Followers

I Stalk Your Profile

hey guys! ini bukan lagi kisah HACKS. ini kisah TEMTEH lak. haha. readers mesti ta faham apa itu 'temteh'. tapi that guy mesti faham. and i hope that guy read this! *___* hopefully! video bawah ni hampir sama dengan apa yg jadi kat aku. just ada beberapa keadaan jep ta sama dengan keadaan aku. ouh, lirik yg aku highlite tu maknanya sama dengan keadaan yg aku rasa hookay! so then presenting I STALK YOUR PROFILE by Jazz Hayat.

sumber: incik youtube


Ooh... Ini kisah sedih ku     
Aku mengharap kan      
Sesuatu yang tak pasti    <----i know kita dah clash but i stll....hmmm, u know kan.

Disaat kau disisiku    
Hidupku terasa indah      
Hidupku penuh   <---- i miss that time, masa kita bergelar couple!
Warna warni          
Seperti pelangi      

Ku akui ku rindukanmu    
Saat kau tiada di sisi  
Hancur hatiku     <---- honestly, i miss u damn much!
Bila kau Sudah berpunya...    


I stalk your profile when I miss you       
<---- hahaha. serius aku buad macam ni.  
Tengok semua gambar you tanpa jemu     <---- habis semua album u i tatap tau.
I stalk your profile when I miss you      
Adakah kau juga memikirkan ku      <---- i'm wondering bout this too =.='


Semua gambar-gambar you bersama si dia   <---- u cakap dye classmate u jep.
Dalam captionnya kata mu aku cinta dia      
Reaksi ku meluat tapi sedih pun ada <---- ouh, i dah kantoi dengan u bout this. u cakap i jeles. memang pun!
Memang kau ini player tapi malangnya        
Ku mahu kau Jua..   <---- errrr....no comment! haha.  

Kau seolah memberiku harapan      <---- maybe u ta patut cakap dengan nada lembut kat i.
Disaat sunyi rasa kesepian        
Kau seolah memainkan perasaan      
Ingin ku membenci mu tapi aku yang      <---- i dah try benci u. many times!
Tak tahaan      <---- but still failed!


then aku jumpa video balas di youtube jugak. lawak pulak aku tengok. kahkahkah. hopefully that guy ta terniat nak tujukan lagu balas macam dalam video bawah ni ha. so, enjoy guys!







notakeyboardsosobudak uum semua sibuk buat entry pasal penghujung sem. sedih aku baca especially yg student last sem. aku terniat gak nak tulis pasal tu tapi nantilah. hehehe.






HACKS: versi 2

apsal nset aku ta berbunyi ni? rosak gamaknya. hahaha. untunglah korang ada orang mesej kan. oleh sebab takde keje, aku pun belek belek riri (nama nset) aku. lalu terjumpa lah video ni.


kalau korang baca entry HACKS mesti korang akan tau serba sedikit pasal naz. actually naz pernah bagi video ni kat aku. dye pesan supaya aku hayati kata kata dalam video ni. bila aku tanya kenapa dye bagi aku video ni, dye jawab dye rasa dye lah watak anak murid tu. dye menyesal atas kesalahan yg dye dah buat kat aku. memanglah aku yang mintak clash tapi dye yang buat salah dengan aku.


leha (membe aku) dah sebak kot waktu tengok video ni tadi. hahaha. so, korang imagine lah perasaan aku bila naz tujukan video ni kat aku macam mana kan. 


notakeyboardsoso: tengah layan lagu lagu raya. sedih, nak balik! huwaaaa..... :'(




HACKS

5 tahun yg lalu aku mula berkenalan dengan sorang mamat ni. dye mintak no tepon aku dari membe aku, amirul. rupa rupanya diorang 1 team, team bola sepak negeri perak bawah 15 tahun. aku pun fren lah dengan mamat tu, nama dye naz (bukan nas ahmad). aku memang mudah terpikat dengan budak sport. bagi aku mereka sangat cool. nak pulak kalau yg badan though kan tapi takdelah sampai 6 pack terjojol macam sazali samad tu. takut lak aku tengok kan.

dari perkenalan kepada persahabatan, then it changed to lover couple. dulu aku gila naif dengan dunia couple. ta reti aku nak beromantika ke hape. dye lah yg ajar ber'sayang' and ber'baby' dengan aku. tapi bila dye ngamuk, hambik ko babi dye cakap kat aku. nasib aku lah dapat orang hot temper kan. even dye macam tu, tapi dye seorang abang yg baik. ni lagi 1 point yg buad kan aku terpikat kat dye. dye ni anak sulung, dye memang jaga adik adik dye. kalau kau kacau adik dye, sampai ke lubang semut dye cari kau. tapi kalau adik adik dye buat hal, siaplah kena dengan dye kang. aku rapat dengan ekin, adik bawah dye. hari tu dye pegi tibai nye bf si ekin ni. teruk laki tu kena sampai bleeding. bila aku tanya, naz kata naz ta nak laki tu rosakkan ekin. selalunye kalau ekin nak mintak pape kat naz, mesti ekin suruh aku yg mintakkan.

bila naik form 4, aku masuk sekolah asrama. aku ada gak terfikir mesti naz bosan coz aku ta bole text and call dye selalu. aku cakap kat dye kalau dye nak kawan dengan gurl lain, kawan jep lah asalkan jangan lebih lebih. aku memang ta kan kongkong bf aku coz aku sendiri ta suka di kongkong. aku bagi sepenuh kepercayaan pada dye. selalunye bila aku balik rumah, kitorang akan jumpa. kira 2 minggu sekali lah kitorang date. yg bagusnye kitorang ta pernah keluar berdua jep. 

1 day kitorang date kat jj. masing masing pakat dok angkut bala tentera. then aku perasan sorang gurl ni (jemaah bala tentera naz) asyik pandang lain macam kat aku dengan naz. naz pun over semacam hari tu. nak suap aku lah, minum air aku lah and bole pulak dye tanya kat geng dye 'cantik ta awek aku?' perghhh...blushing kot. serius ta bole go tanya macam tu depan depan aku. luckly depa semua bagi jawapan positif. nak ambik hati aku lah tu. macam bangang jep perangai naz ni. kakak sedara dye (ain) lak ta habis habis dok peluk aku panggil adik ipar. membe aku text ajak aku teman dye beli baju waktu tu. so aku tinggalkan naz jap, terus p tempat yg membe aku tunggu. then bila naz and geng dye datang kat aku, diorang dok sakan gelak nyaris nak berguling. aku pun pandang dengan muka blur jep. rupa rupanye gurl yg pandang semacam kat kitorang tu jatuh eskalator. terus gurl tu blah balik rumah. KAHKAHKAH. next day baru aku tau yg gurl tu ex-gf si naz. geng naz ta suka dye. waktu tu dye tetiba nyibok ikut diorang p jj.

even aku kat ostel, aku still dapat tau apa yg naz buad kat luar sana. aku tau dye couple dengan gurl lain selain aku. tapi aku ignore jep pasal tu. sebelum ni pun naz pernah buad benda yg sama. sampai ina (mangsa) call aku, mak ina mintak no naz kat aku lah. sebelum tu naz tetiba tukar sim dengan aku. naz saje nak kantoikan pasal ina. malas kot aku nak layan. so aku suruh naz setelkan sendiri benda tu. yg aku tau aku ta nak ina ganggu hidup aku lagi. sendiri buad, sendiri tanggung. kenapa aku ta marah sangat naz pasal gurl lain? sebab aku tau biar berapa banyak gurl yg naz ada, aku jep yg special. dye ta layan gurl lain macam dye layan aku. aku kan banyak spy, so aku tau lah tu semua kan.

macam macam kenangan kitorang. pernah gak membe naz fitnah nampak aku jalan pegang tangan dengan laki lain kat medan gopeng. yg paling aku ta bole lupa ada 1 malam tu naz call aku. naz menangis dekat aku. naz luahkan segala penyesalan dye, dye nekad nak berubah. naz jugak pernah cuba berhenti merokok sampai demam demam. hah, cakap pasal rokok ni kan, 1 lah yg bagus dengan naz. naz respect yg aku ta suka rokok. aku faham bukan mudah untuk terus berhenti merokok. selama kitorang couple, naz ta pernah merokok depan aku. selalunye naz akan makan gula gula hacks masa jumpa aku coz aku ta tahan bau rokok. pastu naz akan bagi kat aku sekali. dye siap pesan suruh aku simpan plastik tu. naz cakap kan HACKS tu ada makna. 

Hanya
Aku
Cinta
Kau
Seorang

1 day, naz accident. pastu kitorang gaduh, aku suruh naz pilih antara aku dengan moto dye. ye aku akui memang killer question tu. moto dengan gf mana nak sama kan. then kitorang clash. mula mula aku rasa single itu best! yeah, aku sangat happy dengan new life aku. then, aku mula rasa sunyi. aku pandang nset, sepi jep takde orang text or call aku. membe aku cerita yg dye nampak naz keluar dengan gurl lain. serius sentap. waktu prep malam aku duduk belakang kelas sorang sorang. then sorang classmate aku ni punyalah bangang pergi nyanyi lagu amy search khas untuk aku. apa entah tajuk lagu tu tapi yg aku ingat bait depan tu 'sia sia sudah, kita jalin cinta, blablabla~' perghhh...nak nangis aku rasa. sabor je lah.

masa aku keje kat penang, 1 day tetiba ada no ta kenal call aku. aku terpaku bila dengar suara yg call aku tu. aku ingat lagi suara tu even dah lama ta jumpa dengan pemilik suara tu. naz! yeah, aku rindu sangat kat dye. kitorang mula rapat macam dulu. sampai lah aku dah masuk matrik, ada gurl call aku. dye  suruh aku tinggalkan naz, hape lah. aku balas 'kalau ko nak sangat kat naz, ko ambik jep lah'. gurl tu cakap naz ta nak kat dye, ta layan dye sebab aku. rupanya gurl tu ex-gf naz. macam macam gurl tu buad untuk dapatkan naz sampai gurl tu pergi rumah naz. aku memang ta suka nak berebut laki ni. tapi ekin suruh aku lawan gurl tu. ekin ta nak aku tinggalkan naz. at last aku clash dengan naz sekali lagi. naz pujuk aku tapi kali ni aku keras hati. then naz datang matrik aku pujuk aku. serius aku hampir cair. dah lah shemat jep naz bila datang jumpa aku, pastu sanggup dari perak datang ke melaka untuk jumpa aku. macam biasa lah naz mesti bawak membe bila jumpa aku. waktu naz p toilet, membe naz cakap cakap lah dengan aku. perghhh...membe naz lagi nak buad aku terharu dengan tindakan naz. naz datang waktu tu penghujung sem 1. esoknye aku ada muet. aku nekad ta nak terima naz balik. so kitorang lost contact balik. tapi waktu bzday naz tahun lepas, naz call aku. naz pujuk aku lagi tapi aku cakap kat naz yg aku ada orang lain. waktu tu bulan 10, aku dah single selama 4 bulan dah waktu tu. aku saje cakap macam tu supaya naz ta cari aku lagi.

naz, kau tahu ta yg kau 1st love aku? kau tahu dulu aku sayang sangat kat kau, aku susah nak lupakan kau sebab tu kau tetap cari aku. ye, memang susah untuk aku lupakan kau. but at last, i did it! then ada lelaki lain yg berjaya bukak pintu hati aku. tapi lelaki tu kecewakan aku jugak. waktu kau pujuk aku last year, aku dah lupakan kau sepenuhnye. memang aku single tapi lelaki tu masih ada dalam hati aku lagi. sorry, hakikatnye kita tiada jodoh.


notakeyboardsoso: sekadar luahan apa terpendam tatkala kenangan lama terimbas kembali.



selamat dikebumikan

semalam seawal jam 5 am kitorang semua dah bersiap nak balik kampung. kelam kabut sikit pagi tu. ayah aku ta bagi maktam drive kereta sendiri. so kitorang pergi 2 buah kereta jep. kereta abg nuar (my cousin) memang mampat, 10 orang naik kereta dye. mujur kereta besar. ayah aku lak drive kereta viva kak yong jep. so 5 orang jep dalam kereta tu. ta sampai 3 jam pun aku tidur malam sebelum tu. sepanjang perjalanan tu pulak aku langsung ta tidur coz risau.

then kitorang berhenti kat R&R sungai perak. lepas solat subuh, breakfast and mandikan semua kanak kanak tu, kitorang teruskan perjalanan kat kampung. waktu sampai rumah arwah paklong, hujan tengah lebat. dalam rumah tu memang penuh orang. mula mula keadaan masih terkawal. sampailah saat arwah di kapankan, tangisan mula kedengaran. maktam and cuani aku pun mata dah masuk habuk. cucu cucu paklong aku ada yg sampai meraung. arwah memang rapat sangat dengan cucu dye especially si fahmi. memang fahmi paling teruk nangis sampai tertidur dye. yelah selalunya dye tidur dengan arwah. at last, alhamdulillah jenazah telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan. aku ta pergi kubur pun, ayah jep yg pergi. aku kat sana dah jadi macam babysiter pun. melayan kanak kanak tu semua.

waktu kat sana ada orang mana tah tanya aku, 'ta sekolah ke hari ni?' OMG! muka aku macam muka budak sekolah ke pun? aku pun blur blur jep bila di tanya macam tu. sedara mara aku lak semua tanya aku tengah cuti ke. maklum lah cousins and abg aku ta balik pun. aku jep budak u yg balik. eyh pehal tetiba aku rasa macam muda semacam jep ni. haha. adik adik sedara aku semalam semuanya muka budak ponteng sekolah. dekat sebelah rumah paklong aku tu ada macam rumah belum siap. kat situ tempat diorang masak masak and melepak sedara mara. aku tanya lah pasal tempat tu. rupanya arwah paklong aku nak buad kedai baru kat situ. tapi arwah dah pergi dulu kan. petang tu diorang dok mengira duit yg orang sedekah and senaraikan barang yg perlu di bayar. baru aku tau banyak gak benda nak di uruskan bila dah meninggal. penggali kubur tu pun kena bayar jugak. memang dah takde benda free kat dunia ni. 

maktam aku cerita balik dari melawat arwah paklong kat spital dulu, acik cakap 'ibu tipu. acik ta nampak paklong pun. ibu kata nak tengok paklong'. kat wad tu budak bawah 18 tahun ta bole masuk. acik ni skang baru 6 tahun, so kitorang ta bole bawak dye masuk wad hari tu. pastu acik asyik ajak p tengok paklong jep. maktam aku pun pelik pehal dengan acik ni. rupa rupanya paklong aku dah nak meninggal. waktu time arwah atok aku nak meninggal dulu pun macam tu jugak. waktu tu acik 4 tahun. acik asyik ajak maktam aku balik kampung tengok che (panggilan arwah atok aku). waktu tu aku takde so sedara mara aku yg cerita. che aku meninggal waktu maghrib. pada petang hari arwah meninggal, acik baca qulhuallah sambil kayuh basikal. waktu kat kampung acik duduk sorang sorang, asyik baca qulhuallah. waktu kebumikan arwah, acik tengah tidur. bila dye bangun tidur jep. dye mula asingkan diri dari orang lain. dye duduk sorang sorang, ta kawan dengan sesiapa pun. padahal selalunya bukan main hyperaktif lagi dye. sedara mara aku rasa mungkin acik ni dapat rasa waktu arwah che and arwah paklong aku nak meninggal.

petang tu family aku balik. kali ni memang aku tidur sepanjang perjalanan. sampai kat kedai makan baru aku bangun. punyalah letih plus mengantuk. actually aku dah mengantuk dari sana lagi tapi masih dapat bertahan bila layan karenah kanak kanak tu semua. sampai rumah dah pukul 8 pm. serius rasa penat gila. lepas ni bila raya kurang lagi seorang ahli keluarga lah nampaknya.



al-fatihah

assalamualaikum readers.

petang tadi ayah aku call, then dapat 1 bad news. ayah cakap paklong dah meninggal dunia. Innalillah...so aku harap kepada yg beragama islam boleh lah sedekahkan al-fatihah kepada arwah paklong. now ayah aku otw balik rumah dari hospital taiping. kak yong aku otw balik rumah dari melaka. then awal pagi besok kami sekeluarga akan segera pulang ke kampung aku di ijok, perak. rumah arwah paklong dekat kampung aku jep. ouh...abang aku pulak ada dekat uitm shah alam lagi. dye ta balik coz ada exam.

aku ingat lagi hari sabtu maktam aku dapat call yg paklong aku masuk hospital taiping. then dye akan di operate. so family aku decide nak p spital next day jep coz ta tau lagi bila paklong aku akan siap di bedah kan. next day waktu aku melawat paklong, aku tengok luka kat kaki kanan paklong besar. dengar kata nanah dekat setengah kilo. sampai habis seluar and katil dye ada kesan. waktu mula aku masuk paklong macam tengah tidur. so ta lama pun aku dalam tu then aku keluar pulak untuk tengok kan adik adik aku kat luar. then maktam aku lak masuk lawat paklong. ouh...dekat wad tu budak bawah umur 18 tahun ta bole masuk.

pada petangnya paklong aku di bawak ke 1 bilik khas untuk cek jantung dye. kemudian dye di masukkan balik ke wad sebelumnya. pastu aku masuk lagi tengok paklong aku. waktu tu sedara mara aku pun ramai ada kat situ. kali ni lama aku dalam wad tu. aku tengok muka paklong dah macam muka arwah atok aku waktu arwah atok aku di masukkan ke spital dulu. cuani aku dah menangis, ta sanggup nak tengok paklong aku. maklong aku lak dah penat kami cuba ajak pergi makan, risau perut maklong aku kosong kan. waktu tu paklong hanya di masukkan air jep. waktu tu paklong masih bole cakap sikit sikit. sebelum aku balik, aku sempat lah salam paklong.

pagi tadi ayah aku panggil aku, aku tengok ayah aku macam tergesa gesa. rupanya ayah aku dapat call yang paklong tengah kritikal. so ayah aku buad keputusan biar ayah aku p sana sorang sorang dulu untuk tengok keadaan paklong. lagi pun budak budak tu p sekolah kan hari ni. pastu mak ada call tanya ayah macam mana paklong. ayah cakap paklong masuk icu. luka tu dah elok tapi buah pinggang paklong rosak. dye ta bole kencing. so jantung dye dapat tekanan. keadaan agak kelam kabut. actually aku ingat nak balik u pagi esok. maklum lah exam nak dekat. tapi aku kena tunggu berita dari paklong lah. at last petang tadi ayah call bagitau yg paklong dah meninggal. Innalillah...semoga roh arwah di cucuri rahmat-Nya. AL-FATIHAH...