Followers

selamat dikebumikan

semalam seawal jam 5 am kitorang semua dah bersiap nak balik kampung. kelam kabut sikit pagi tu. ayah aku ta bagi maktam drive kereta sendiri. so kitorang pergi 2 buah kereta jep. kereta abg nuar (my cousin) memang mampat, 10 orang naik kereta dye. mujur kereta besar. ayah aku lak drive kereta viva kak yong jep. so 5 orang jep dalam kereta tu. ta sampai 3 jam pun aku tidur malam sebelum tu. sepanjang perjalanan tu pulak aku langsung ta tidur coz risau.

then kitorang berhenti kat R&R sungai perak. lepas solat subuh, breakfast and mandikan semua kanak kanak tu, kitorang teruskan perjalanan kat kampung. waktu sampai rumah arwah paklong, hujan tengah lebat. dalam rumah tu memang penuh orang. mula mula keadaan masih terkawal. sampailah saat arwah di kapankan, tangisan mula kedengaran. maktam and cuani aku pun mata dah masuk habuk. cucu cucu paklong aku ada yg sampai meraung. arwah memang rapat sangat dengan cucu dye especially si fahmi. memang fahmi paling teruk nangis sampai tertidur dye. yelah selalunya dye tidur dengan arwah. at last, alhamdulillah jenazah telah selamat di kebumikan di tanah perkuburan. aku ta pergi kubur pun, ayah jep yg pergi. aku kat sana dah jadi macam babysiter pun. melayan kanak kanak tu semua.

waktu kat sana ada orang mana tah tanya aku, 'ta sekolah ke hari ni?' OMG! muka aku macam muka budak sekolah ke pun? aku pun blur blur jep bila di tanya macam tu. sedara mara aku lak semua tanya aku tengah cuti ke. maklum lah cousins and abg aku ta balik pun. aku jep budak u yg balik. eyh pehal tetiba aku rasa macam muda semacam jep ni. haha. adik adik sedara aku semalam semuanya muka budak ponteng sekolah. dekat sebelah rumah paklong aku tu ada macam rumah belum siap. kat situ tempat diorang masak masak and melepak sedara mara. aku tanya lah pasal tempat tu. rupanya arwah paklong aku nak buad kedai baru kat situ. tapi arwah dah pergi dulu kan. petang tu diorang dok mengira duit yg orang sedekah and senaraikan barang yg perlu di bayar. baru aku tau banyak gak benda nak di uruskan bila dah meninggal. penggali kubur tu pun kena bayar jugak. memang dah takde benda free kat dunia ni. 

maktam aku cerita balik dari melawat arwah paklong kat spital dulu, acik cakap 'ibu tipu. acik ta nampak paklong pun. ibu kata nak tengok paklong'. kat wad tu budak bawah 18 tahun ta bole masuk. acik ni skang baru 6 tahun, so kitorang ta bole bawak dye masuk wad hari tu. pastu acik asyik ajak p tengok paklong jep. maktam aku pun pelik pehal dengan acik ni. rupa rupanya paklong aku dah nak meninggal. waktu time arwah atok aku nak meninggal dulu pun macam tu jugak. waktu tu acik 4 tahun. acik asyik ajak maktam aku balik kampung tengok che (panggilan arwah atok aku). waktu tu aku takde so sedara mara aku yg cerita. che aku meninggal waktu maghrib. pada petang hari arwah meninggal, acik baca qulhuallah sambil kayuh basikal. waktu kat kampung acik duduk sorang sorang, asyik baca qulhuallah. waktu kebumikan arwah, acik tengah tidur. bila dye bangun tidur jep. dye mula asingkan diri dari orang lain. dye duduk sorang sorang, ta kawan dengan sesiapa pun. padahal selalunya bukan main hyperaktif lagi dye. sedara mara aku rasa mungkin acik ni dapat rasa waktu arwah che and arwah paklong aku nak meninggal.

petang tu family aku balik. kali ni memang aku tidur sepanjang perjalanan. sampai kat kedai makan baru aku bangun. punyalah letih plus mengantuk. actually aku dah mengantuk dari sana lagi tapi masih dapat bertahan bila layan karenah kanak kanak tu semua. sampai rumah dah pukul 8 pm. serius rasa penat gila. lepas ni bila raya kurang lagi seorang ahli keluarga lah nampaknya.



No comments: