Followers

Bakti Siswa Perdana 2011

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah program bakti siswa jojak adat anjuran dpp sime darby uum telah berjalan dengan lancar. perghhh...ta nak nerd lagi pulak ayat aku kan. kahkah. frankly speaking waktu 1hb jun memang aku liat gila nak pegi sana. nak pulak sdara mara aku ada kat rumah aku waktu tu kan. but atas rasa tanggungjawab and mengenangkan aku dah pun beli tiket ke seremban, so aku gagah kan jugak diri.

at last pukul 7.20 pm rombongan cik kiah kami selamat sampai di kg gagu, jelebu, negeri sembilan. tambah tolak darab bahagi semua, adalah 6 hari kitorang bersama dengan keluarga angkat. serius best siot kat sana. macam macam benda baru yang aku dah belajar. belajar bahasa minang, adat minang, lagu minang, tarian piring, etc. paling ta bole go bila aku kena buad persembahan lakonan depan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. gila lah! dah lah pelakon aziz singah pun ada. awok nebes~ untung ta terkencing atas pentas tu kan.

sumpah ta pernah rasa bosan kat sana. semua aktiviti best gila especially waktu pergi jeram toi. semua dok sakan mandi air terjun macam orang ta pernah jumpa air. hahaha. ouh sukaneka pun terbaikkk lah! kumpulan aku banyak menang. bangga ouh. korang pernah ta makan bbq daging kambing? ok, aku 1st time makan macam tu. waktu malam kebudayaan tu ada bbq sekali. daging kambing tu memang sedap nak pulak ada black pepper atas tu. serius dah ta pandang ayam bbq dah waktu tu. syiokkk habisss~



yang terbaiknya aku pergi sana bawak 2 beg jep. tapi balik rumah bawak 4 beg. musykil pulak mana munculnya lagi 2 beg. tu lah macam macam lagi dok angkut bawak balik kan. tengs lah to orang kampung and dato' seri yang dah bagi macam macam sumbangan kat kitorang. tanpa sumbangan dari diorang mungkin kitorang ta mampu jalankan program besar besaran macam ni siap ada kenduri untuk kitorang bagai kan.

aku terharu gila atas apa yang orang kampung dah lakukan untuk kitorang. yelah ada yang sanggup ambik cuti sepanjang kitorang berada kat sana. sanggup diorang sediakan motor supaya kitorang mudah nak bergerak sana sini. ok, cakap pasal moto ni ada orang yang gelakkan aku kot. yelah kat sana aku tau bawak moto jep. tapi ta reti stat enjin moto. selalunya ayah angkat and membe membe aku yang kena tolong stat kan enjin untuk aku =.=' ;

waktu last day kat sana, pagi pagi lagi bas dari uum dah sampai. orang kampung dah mula resah gelisah. waktu kenduri tu, bas tu lalu dekat depan rumah pak saad (ketua kampung) then busu ati cakap 'risau tengok bas ni. takut dye bawak balik anak anak uum ni ha.' orang kampung sana selalu gak cakap 'budak budak ni semua balik esok pagi kan.' padahal diorang semua dah tahu yang kitorang akan balik malam tu. diorang semua berat hati nak lepaskan kitorang. serius aku terharu gila! kitorang pun jadi berat hati nak tinggalkan kg gagu. malam tu bersalam, berpeluk, bergambar dengan orang orang kampung. ada abang tu tanya bila kitorang nak nangis. cehhh....semua cool jep, apa barang nangis. bila dah naik bas, orang kampung semua tunggu tepi bas lambai lambai kitorang. damn! waktu tu mata aku dah masuk habuk T.T  ok, bukan mata aku sorang jep masuk habuk nampaknya. hahaha.



bukan aku nak bodek tapi fakta ye yang penduduk kg gagu memang mesra, cepat dan betul. peramah dan sangat sangat baik! kalau aku kena duk sebulan kat sana pun ta kisah wa cakap. sayang semua lah! raya nanti kita pergi sana lagi ye kawan kawan. kita p kutip duit raya dari rumah pak saad sampai ke rumah pak nasir ye. hehehe.

 ok, kalau korang terror try lah cari gambar aku kat sini . sekian.


notakeyboardsoso: kalau aku rajin aku nak buad entry mengikut hari aku kat sana. ta kan ku lupakan memori di kg gagu :)





4 comments:

bedpet said...

rugi aku tak dpt p. sobs sobs. eh izzah tak p ke? tak nampak pun gambar dia.

MisApple said...

memang rugi pun.
sangat sangat.
izah cancel last minit.
mimi pun sama.

wunny said...

uum? dpp sime darby ea? owh..jiran DPP:)

MisApple said...

yup, yup.
wunny dpp mana?