... before pergi meeting aku kena kuatkan fizikal and mental. mana ta nya nanti kan ada ainor, jamal, ali, etc. mereka ni otak short. bole putus urat ketawa aku nanti. hadoi, sabau jep lah. weyh, weyh, nak tau ta skang dpp eon lak yg buad projek jualan big apple. dah lah dpp eon depan dpp aku jep. hahaha. semoga success lah bisnes korang ye wahai jiran ku. ok, ok, i got to go. ada MEETINGGG!!! malas dowh aku dengan meeting ni. dah muak muntah muntah hijau dengar perkataan meeting. haishhh =.='

Sudoku Challenge

hye hye korang! *bajet ramai jep baca blog aku ni* hahaha.
pagi tadi telah diadakan sudoku challenge anjuran dpp sime darby. ececeh...pakai ayat skema segala lak aku nih kan. hehe. alhamdulillah everything berjalan dengan lancar. contestant perlu melepasi 3 pusingan before masuk pusingan final. semua sekali ada 208 penyertaan but only 8 contestant had been choosen to final round. congrats to the selected contestant :) perghhh...korang sangat hebat yaw! kagum aku ouh. ko fikir mudah ke nak lepas 3 tahap tu? nak pulak peserta bafaklah bertambun kan. 

prize dye amat lah lumayan sampai membuadkan aku rasa nak ngorat jep juara tu. sadly dye bawak amoi sekali lak tadi. eyh pandai pandai aku jep kata amoi tu awek dye kan. hahaha. betullah tu kot kan kalau dah mereka berdua jep tadi and aku tengok amoi tu happy semacam jep bila apek tu menang. amoi tu mesti fikir 'lepas ni bole lah ajak bf aku ni shopping kat c-mart'. ouh ye, korang tau ta c-mart tu apa and di mana? ok, aku dapat rasakan bahawasanya ramai yg ta tau. aku paham C-MART tu ta lah segah TS, OU, MID VALLEY, SUNWAY PIRAMID, mahupun SOGO. tapi jangan korang perlekehkan c-mart tu hookay! dulu memang takde pape pun selain dari hanya sekadar pasaraya biasa. tapi sekarang tidak lagi ye. c-mart dah maju kot. ada karok, bowling, snooker, etc. ouhhh, wayang jep yg takde lagi. =.=' but ok lah tu at least bila rasa nak jerit lepaskan tension, aku bole karok sepuas hati. bilik dye pun besar and comfortable yaw. bila rasa geram nak belasah orang, anda bole lah main bowling di c-mart ye. anggap je musuh anda umpama pin yg kat depan tuh. baling jep lah bola tu sekuat hati and sebanyak mana yg anda mahu ye. ouhhh...aku macam dah promote c-mart jep ni. ok, tauke c-mart sila bayar gaji saya sebagai promoter ye! hahaha. upsss...dah jauh lari tajuk aku ni. mari bersama menuju ke jalan benar kembali ye. ahakz!

eyh cakap pasal apa ye tadi? ouh ye, prize tu kan? ok, ok, 1st prize RM150 cash ye! silalah faham wang itu sangat bernilai ye. bagi aku lah kan. kalau korang korang anak datuk, bakal datuk or tan sri ni, apa korang kisah kan. 150 tu macam celah gigi jep kan. 2nd prize RM100 cash. 3rd prize RM50 cash and lucky draw also RM50 cash. weyh sumpah aku jeles dengan gadis yg dapat lucky draw tu. kau ta payah perah otak susah susah pun dah dapat duit macam tu jep kan. yelah aku ta pernah pun nak lucky macam kau kan. pas ko dapat duit tu aku rasa ko dah ta kisah pun kan nak kalah ke menang. macam dah panjang sangat jep aku mencarut ni. so korang tengok jep ahh gambar gambar yg ada.

 perlulah letak pic aku dulu kan
with roomate tercinta <3
aksi para peserta yg mara ke pusingan akhir. giant sudoku woo!
menyemak jawapan yaw. debaran untuk ketahui siapakah yg bakal bergelar juara.
gelagat juara sudoku challenge! congrats dude!
naib juara! the only one malay yg masuk ke final. hebat siottt! neway congrats yaw!
merangkul 3rd prize! congrats!
hadiah. look simple right? tapi lumayan seyh.
keexcitedan selepas tamatnya sudoku challenge.
i love my gf! membe perempuan kot bukan lesbo erk. aku masih lurus. haha.
 melepaskan ketagihan pada DSLR! bilalah kau nak jadi milikku ya?

handnote: gelak sampai pecah perut kot tengok jejaka main tarik tali tadi. lawan dengan team foreigners. action lebih jep mereka. ta bole go betui. bafaklah funny weyh!

say cheese ^___^

assalamualaikum...
semalam serius aku penat gila.
bukan penat pergi kuliah sampai otak jem.
tapi penat menjadi usahawan big apple yg berjaya. hehe.
semalam merupakan last day jualan, means tutup sudah tirai jualan big apple.


ta ramai ajk yg turun semalam. donut pun sampai lambat. kotak pun habis.
so pada mulanye agak kelam kabut but everything still in control.
banyak kot donut free aku makan. macam nak pecah perut isi donut.
semalam aku dapat nama baru lagi. guess what?
say cheese ^___^ hakhak. cute ta nama baru aku? hehehe.
bengong lah mereka. ta habis habis panggil aku say cheese.
macam mana apple bertukar jadi say cheese? ce cite , ce cite.
ni semua gara gara aku try makan donut say cheese hari tu.
then, then, then, aku jadi ketagih dengan say cheese. sedap siot wa cakap sama lu!
waktu aku tengah packing epal besar tu, aku nampak jiwa ambik donut say cheese letak dalam kotak epal besar. aku tanya ahh donut untuk direct selling ke.
takde ahhh, donut untuk ajk kata jiwa. aku pun dah terliur jep tengok say cheese tu. *sila bayangkan aku tenung donut tu dengan muka teruja sambil menahan air liur dari meleleh*
dah habis packing tu aku nak makan lah donut free. then aku tanya mana say cheese.
weyh ada orang lain dah makan kot. tinggal chocoholic jep. hampa hatiku =.='
then aku pergi tengok kat direct selling lak. habis jugak weyh say cheese.
ouhhh...tidakkk! bising bising lak aku kat situ nak say cheese jugak. hadoi!
then tiba tiba jep mereka asyik panggil aku say cheese.
so terima je lah weyh. untung nama tu cute. hahaha.
nak tahu ta pelik betul aku tetiba tang mana entah muncul seketul say cheese.
aku pun tanyalah, siapa yg sorok say chese tadi? ngaku cepat!
diorang gelakkan aku pulak. bengong betul ahhh. hahaha.



penat kot aku kena p delivery sampai level 4 pastu aku kena hantar kat 3 buah blok lak tu.
balik je dari delivery dok melepak lah sat kat kaunter jualan tadi dengan muka penat nak mampuih.
depa ta habis habis dok seru say cheese, say cheese. ta larat weyh nak layan keletah korang tu.
senyum je lah yg aku mampu. pastu sape tah tanya apsal aku senyum macam tu.
lalu aku pun berkata 'penat lahhh, nak balik!'
untung jiwa kat sebelah aku jep waktu tu. so jiwa tanya nak balik sekarang ke. suruh jamal hantar.
waktu tu siapa tah jerit suruh jamal hantar, jamal cakap 'korang balik jep sendiri'
aku pun cakaplah 'jiwa lah yg suruh hantarkan'. so jamal pun hantar lah kami naik kereta gen-2 ouh!
waktu nak naik kereta tu, diorang main tolak tolak aku lah pulak. pening aku weyh.
k.aisha suruh aku duduk belakang sebelah dye. jamal lak suruh aku duduk depan sebelah dye.
haishhh...aku dah lah nak balik cepat. nevermind lah duk mana pun janji selamat sampai.
at last aku duduk depan jugak. sampai bilik tengok dah pukul 6.30 pm dah pun kau!

psttt...jumaat ni ada posmotem lak. agak agak depa panggil aku say cheese gak ke?

Budak busuk sudah tua!

ohoi! korang tau ta hari ni hari apa? ahad? yes, bagus! tapi bukanlah hari weekend bagi penduduk yg berada di kedah macam kami yaw. jua bagi negeri klate and ganu kito.
eyh jap, jap. actually aku nak bagitau yg hari ni pada tarikh 20 March 2011 merupakan birthday budak busuk yang bernama NOOR 'IZZAH BINTI RAMLE.
mari ramai ramai kita nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu untuk birthday girl! yeayyy!
aku with birthday girl. ini bukanlah pic pada hari kejadian.

SURPRISE 1
izah: (otw balik bilik beliau dari bilik khairun sheda)
 
aku: weyh tengoklah kucing tu! apa benda yg kucing tu buad? teruk betullah! (dengan muka serius sambil tunjuk ke arah longkang yg di kelilingi oleh mereka)

mereka: tu ha dye! tah pape lah! (sambil kecoh beramai ramai dengan nada serius. maaf, dialognye aku ta ingat pulak coz bercakap secara berjemaah kan)

izah: weyh, kenapa? kenapa? apa jadi? (sambil turun balik dari tangga yg baru beliau naik. kemudian izah terus menerpa ke arah kami)

aku: (terus baling tepung tepat ke arah muka izah)
 
izah: aaaaaa..... (menjerit sambil terlompat lompat)
 
mereka: (baling tepung secara berjemaah pada izah sampai izah terduduk)

teha: (mengambil kesempatan tuang tepung dari plastik atas izah masa izah terduduk)

kahkahkah! gilalah putih siottt kau izah! seluruh badan dah bertepung. kalau ada minyak letak dalam kuali, pastu kita goreng je! rangup wooo! kahkahkah!

SURPRISE 2
mereka: jom lah izah pergi bilik air bersih kan semua. (sambil naik tangga menuju ke toilet)

aku & teha: cepat bersihkan kita dulu. (sambil berlari lari untuk mendahului izah. then kami standby sebalik dinding sambil angkat baldi berisi air gamat plus tepung)

izah: (masuk sambil tanggalkan tudung)

aku & teha: (simbah air busuk pada izah dengan muka ta besalah)

izah: aaaaa.... (menjerit terkejut dengan tindakan kami)

mereka: (menonton sambil mentertawakan izah and ngelat dari terkena air busuk)

aku, izzah & teha: come to mama (sambil pergi ke arah mereka yg lain untuk peluk mereka supaya busuk bersama)

weyh gilalah busuk air tu weyh. ta pasal pasal aku dengan teha turut terkena air busuk tu kan. izah lah paling lenjun di situ ye. waktu ni lah semua nak lari dari berkasih sayang kan? ta pasal pasal kami bertiga terpaksa mandi and basuh baju di tengah malam. bole payu payu berair macam ni. mandian birthday girl ditaja oleh shokubutsu by reen :) wangi ta? wangi ta? hahaha.

 SURPRISE 3
kami: (melepak lepak di bilik izah sambil kecoh huhuhaha)

aku: izah, sorry lah tau. izah marah ke?

izah: takpelah. izah ta marah pun. (sambil tersenyum lebar)

kami: izah ni je lah yg kitorang mampu sebagai present izah. kitorang ta mampu lah nak beli bagai bagai untuk celebrate. sorry ye.

izah: takpelah. ni pun izah dah surprise.
 
mas: mas nak balik dulu lah izah. (sambil keluar dari bilik)
 
aini: aku dah mengantuk lah. aku pun nak balik. (ikut jejak langkah mas)

teha: eee...baju ni busuklah. kena rendam dulu (sambil bawak baju ke bilik air)

aku: huaaaa...nak balik bilik jugaklah (sambil tayang muka mengantuk. mereka yg lain pun semua keluar jugak selepas tu)

aini & mas: (ambil kek and nyalakan lilin kat luar bilik)

sheda: weyh tutup lah lampu koridor and lampu bilik. (lantas aku mengikut arahan)

izah: weyh siapa pulak yg tutup lampu bilik aku ni.

kami: (muncul depan bilik sambil bawak kek and nyanyikan lagu birthday) happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to izah, happy birthday to you.... (serentak clap hand secara berjemaah)

waktu tu aku tengok muka ko memang surprise and happy gila kan izah. tersenyum lebar jep kau. suka lah tu. hahaha. babe, happy birthday sweet 20! may God bless you. jangan nakal noty lagi ye busuk. wahhh...ko dah tersingkir dari geng belasan tahun dah. haaa...jangan nak terlebih matang pulak ye. mana tau excited amat dah jadi puluhan tahun ni. hehehe. sayang kau lah babe! <3

 

PENCERITAAN SEMULA (POSMOTEM)
sheda: izah sebenarnya aku bukan nak terkencing pun. tapi reen cakap diorang baru nak turun.

izah: patutlah ko asyik panggil izah, tunggu aku!

sheda: aku dah risau bila tengok izah naik tangga. izah ta nak pergi kat diorang ke.

aini: tadi aku tengok izah kenapa? kenapa? aku pun ha, ha, kenapa? kenapa?

mereka: risau tadi aini yg kena karang. bukan si izah. 

teha: aku tengok aini pun macam terkejut sekali.

izah: aku ingatkan kucing tengah mengawan. korang semua pergi bawah tengok jep. aku pun nak tengoklah kenapa.

kami: yes! menjadi jugak lakonan kami. nasib baik izah makan umpan. hehehe.

izah: korang memang terbaiklah. izah pun ta sangka. memang menjadi lah surprise. siapa yg rancang? mana korang dapat tepung?

leha: tu tepung aku ingat nak buad jemput jemput esok pagi.

izah: reen, izah bagi full mark lah. ta payah buad role play dah. hehehe.

izah, alangkah bagus kalau ko lecturer aku kan. ta payah role play bole dapat full mark dah. kahkahkah. kek tu serius sedap. tapi izah bernasib baik coz kek tu takde krim. best kan izah berbedakkan tepung and bermandikan air campuran gamat dengan tepung? nak lagi ta? nak lagi ta? hehehe.

sheda ko memang pelakon pembantu terbaiklah. leha merupakan camerawoman berwibawa. ta lupa juga pada pelakon pelakon lain yg turut menjayakan projek ini iaitu mas, aini, mira, sa, peng, mimi and pah. teha selaku roomate izah merupakan penaung yg sangat hebat. siapakah pengarah projek or directornya? ce teka, ce teka. reen iaitu aku lah orangnya! kahkahkah. a lot of tengs kepada korang yg telah bersama berganding bahu untuk mejayakan projek ini.

udah udah le tu korang ye. pas ni jangan mengenakan orang lagi tau. bawak bawak le bertaubat. sem depan je lah baru kita rumble orang lagi ye? hehehe. psttt...actually diorang dah ugut aku kot turn aku lak next month. especially si izah tu yg kononnya nak balas dendam kat aku. gilalah macam tu! nanti aku nak tidur awal! kahkahkah.

p/s: ta semua dialog tidak dapat di paparkan di sini untuk bacaan umum. muka kami ketika kejadian tidak dapat di paparkan. harap maklum.



18 March 2011

hoi, hoi, apa macam ini hari? ada ok kah?
pagi tadi memang liat gila lah aku nak bangun. sampai 2 orang membe aku datang bilik aku gerakkan.
pemalas punya anak dara! hahaha. bukan apa, penat weyh asyik ta cukup tidur jep. korang kenalah paham tu. *cover, cover* ngeee.
dah siap semua tu aku, pah, izah, peng, wani and sorang gadis unknown gerak ke dewan ilmu dpp petronas. ada program pasal kesedaran lalu lintas. haishhh dah macam program untuk budak tadika je kan.
but ok lah. penceramah dye syiokkk. kerja gelak je kitorang dalam tu. dah lah kitorang datang late, pastu mintak balik awai lak. hahaha.
ouh, lunch dye ta best langsung! dah lah sikit pastu ta sedap lak. rugi bayar RM5 tau! ta berbaloi baloi! hukkk!
lepas makan kitorang terus p kafe muamalat. hari ni jugaklah kan pacek kereta sapu semua nak keluar kan. takde 1 kete sapu pun yg bole hantar kitorang. abg aizu pun time ni jugaklah nak balik kampung kan. adesss...takde choice lain dah nampaknya melainkan tunggu bas unic jep.
mujur nasib kitorang baik hari ni. tunggu sekejap jep bas dah datang. then turun kat pku, tunggu bas nak pegi muamalat lak. kali ni pun sama, kejap jep bas dah datang. tengs lah pacek oi!
ouh lupa nak bagitau tujuan kitorang p muamalat kan. hari ni kitorang bukak kaunter big apple di kafe muamalat. tu yg pakat ramai ramai p sana jalankan tugas.
kali ni kaunter teratur jep, dah ta serabut lagi macam kat foyer fpk hari tu.
yelah order kat sini ta banyak macam hari tu plus ajk ramai yg datang ta macam hari tu kan.
ainor yg kononnya budak felda jakun ta penah tengok big apple tu takde pulak hari ni.
kalau ada ainor makin kecoh aku rasa kat situ. otak shot dye dengan jamal tu.
saat yg paling kitorang suka bila jiwa bagi kitorang makan big apple free. hahaha.
korang ada ke dapat free? ta kan :p selalunya aku akan makan alien and ono oreo.
but kali ni saja nak rasa say cheese lak. tapi bole kata banyak jenis lah aku baru rasa hari ni.
al maklumlah, makan free kan. semua sedap lak rasanya. hehehe. ^___^
bila lama kat sana terasa panas woo. so aku, izah and mas p masuk cc kat situ.
saja nak rasa kesejukan aircond di sana sambil online fb. alah masuk cc free je pun.
bole pulak aku lupa nak bukak selipar masuk sana. untung izah and mas tegur. bila aku keluar balik, ajk big apple yg lain semua tengok jep aku dengan muka pelik. then diorang perasan la pulak yg aku lupa  bukak selipar. siottt jep diorang gelakkan aku! ceittt!
waktu tu tinggal lagi 9 jep donut yg tinggal. actually kitorang tunggu arahan dari jiwa suruh makan jep. but at last ada jejaka datang nak beli. mula mula dye nak beli 3 jep tapi kitorang ayat ayat sampailah dye setuju nak beli 6 donut. yesss! penjual yg berjaya wok!
3 yg last tu hanan beli. kitorang bagi harga murah yg last tu 3 donut=RM5 jep.
then jiwa tanya nak makan donut lagi ta. ofcoz lah aku cakap nak.
tengok tengok dah tinggal kosong kak aishah dah makan. =.=' tekde rezeki!
then jiwa tanya ada siapa nak balik ta. aku tanya ada transpot ta.
jiwa kata naik kereta dengal jamal. so kitorang pe lagi, mesti ahhh nak balik. hehehe.
beriye jep aku ikut jamal dulu ingat nak cop duduk belakang. aku ta suka kot duduk depan kalau jejaka yg drive. but jamal suruh aku duduk depan lak. haishhh =.='
dah nak bla tu kak izaty lak datang nak ikut balik sekali. berhimpitlah depa 4 orang kat belakang tu.
balik tu aku online fb jap, then terus lena di buai mimpi. perghhh...lama siot aku tidur. petang baru bangun. heaven! tu pun kalau ayah aku ta call, pukul berapa entah baru aku bangun. hehehe.

p/s: alahai gambar kat nset hanan dengan kat kamera rizal la pulak. ta bole nak mencapap muka kat sini. takpe, tekpe, nanti aku update. heee.


to seek the truth ?

aku ta tau lah apsal aku banyak sangat jumpa kelemahan kaum laki skang ni.
nak kata semua laki jahat ke? hmmm...ta bole jugak kan. ayah aku tu baik jep.
mummy and roomate aku dah pesan supaya aku jangan cepat percaya pada laki.
aku paham diorang ta sanggup lagi tengok aku terus di lukai.
bak kata mereka, aku ni nampak je brutal tapi dalam hati ada taman.
sumtime aku takut untuk tau kebenaran. kebenaran itu kadangkala menyakitkan.

ok, jom masuk al-kisah sebenarnya. panjang ta mukadimah aku? hahaha.
selasa hari tu aku takde kelas tapi aku busy semak laporan projek kat abg din then hantar laporan tu kat hep. dah lah macam macam ragam. itu ini ta betul lah. dah lah kena p kaunter big apple sekali. aku bertugas kat sana, packing packing order semua lahhh.
tapi lawak ouh kat sana. bodo bodo je perangai diorang. at least ta terasa penat sangat bila dapat gelakkan gelagat mereka kan. ainor macam jakun jep ta penah tengok big apple. adesss, sabar je lah. dah lah nak speaking dengan foreigner ta lepas. last kali ko bantai cakap melayu jep! hahaha. memang blur lah foreigner tu. 'terbelit belit lidah aku' kata ainor. WTFunny !
petang tu baru aku bilik. cuaca panas terik membuadkan aku pening. bila fikir yg malam tu ada exam dengan langsung ta study apa lagi, memang makin pening aku weyh.
oleh sebab nak rileks jap before start study, aku pun online lah fb. then ada 1 message kat inbox aku yg tertaip:
perghhh...apa kejadah entah ni. aku pun ta paham. then aku buad keputusan bijak untuk ignore je dulu bagi aku cool, rileks, etc.
then bila aku baca balik rasa nak gelak terkekek pun ada. kahkahkah.
wahai cik adik manis, saya rasa awak dah salah faham ni.
saya dengan lan tu takde pape hubungan special pun ye.
kami hanyalah membe ye. kami classmate waktu sekolah dulu ye.
or bak kata lan, teman tapi mesra. hahaha.
neway dun worry kami bukan lah skandal apatah lagi couple.
malu ta? malu ta salah orang? kahkahkah.

actually aku malas nak ambik tau pasal personal life lan sangat tapi bila dah jadi macam ni terpaksa lah aku campur tangan untuk menjernihkan salah faham tu balik.
takde ahhh aku terus maki si lan tu kan. aku slowtalk ah dengan dye bagai.
yg agak mengejutkan aku bila lan kata yg adik manis tu hanyalah ex-gf dye.
katanya dah lama dye mintak putus just gurl tu yg paksa dye terima balik.
dye kata gurl tu macam gila talak lah. then lan cakap dye dah sound gurl tu.
ouh lupa lak. oleh sebab aku ta kenal ko wahai adik manis, so aku ta nak ikut kata ko supaya jangan bagitau lan. aku copy paste je balik message ko tu kat lan. hahaha.

lan marah ko sebab ko jatuhkan air muka dye kan?
yelah, dah lah ko salah attack orang pastu ko siap kutuk yg lan susah nak setia bagai.
malu ahhh dye kat aku weyh. aku ni kan ex-classmate dye jep.
ko kena faham lah jugak kan. adesss.
tapi aku confius kalau betul ko gf lan, nape sampai skang ko bukan fren dye kat fb erk?
sepatutnya dye kan dah kantoi. so nak ta nak dye kena approve ko sebagai fren kat fb kan.
see, takde pun nama lan sebagai mutual fren. weird!
padahal ko inbox aku hari selasa, hari ni dah hari jumaat.
dah 3 hari kot tetap macam tu jugak. ish, ish, ish.
 
dengan apa yg dah aku lalui jugak membe membe aku lalui,
aku jadi takut weyh. takut untuk bercinta!
aku jugak takut macam mana if 1 day aku akan jatuh cinta lagi?
aku memohon agar hati aku dijauhi dari perasaan cinta buad masa ini.
 

p/s: wahai sang CINTA, janganlah kau dekati AKU! luka di HATI ta sama dengan luka luaran.





KLK silat olahraga

hye sayang sayangku semua! ada sihat? hehehe.
sekarang aku nak flashback kembali kejadian pada hari jumaat lepas bersamaan 4 mac 2011.
jeng...jeng...jeng......
pada suatu hari, burung burung pun berkicauan hari tu. ada yg berkerja, ada yg bergembira.
cut! cut! sorry terciplak dialog usop lak. hehehe.
ok, serius, serius, serius!
selepas zohor aku bawak beg yg sarat dengan baju menunggu bas di bus stop dpp ku kebangganku.
then terjadilah perbualan antara aku, sorang awek and kaka senior.

awek: reen, nak p mana?
aku: ada KLK.
kaka senior: ko-k apa?
aku: silat olahraga:
kaka senior: tepi, tepi. jauh sikit. nanti dye silat kita lak.
awek: takpe, takpe. d**** ada taekwondo.
aku: hehehe (hanya mampu tersengih)
kaka senior: KLK kat mana?
aku: (tertunduk sedikit, malu nak jawab) dekat padang hoki.
mereka: huishhh...jauhhhnya....kahkahkah.

cisss! ada ke patut mereka gelakkan aku. =.='
saya ta mampu camping jauh jauh ni. padang hoki pun bole.
berbumbungkan bintang gitu. korang ada ke? dah tuu, diam lahhh!

malam tu kitorang ada bbq. bab makan memang semua orang laju je kan. yg pergi exam pun dan dan balik exam waktu tu. after that ada persembahan malam kebudayaan. aku suka tengok performance dari kumpulan kerangga. great gitu! auwww~ sorang main gitar sambil 2 orang lagi berduet nyanyi lagu kalau berpacaran. ahli group yg lain lak buad sketsa. lawak doe tengok sketsa spontan korang! firdaus ko memang pandai berlakon. dah macam gaya buaya darat je aku tengok. terbaikkk wok! group aku buad apa? sila jangan tanya =.='


around 3 am kitorang ada game burung hantu. tau ta macam mana? oittt...bukan memburu burung hantulah! pada sesiapa yg selalu pergi kem mesti dah selalu mainkan. but before tu terjadilah sesi soal jawab antara urusetia and boys yg smoking. padan muka mereka! merokok lagi pastu buang merata rata kan? aku kesian jugak kat mereka tapi memang salah mereka pun. serius cakap mereka menambahkan lagi perspektif negatif aku terhadap kaum lelaki except ayah aku. hehehe. aku ta tau sangat apa yg jadi waktu burung hantu tu. dah mata kena tutupkan. tapi aku ta suka berjalan dalam keadaan mata di tutup! dah lah tali kasut aku terbukak. then orang belakang aku pun asyik terpijak tali kasut aku. benci betullah! mentang mentang aku ta nampak pape, diorang main tarik aku kasar kasar. bila diorang tinggalkan aku teruslah aku duduk ikat tali kasut yg sedia terburai tu. bukan nak cakap lagaklah but serius ta takut pun waktu tu. bosan ada lah! mana lah aku nak takut kalau dah bole dengar suara orang lain. jeritan tu toksah kata lah. banyak kali kot aku dengar. yg paling ta bole blah aku bole dengar suara orang nangis. gila lah! tu pun nak nangis ke? kahkahkah. ouh...ada sorang tu ahli kumpulan dye punyalah dok cari ingat hilang tang mana tah. rupa rupanya urusetia sorok dye kat dalam kereta. adesss...awatlah ta sorok aku je kat kereta tu. bole lah aku tidur dengan selesanya dalam tu kan. hehehe ^___^ ouh...yg funny nya bila abg mat (jurulatih silat kami) tunjuk video yg beliau record waktu game burung hantu tu. ada 1 group tu di bawak lalu bawah papan tanda besar. sampai mereka kena merangkak lalu bawah tu. adesss. but abg mat said kalau kitorang boleh bukak mata mesti terkekek gelak tengok gelagat semua orang waktu tu. dengan ada yg nangisnya lagi. langgar itu ini lah. suka lak dapat buli kami kan.

kemudian sampailah ke acara yg aku sangat ta suka iaitu muhasabah diri. kalau aku ta suka ta bermakna aku ni jahat siot kan. tapi selalu muhasabah diri mesti akan dibangkitkan hal parents. aku memang sensitif gila hal ni. isu yg buadkan aku cepat sedih and nak nangis sokmo. ok, apa perasaan korang bila imagine 1 day parents korang dah takde? terus terang aku ni nampak je brutal tapi dalam hati ada taman. ye, ye, aku admit yg aku pun menangis waktu tu. gila keras hati orang yg takde perasaan sebak langsung waktu tu. conclusionnya kitorang langsung ta tidur hari tu sampailah ke tengah harinya. balik balik terus aku qadar tidur.
 hambik ko! berjam jam aku tidur. dah ta ingat dunia dah dapat tidur tu. ta makan pun takpe woo.

errr...sebenarnya banyak lagi aktiviti and macam macam lagi yg berlaku pd hari tersebut. tapi aku cerita yg ni je lah erk. korang pun bukan nak tau sangat ye dak. haishhh =.=' layan je lah pic kat bawah ni erk.

pernah ke korang tengok gadis main tarik tali pakai kain batik? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok jejaka main futsal pakai kain pelikat? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok gadis main futsal pakai kain batik? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok gadis pakai ala ala pendekar mustar gitu? tapi kami pernah!
budak silat memang exotic ye. we do what others don't. but inilah kami!

p/s: muntah hijau aku jawab bisnes law tadi =.='