Followers

al-fatihah

assalamualaikum readers.

petang tadi ayah aku call, then dapat 1 bad news. ayah cakap paklong dah meninggal dunia. Innalillah...so aku harap kepada yg beragama islam boleh lah sedekahkan al-fatihah kepada arwah paklong. now ayah aku otw balik rumah dari hospital taiping. kak yong aku otw balik rumah dari melaka. then awal pagi besok kami sekeluarga akan segera pulang ke kampung aku di ijok, perak. rumah arwah paklong dekat kampung aku jep. ouh...abang aku pulak ada dekat uitm shah alam lagi. dye ta balik coz ada exam.

aku ingat lagi hari sabtu maktam aku dapat call yg paklong aku masuk hospital taiping. then dye akan di operate. so family aku decide nak p spital next day jep coz ta tau lagi bila paklong aku akan siap di bedah kan. next day waktu aku melawat paklong, aku tengok luka kat kaki kanan paklong besar. dengar kata nanah dekat setengah kilo. sampai habis seluar and katil dye ada kesan. waktu mula aku masuk paklong macam tengah tidur. so ta lama pun aku dalam tu then aku keluar pulak untuk tengok kan adik adik aku kat luar. then maktam aku lak masuk lawat paklong. ouh...dekat wad tu budak bawah umur 18 tahun ta bole masuk.

pada petangnya paklong aku di bawak ke 1 bilik khas untuk cek jantung dye. kemudian dye di masukkan balik ke wad sebelumnya. pastu aku masuk lagi tengok paklong aku. waktu tu sedara mara aku pun ramai ada kat situ. kali ni lama aku dalam wad tu. aku tengok muka paklong dah macam muka arwah atok aku waktu arwah atok aku di masukkan ke spital dulu. cuani aku dah menangis, ta sanggup nak tengok paklong aku. maklong aku lak dah penat kami cuba ajak pergi makan, risau perut maklong aku kosong kan. waktu tu paklong hanya di masukkan air jep. waktu tu paklong masih bole cakap sikit sikit. sebelum aku balik, aku sempat lah salam paklong.

pagi tadi ayah aku panggil aku, aku tengok ayah aku macam tergesa gesa. rupanya ayah aku dapat call yang paklong tengah kritikal. so ayah aku buad keputusan biar ayah aku p sana sorang sorang dulu untuk tengok keadaan paklong. lagi pun budak budak tu p sekolah kan hari ni. pastu mak ada call tanya ayah macam mana paklong. ayah cakap paklong masuk icu. luka tu dah elok tapi buah pinggang paklong rosak. dye ta bole kencing. so jantung dye dapat tekanan. keadaan agak kelam kabut. actually aku ingat nak balik u pagi esok. maklum lah exam nak dekat. tapi aku kena tunggu berita dari paklong lah. at last petang tadi ayah call bagitau yg paklong dah meninggal. Innalillah...semoga roh arwah di cucuri rahmat-Nya. AL-FATIHAH...




2 comments:

♥ Funna ♥ said...

Alfatihah..smoga roh paklong ko dicucuri rahmat dan d tempatkan dlm golongan yg beriman..aminnnnnn

MisApple said...

aminnn...
tengs funna :)