Followers

i'm wondering

OMG! OMG! betul ke apa yang aku nampak tengah hari tadi. haishhh sampai sekarang i can't stop thinking is it really him? actually waktu aku dengan ayah aku otw p stesen ktm tadi, waktu berhenti kat traffic light, aku ternampak sepasang couple tengah naik motor. aku pun tengok jep gelagat couple tu. then bila laki tu pusing kepala ke belakang tengok awek dye, aku dah terkejut. eyh macam mr hacks lah! but adakah itu betul betul dye. lepas tu aku dah ta berani nak pandang arah couple tu lagi. aku pandang tempat lain. manalah tau betul kan yang itu mr hacks. so aku nak avoid dari dye nampak aku. betul ke tu dye erk? dye pakai helmet tadi so macam ta berapa jelas mukanya.  wondering gila betul ke dye tadi or someone else. hmmm....


notakeyboardsoso: 1st time naik ETS woo. best, best! laju ouh!



Aku memasak superb!

perghhh...kenyang gila aku. Alhamdulillah. padahal aku makan ta banyak pun tapi kepuasannya tu buad kan aku rasa kenyang gila gila bai. ni lah nikmatnya kalau makan masakan sendiri kan. tadi lapar gila coz ta makan langsung lagi hari ni. bukak periuk, nasi ada lagi seciput. arghhh...takpe, bedal jep. makan sekadar nak avoid dari kegastrikan jep niat aku. sekali tengok lauk depa ta tinggal untuk aku pun. hadoyai. ta sadis pun, memang aku dah biasa macam ni. hehe. so macam biasa dengan lagak chef handalan aku bukak peti ais, bukak kabinet dapur. cari kot kot ada pape yang bole aku masak dengan simple dan pantas. tetiba terbayang pulak masakan mak angkat aku. fuhhh...terliur! macam mengidam lah pulak. masakannya pun sangatlah simple tapi lazat nak mampuih bagi aku. keluarkan segala macam bahan, masak semua, siappp! errr...tapi rupanya ta berapa nak macam mak angkat aku masak. risau gak aku kalau ta sedap. sekali makan, perghhh! nikmat bai! sedap sampai ta cukup. menyesal pulak ta masak banyak banyak. hehe.

pagi tadi adik aku (kakak) yang darjah 4 tu ada hari sukan. dye ada masuk 1 acara. acara lontar apa entah, aku ta berapa nak ingat dye cakap. bila aku tanya lontar peluru ke, katanya bukan. patutlah mula mula dye susah nak bagitau aku acara apa yang dye masuk. dye cakap takut aku dengan abang aku gelak. memang kitorang gelak sakan pun lepas dye bagitau. kalau korang tengok adik aku tu kecik jep orangnya, kurus pulak tu. macam mana entah bole sesat masuk acara kejadah tu. actually dye nak masuk lumba lari tapi dye ta dapat. aku terniat gak nak p tengok. bole jugak tinjau tinjau macam mana rupa sekolah lama aku tu kan. tapi, malam semalam aku ta bole tidur sampai ke pagi. aku pun takde semangat nak pergi. excited sangat kot dengan kemenangan sepah semalam, nak pulak teruja tengok dafi muncul. next year pun bole kan. baru aku tau yang adik aku rumah kuning, sama macam aku waktu sekolah rendah dulu. selama ni aku ta pernah tanya ke erk? aku pun confius dah =,=' 

petangnya aku pergi eco park. paktam aku bawak layang layang. tapi liat betul nak naiknya. at last dapat naikkan jugak tapi senget layang layangnya macam nak jatuh. bak kata adik aku yang 3 tahun tu 'layang layang tu dah penat'. cisss...mana entah dye belajar layang layang bole penat? =,=' weyh, ikan kat sana besar besar weyh. aku rasa macam nak tangkap jep pastu letak dalam tasek sime darby kat uum tu. bole lah bila balik u nanti, petang petang aku bagi makan ikan. ni asyik biawak jep yang aku nampak berenang renang dalam tasek sime darby tu sampaikan pernah timbul persoalan kat group DPP SIME DARBY UUM, ada ta ikan kat dalam tasek tu. hadoi!


notakeyboardsoso: 26/6 birthday membe aku. kalau dye baca entry aku ni, aku nak wish dekat dye HAPPY BIRTHDAY! may God bless u, long life for u! kalau nak hadiah, sila check your email k.

domo cute! gerammm!




sayang ayah!

Assalamualaikum wbt

skang ni aku dah kurang makan. ada jep benda yang membuadkan aku takde selera. bila aku keluar dari bilik aku, tok selalu tegur yang aku ta makan nasi lagi. sometime aku p jugak makan sikit after kena tegur tu. sometime aku hanya senyum then aku minum air jep. yang pasti setiap hari ahad, isnin and rabu aku akan tunggu ayah bawak balik makanan yang ayah beli kat pasar malam. ada sekali emak tegur aku. katanya kang gastrik aku dulu datang balik pulak. ouh, aku benci gastrik! but hari ni perut aku dah mula rasa seperti di renjis asid. pastu aku tengok ayah beli satay. aku pun makan lah. then again ada orang fitnah aku. depan ayah aku pulak tu. terus aku stop makan then masuk bilik. teringat pulak pesanan ayah angkat aku yang sebenarnya minda kita yang control everything. so mind aku kata perut aku ta sakit. but i really really hope aku ta kan pernah kena gastrik lagi after this.

bila dah jadi macam ni, aku selalu ingat kata kata ayah aku. 'adik sabar jep. adik beralah jep lah. dulu ayah pun macam tu. ayah selalu beralah.' ye, aku akui yang ayah aku memang penyabar. aku hope aku dapat mewarisi kesabaran ayah aku. tapi bila makin melampau lampau orang kenakan aku, aku memang susah nak bersabar. mungkin sebab tu jugak ayah paling rapat dengan aku. mesti ayah dapat memahami perasaan aku sikit sebab ayah pun pernah berada di tempat aku dulu.

oleh sebab ayah aku ni penyabar and susah nak marah orang, sekali bila dye meletup semua orang takut ouh. tok dengan arwah che (atok) aku takut kot dengan ayah aku. tapi ayah aku bukan jenis marah melulu, ayah akan marah bila dah melampau sangat jep. bila fikir balik, aku banyak sangat sangat bergantung pada ayah. sekarang ni pun ayah dah kurang sihat. ya Allah, Engkau panjangkan lah umur ayahku...amin. aku takut sangat kehilangan ayah. aku ta dapat bayangkan apa akan jadi pada aku kalau ayah dah takde. ayah...adik sayang ayah! ayah jangan tinggalkan adik ye. i love you more and more, ayah.



notakeyboardsoso: bosannya bila musim sekolah. adik adik aku p sekolah, takde siapa yang aku nak buli. hari tu acik (adik aku yang tadika) bagi aku banyak banyak coklat yang dye dapat. cadbury pulak tu. eyh, lain kali bagi si acik tu coklat banyak banyak lagi tau. suka suka!



result dari hacker?

Assalamualaikum wbt

as usual portal komuniti uum pasti akan bermasalah setiap kali time keluar result and musim add drop. dalam 2 jam yang lepas aku masih cuba cek result aku tapi masih gagal. so aku pun dah malas nak hadap. tapi kali ni aku mampu rileks and ta berapa nak bengang macam sem lepas. ni semua atas jasa baik hacker. hacker ni sometime berguna jugak ye dak. sebenarnya result untuk student uum akan di umum kan pada 20 hb jun iaitu semalam. tapi waktu 18 hb tu dah ada yang kecoh pasal result. then aku pun bukak portal tapi result sem lepas jep yang ada. pastu membe aku bagi aku 1 link suruh aku tengok kat link tu. ouh, ada pun! rupa rupanya mpp kata portal uum telah di hack. kira link tu dapat dari hacker lah. so kalau nak tau result sebenar still kena tunggu 20 hb. aku hope sangat result sebenar aku better. tapi membe membe aku yang dah boleh cek result kat portal cakap result diorang sama jep macam yang diorang tengok 18 hb tu.

result sem ni memang sangat hampeh! 1 subject yang menyebabkan pointer aku drop. grrr ! serius aku dah moral down. ni lah result terhampeh aku seumur hidup. mungkin jugak ini pengajaran untuk aku. anyway, tengs to mummy aufi and mama leha :) korang memang super awesome friends! at least aku rasa lega after cakap dengan korang. ouh, ta lupa jugak ucapan tengs a lot aku pada hacker! terbaikkk lahhh kau! ta payah susah susah aku nak hangin kat incik portal tu weyh.



notakeyboardsoso: kan bagus kalau semua hacker meggunakan kepakaran mereka ke arah kebaikan :)



Drama Korea

lepas program baksis tu gua dah boleh senang lenang kat rumah ni. azam gua, gua nak habiskan semua koleksi drama korea dalam laptop gua ni. tapi 1 lah yang gua ta berkenan bila tengok cerita korea ni. cerita dye ta nak lagi sedih pulak. saja nak suruh gua membazirkan eye mo. haishhh =,=' tapi lu orang jangan tanya macam ni pulak kat gua 'bai, drama korea apa yang lu tengah layan skang'. gua bukan kedekut ilmu tapi nanti lu orang jugak yang bantai mengekek kat gua. gua ni mana nak up-to-date sangat dengan drama korea bagai. apa yang membe gua bagi, gua bantai jep tengok. yang latest tak berapa nak ada lah bai.

gua tertanya apsal stok yang ada kat gua semua al-kisah cintan cintun ni. haiya, gua tau lah gua tengah single. drama ni semua macam menganjing ke gua jep. saje nak bagi gua jeles lah tu. bila gua dah khusyuk layan drama tu nanti mesti day dreaming gua datang. mula lah gua imagine gua yang jadi heroin tu. lalu hati gua berkata 'OMG! sweetnyewww hero tuwww'. bila gedik gua dah datang gua pun mula nak euwww~ walaupun gua tau crush gua (anuar hadi) ta suka gua euwww ni. tapi gua rasa gurl lain pun ramai yang macam gua jugak. so takde lah gua rasa macam gua ni abnormal. 

kadang kadang gua rasa macam nak jep terajang bontot hero dalam drama ni. dah suka tu apa salahnya kalau luahkan jep. yang lu ego sangat pehal? pastu nak jeles ta tentu pasal. missunderstanding tu jangan cakaplah. memang macam pra-syarat untuk buad love story gua ingat. yelah dari missunderstanding lah munculnya konflik ye dak. pastu mula lah mata orang tu, orang ni, semua nak masuk habuk.

gua suka betul lah tengok watak heroin yang bodoh bodoh. tapi bagi hero tu, kebodohan heroin tu lah yang dye suka. memang macam bangang jep cerita macam ni. tapi gua pun hope 1 day ada lelaki yang boleh terima kebodohan gua. gua malas lah nak cover ke hipokrit bagai depan lelaki ni. kalau dah gua memang macam ni, macam ni jugaklah jadi nya kan. tapi depan mak mentua pandai pandai lu lah nak jadi hipokrit sekejap. dulu gua fikir gua ni muka cute tapi hati lagend. tapi ternyata gua silap. rupanya gua ni hati jep cute tapi muka lagend. gua dah sedar, ta payah lah lu orang belikan cermin besar hadiahkan kat gua lagi ye.

gambar ni memang takde kaitan dengan entry gua. gua saja nak bagitau sama lu orang yang gua nak baby comel macam ni >.<





Kekasih ku pelakon?

serius bengang dengan abang aku. ada kat rumah menyusahkan hidup aku jep. grrr! kalau macam ni lah, aku rasa takde abang lagi bagus. parents aku bole lah cakap 'sabarlah, beralah jep lah. jangan cari gaduh'. masalahnya siapa yang suka buad hal dulu. aku ni adik ke kakak? kau tu abang, tua 3 tahun dari aku pulak tu. sepatutnya kau dah boleh fikir. ta payah nak jual ikan (selfish) sangatlah! apsal parents aku susah sangat nak marah dye bagi dye sedar diri. ta payah nak manjakan sangatlah. berlemak lemak tau dye tu. kak yong aku pun bengang dengan dye ni. hari tu aku dengan kak yong aku pegi cakap semua benda yang kitorang ta puas hati pasal dye kat mak aku. mak aku lak kalau ta puas hati dengan dye p membebel kat aku. ta pernah lah nak marah dye. kalau aku ni salah sikit kemain lagi kena marah. aku memang nak straight jep marah dye tapi mak aku selalu tahan aku. tarik aku ke belakang, aku pulak yang kena. mana ta berapi aku! grrr! *middle finger*


ouh ok, ok. dah ta payah fikir pasal malaun yang menyusahkan hidup aku tu lagi. tengok nora elena lagi bagus ye dak. orang cakap drama ni sangat best. aku baru tengok 2 episod, so ta terasa lagi best or mungkin aku dah terlepas scene yang menarik di episod awalnya. tapi aku rasa nak sangat baca novel kasih yang suci. selalunya novel lagi best dari drama or filem. ada sesiapa yang nak bagi aku pinjam novel tu tak? ok, nampaknya aku kena beli sendiri jep lah =.=' 

tadi aku tertengok babak seth belai belai rambut nora elena. then aku terfikir macam mana kalau suami or kekasih aku jadi pelakon. pegang watak hero lak tu. lepas tu ada scene romantika dengan heroin. dah lah 1 malaysia p tonton adegan tu. perghhh...sumpah aku akan rasa jeles habis. ta rela kot dapat suami or kekasih jadi pelakon. ta suka aku tengok suami or kekasih aku pegang pegang, belai belai, manja manja, romantik kemain lagi dengan perempuan bukan muhrim dye. cemburu high level aku pasti datang, then mula lah mata nak masuk habuk. hihihi.  untunglah aku ta hot. muka aku ni mana layak dengan pelakon kan. so ta payah nak jeles sangatlah kan. hehehe.


romantik ta? romantik ta? romantik kan.


notakeyboardsoso: tetiba terasa bestnya ada bf. hihihi :)) mood gatal datang.




Bakti Siswa Perdana 2011

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah program bakti siswa jojak adat anjuran dpp sime darby uum telah berjalan dengan lancar. perghhh...ta nak nerd lagi pulak ayat aku kan. kahkah. frankly speaking waktu 1hb jun memang aku liat gila nak pegi sana. nak pulak sdara mara aku ada kat rumah aku waktu tu kan. but atas rasa tanggungjawab and mengenangkan aku dah pun beli tiket ke seremban, so aku gagah kan jugak diri.

at last pukul 7.20 pm rombongan cik kiah kami selamat sampai di kg gagu, jelebu, negeri sembilan. tambah tolak darab bahagi semua, adalah 6 hari kitorang bersama dengan keluarga angkat. serius best siot kat sana. macam macam benda baru yang aku dah belajar. belajar bahasa minang, adat minang, lagu minang, tarian piring, etc. paling ta bole go bila aku kena buad persembahan lakonan depan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. gila lah! dah lah pelakon aziz singah pun ada. awok nebes~ untung ta terkencing atas pentas tu kan.

sumpah ta pernah rasa bosan kat sana. semua aktiviti best gila especially waktu pergi jeram toi. semua dok sakan mandi air terjun macam orang ta pernah jumpa air. hahaha. ouh sukaneka pun terbaikkk lah! kumpulan aku banyak menang. bangga ouh. korang pernah ta makan bbq daging kambing? ok, aku 1st time makan macam tu. waktu malam kebudayaan tu ada bbq sekali. daging kambing tu memang sedap nak pulak ada black pepper atas tu. serius dah ta pandang ayam bbq dah waktu tu. syiokkk habisss~



yang terbaiknya aku pergi sana bawak 2 beg jep. tapi balik rumah bawak 4 beg. musykil pulak mana munculnya lagi 2 beg. tu lah macam macam lagi dok angkut bawak balik kan. tengs lah to orang kampung and dato' seri yang dah bagi macam macam sumbangan kat kitorang. tanpa sumbangan dari diorang mungkin kitorang ta mampu jalankan program besar besaran macam ni siap ada kenduri untuk kitorang bagai kan.

aku terharu gila atas apa yang orang kampung dah lakukan untuk kitorang. yelah ada yang sanggup ambik cuti sepanjang kitorang berada kat sana. sanggup diorang sediakan motor supaya kitorang mudah nak bergerak sana sini. ok, cakap pasal moto ni ada orang yang gelakkan aku kot. yelah kat sana aku tau bawak moto jep. tapi ta reti stat enjin moto. selalunya ayah angkat and membe membe aku yang kena tolong stat kan enjin untuk aku =.=' ;

waktu last day kat sana, pagi pagi lagi bas dari uum dah sampai. orang kampung dah mula resah gelisah. waktu kenduri tu, bas tu lalu dekat depan rumah pak saad (ketua kampung) then busu ati cakap 'risau tengok bas ni. takut dye bawak balik anak anak uum ni ha.' orang kampung sana selalu gak cakap 'budak budak ni semua balik esok pagi kan.' padahal diorang semua dah tahu yang kitorang akan balik malam tu. diorang semua berat hati nak lepaskan kitorang. serius aku terharu gila! kitorang pun jadi berat hati nak tinggalkan kg gagu. malam tu bersalam, berpeluk, bergambar dengan orang orang kampung. ada abang tu tanya bila kitorang nak nangis. cehhh....semua cool jep, apa barang nangis. bila dah naik bas, orang kampung semua tunggu tepi bas lambai lambai kitorang. damn! waktu tu mata aku dah masuk habuk T.T  ok, bukan mata aku sorang jep masuk habuk nampaknya. hahaha.



bukan aku nak bodek tapi fakta ye yang penduduk kg gagu memang mesra, cepat dan betul. peramah dan sangat sangat baik! kalau aku kena duk sebulan kat sana pun ta kisah wa cakap. sayang semua lah! raya nanti kita pergi sana lagi ye kawan kawan. kita p kutip duit raya dari rumah pak saad sampai ke rumah pak nasir ye. hehehe.

 ok, kalau korang terror try lah cari gambar aku kat sini . sekian.


notakeyboardsoso: kalau aku rajin aku nak buad entry mengikut hari aku kat sana. ta kan ku lupakan memori di kg gagu :)