Followers

KLK silat olahraga

hye sayang sayangku semua! ada sihat? hehehe.
sekarang aku nak flashback kembali kejadian pada hari jumaat lepas bersamaan 4 mac 2011.
jeng...jeng...jeng......
pada suatu hari, burung burung pun berkicauan hari tu. ada yg berkerja, ada yg bergembira.
cut! cut! sorry terciplak dialog usop lak. hehehe.
ok, serius, serius, serius!
selepas zohor aku bawak beg yg sarat dengan baju menunggu bas di bus stop dpp ku kebangganku.
then terjadilah perbualan antara aku, sorang awek and kaka senior.

awek: reen, nak p mana?
aku: ada KLK.
kaka senior: ko-k apa?
aku: silat olahraga:
kaka senior: tepi, tepi. jauh sikit. nanti dye silat kita lak.
awek: takpe, takpe. d**** ada taekwondo.
aku: hehehe (hanya mampu tersengih)
kaka senior: KLK kat mana?
aku: (tertunduk sedikit, malu nak jawab) dekat padang hoki.
mereka: huishhh...jauhhhnya....kahkahkah.

cisss! ada ke patut mereka gelakkan aku. =.='
saya ta mampu camping jauh jauh ni. padang hoki pun bole.
berbumbungkan bintang gitu. korang ada ke? dah tuu, diam lahhh!

malam tu kitorang ada bbq. bab makan memang semua orang laju je kan. yg pergi exam pun dan dan balik exam waktu tu. after that ada persembahan malam kebudayaan. aku suka tengok performance dari kumpulan kerangga. great gitu! auwww~ sorang main gitar sambil 2 orang lagi berduet nyanyi lagu kalau berpacaran. ahli group yg lain lak buad sketsa. lawak doe tengok sketsa spontan korang! firdaus ko memang pandai berlakon. dah macam gaya buaya darat je aku tengok. terbaikkk wok! group aku buad apa? sila jangan tanya =.='


around 3 am kitorang ada game burung hantu. tau ta macam mana? oittt...bukan memburu burung hantulah! pada sesiapa yg selalu pergi kem mesti dah selalu mainkan. but before tu terjadilah sesi soal jawab antara urusetia and boys yg smoking. padan muka mereka! merokok lagi pastu buang merata rata kan? aku kesian jugak kat mereka tapi memang salah mereka pun. serius cakap mereka menambahkan lagi perspektif negatif aku terhadap kaum lelaki except ayah aku. hehehe. aku ta tau sangat apa yg jadi waktu burung hantu tu. dah mata kena tutupkan. tapi aku ta suka berjalan dalam keadaan mata di tutup! dah lah tali kasut aku terbukak. then orang belakang aku pun asyik terpijak tali kasut aku. benci betullah! mentang mentang aku ta nampak pape, diorang main tarik aku kasar kasar. bila diorang tinggalkan aku teruslah aku duduk ikat tali kasut yg sedia terburai tu. bukan nak cakap lagaklah but serius ta takut pun waktu tu. bosan ada lah! mana lah aku nak takut kalau dah bole dengar suara orang lain. jeritan tu toksah kata lah. banyak kali kot aku dengar. yg paling ta bole blah aku bole dengar suara orang nangis. gila lah! tu pun nak nangis ke? kahkahkah. ouh...ada sorang tu ahli kumpulan dye punyalah dok cari ingat hilang tang mana tah. rupa rupanya urusetia sorok dye kat dalam kereta. adesss...awatlah ta sorok aku je kat kereta tu. bole lah aku tidur dengan selesanya dalam tu kan. hehehe ^___^ ouh...yg funny nya bila abg mat (jurulatih silat kami) tunjuk video yg beliau record waktu game burung hantu tu. ada 1 group tu di bawak lalu bawah papan tanda besar. sampai mereka kena merangkak lalu bawah tu. adesss. but abg mat said kalau kitorang boleh bukak mata mesti terkekek gelak tengok gelagat semua orang waktu tu. dengan ada yg nangisnya lagi. langgar itu ini lah. suka lak dapat buli kami kan.

kemudian sampailah ke acara yg aku sangat ta suka iaitu muhasabah diri. kalau aku ta suka ta bermakna aku ni jahat siot kan. tapi selalu muhasabah diri mesti akan dibangkitkan hal parents. aku memang sensitif gila hal ni. isu yg buadkan aku cepat sedih and nak nangis sokmo. ok, apa perasaan korang bila imagine 1 day parents korang dah takde? terus terang aku ni nampak je brutal tapi dalam hati ada taman. ye, ye, aku admit yg aku pun menangis waktu tu. gila keras hati orang yg takde perasaan sebak langsung waktu tu. conclusionnya kitorang langsung ta tidur hari tu sampailah ke tengah harinya. balik balik terus aku qadar tidur.
 hambik ko! berjam jam aku tidur. dah ta ingat dunia dah dapat tidur tu. ta makan pun takpe woo.

errr...sebenarnya banyak lagi aktiviti and macam macam lagi yg berlaku pd hari tersebut. tapi aku cerita yg ni je lah erk. korang pun bukan nak tau sangat ye dak. haishhh =.=' layan je lah pic kat bawah ni erk.

pernah ke korang tengok gadis main tarik tali pakai kain batik? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok jejaka main futsal pakai kain pelikat? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok gadis main futsal pakai kain batik? tapi kami pernah!
pernah ke korang tengok gadis pakai ala ala pendekar mustar gitu? tapi kami pernah!
budak silat memang exotic ye. we do what others don't. but inilah kami!

p/s: muntah hijau aku jawab bisnes law tadi =.='

4 comments:

cik misteriusha said...

wah mcm best lar yunk!!!
nk join~~~
(p/s: tade abg senior ncem yg join ke?)

anamizu said...

cik ana pun nk tnye ade senior ensem tak silat2 tu??? ngeeee~~

MisApple said...

@cik misteriusha:
lai , lai , join !
macam takde jep .
hahaha .

MisApple said...

@anamizu:
alahai...takde lah pulak cik ana oi .
hehehe .