Followers

buad Sahabat ku

dear friend,

aku tau banyak dugaan yg kau hadapi skang. walaupun kau masih boleh bergelak tawa, tapi dalam hati kau ada luka yg dalam. walaupun kau tersenyum riang pada kami, tapi kau menangis teresak esak dalam hati.

tapi aku tau kau kuat. kau boleh tempuh tu semua. kalau kau ta kuat mesti kau dah lama bunuh diri. kejam sangat ke? ok, tukar, tukar. kalau kau ta kuat mesti kau dah hilang ingatan ataupun mengalami kemurungan yg terlampau. kau pernah cakap kat aku yg kau ta kuat. mungkin kau ta sedar sebenarnye kau cukup kuat untuk hadapi dugaan ni. ingatlah sahabat, Allah ta akan uji kita jika kita ta mampu. Allah itu maha pengasih. Dia menguji hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba-Nya itu.

kawan ku,

aku ta tau macam mana nak bantu kau. aku hanya mampu menjadi seorang pendengar. aku akan cuba memberi pandangan terbaik. tapi aku jugak manusia biasa, sometime aku emosional lebih. so pandangan aku ta semestinye betul. tapi aku harap kau sudi meluahkan segalanye pada aku. janganlah kau simpan dan pendam seorang diri. aku ta tau macam mana nak tenangkan kau. perlu ke aku cakap 'sabarlah'? aku tau mesti dah ramai orang yg cakap macam tu kat kau kan. memang mudah untuk aku berkata agar kau bersabar. tapi sakitnye, deritanye, lukanye, sedihnye kau sendiri yg rasa bukannye kami kami kan. mesti kau akan fikir 'korang setakat cakap senanglah, bukan korang yg kenakan!'. ye, aku tau itu kawan. andai kata keperitan itu bole di bahagi bahagi kan dan di kongsi agar dapat meringankan keperitan itu, yes, i will do it! i will share ur pain!

sahabat ku,

tipu lah andai kata aku ta sedih mendengar masalah kau. sebrutal mana pun jiwa aku, hati aku tetap lembut. aku juga seorang gadis seperti kau. aku dapat membayangkan perasaanku di tempat kau. memang aku rasa nak jep bunuh manusia yg dah sakiti hati kau. tapi itu bukan lah jalan penyelesaiannya. malah hanya menambahkan masalah sedia ada. sahabat, menangis lah dikau semahu mahunya wahai sahabat. aku sedia meminjamkan bahu ku untuk mu. tapi biarlah tangisan itu membawa pergi kenangan yg lalu. jangan di simpan lagi kesedihan itu. moga kau dapat semangat yg baru setelah puas melepaskan tangisan itu.

duhai rakan ku,

mungkin kau bukan tulung rusuk dye. u deserve better friend! janganlah kau terus mengenangkan dye lagi. ingat lah setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnye. pasti kau masih ingatkan kata kata ini 'kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi. kita tertanya-tanya kemana perginya matahari? rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah' ya! kebahagiaan pasti akan menjelma jua. di saat itu kau akan rasakan betapa manisnye kebahagiaan itu setelah kau berjaya meninggalkan kepahitan lalu.



sahabat ku,

aku sayangkan kau. yes, i do love you! let's move on. aku ta nak kau terperangkap lagi dalam kenangan lalu. ingat aku suka ke tengok kau sedih sedih? nak aku temankan kau karok lagi ke? tapi janji jangan nyanyi lagu sedih sedih lagi. risau c-mart banjir dengan air mata kita lak kang. kalau ada liquid heart, memang aku dah beli untuk padam nama dye dari hati kau. tapi sayangnya takde orang cipta lagi. hati kau bukan macam paper, kalau ta, bole lah guna liquid paper jep. friend, chill please~ ingatlah walaupun kau dah takde dye, tapi masih ramai lagi yg ada untuk kau. kau ada family kau, saudara mara kau and paling ramai sekali membe membe kau dari kau lahir pastu masuk tadika, masuk sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk sekolah teknik, masuk matrikulasi, hinggalah skang kau dah masuk universiti. ingat tu yg kami sentiasa ada untuk kau. kau bukanlah alone hookay! again aku nak ingatkan kau, I LOVE YOU! WE DO LOVE YOU! MUAHHHH!!!



notakeyboardsoso: entry ini khas untuk bff aku yg sedang bersedih. aku harap dye baca ini. sayang, ini kata kata ikhlas dari hati aku tau.


2 comments:

cik misteriusha said...

sy tumpang terharu T___T

MisApple said...

nampaknye feeling aku sampai ke hati readers.
hahaha.