Followers

RAYA datang lagi !

Assalamualaikum w.b.t.

raya sudah tiba. apakah perasaan korang di hari raya ni? serious aku tak terasa macam nak raya pun. makin lama makin kurang kemeriahan raya. sampai kan pagi tadi baru aku pergi shopping raya. last minute punya shopping. sesak tu jangan cakaplah kan. shopping mall memang sangat crowded. bank pun ramai orang. 

actually aku ingat nak shopping malam sebelum tu lagi. malam tu aku berbuka puasa beramai-ramai dengan ex-classmate aku. then lepas makan duduk lepak-lepak situ. pastu member aku sorang ni kena balik before 10 pm pulak. so tu yang plan di tunda pada keesokan hari. anyway aku enjoy gila berbuka tu. sangat meriah ok. geng kitorang lah paling bising kat situ.

ok, berbalik pasal shopping tu, aku dah janji dengan nabila and ain. waktu diorang datang pick up aku kat rumah, tengok-tengok ada 2 orang mamat yang aku ta kenal pun join. mak ai...masing-masing bawak bf. oleh sebab aku single, mula-mula tu rasa agak terasing jugak lah. tapi dah lama tu aku go on jep dengan bf nabila. boleh borak-borak, melawak semua. 

mula-mula kitorang pergi GM. habis 1 GM kitorang tawaf. kedai berdekatan situ pun kitorang tawaf nak cari pashmina and kasut. tapi tak ada yang macam kitorang nak. so at last tak beli apa-apa langsung. then teruskan pencarian ke kinta city. pashmina memang jangan haraplah nak jumpa kat sana kan. tapi aku nak cari kasut. aku ada selipar jamban and sneaker jep kat rumah ni kot. kebetulan banyak sale pulak. perghhh...memang rambang mata kitorang. baju kat padini banyak yang not bad harganya. then aku dengan nabila beli baju kat padini. then aku beli kasut vincci. vincci pun sale ok. pekerja kat vincci memang busy gila. padat dengan orang kot dalam tu.

bila aku balik rumah, ayah aku jep yang ada. kakak dengan emak aku pergi shopping. ayah aku tanya kenapa tak beli seluar and baju banyak lagi. dengan muka sedih aku jawab yang aku takde duit. 3 bulan cuti kan duit ptptpu tak masuk, lepas tu aku pulak asyik keluar berjalan. memang pokailah aku sekarang kan. lepas tu ayah aku cakap nanti ayah aku bagi duit. yeay! nanti nak shopping lagi lah. hehe. emak aku pulak perli kata shopping kat tempat branded jep. benda aku beli kasut dengan baju sehelai jep. itu pun murah sebab sale.



pagi esok lepas sembahyang raya balik kampung. mintak-mintak sedara mara aku ramai yang balik. akhir kata aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. lepas ni zero-zero ok? semoga korang berjaya kutip duit raya. hehe.




pengsan sebab puasa

COUNTDOWN RAYA: 3 hari lagi

aku sure korang semua mesti ada pengalaman 1st time nak puasa kan? kalau ingat balik memang rasa nak hentak kepala kat dinding sambil terfikir "bengong jugak aku kecik kecik dulu". bila dah dewasa dan matang ni, memang aku gelak guling guling dengan gelagat adik aku yang 6 tahun tu.

aku panggil adik aku tu, acik. tahun ni 1st time lah acik nak puasa. 1st day puasa tu macam biasalah dia bangun sahur. pergi sekolah. tak minum air. tak minum susu. tak makan apa apa. bila azan maghrib je, dengan rakusnya acik minum air. habis secawan, suruh ayah dia tuangkan lagi dan lagi. cukup 3 cawan acik minum air, acik terus merebahkan kepala dia atas meja makan.

macam ni lah gaya acik waktu tu

ayah: acik, acik!

ibu: acik tak nak makan ke?

ayah: panggil acik tu. dia tidur ke.

ibu: acik, bangun cik. makanlah. (sambil goyangkan badan acik)

acik: (tiada apa apa respon macam orang pengsan)

ayah: kenapa dengan acik tu? (risau)

ibu: nak buat macam manalah ni? haaa! (monolog dalaman)

ibu: acik, nah ambik seringgit ni upah puasa.

then, serta merta acik bangun lalu ambil duit dari ibu dia. kemudian acik pergi ke depan tengok tv macam biasa. seolah olah takde apa apa yang berlaku tadi. orang lain dah terpinga pinga tengok acik. kemudian terdengar acik jerit "acik nak nasi".

itulah kali pertama dan kali terakhir acik berpuasa untuk tahun ni. selepas hari tu, setiap kali balik sekolah acik dah makan. bangun sahur pun dia tak nak. -.-"



notakeyboardsoso: tangan aku berparut setelah di cakar oleh acik sehingga berdarah petang tadi. ganas betul budak ni. rasa nak gigit-gigit jep.



BF gua kacak?

semalam. gua sedang berlingkar keseorangan di dalam bilik. koleksi lagu-lagu raya berputar-putar di corong lappy gua. jari jemari gua sibuk menari-nari di atas keyboard menaipkan komentar buat peminat membe gua di mukabuku. tiba-tiba....

'ooooo...oo..oooo'   cis! xperia gua menyalak bingit serupa anjing. hati gua mula mencarut-marut. dah 3-4 kali xperia gua menyalak menandakan ada mesej masuk. tapi semua gua malas reply, tak penting!

"weyh...pakwe kau masuk tv nanti...tau tak?"   what! terus bulat mata gua baca text dari membe gua. ok, serius ini mesej penting. laju jep jari gua tekan reply lalu menaip huruf-huruf yang ada membentuk satu ayat pertanyaan. mahu tak excited gua nak tatap bf gua di kaca televisyen nanti. sampai habis hilang kemachoan gua. ok, itu tipu!

setelah gua soal siasat membe gua dengan lagak seperti inspektor harris menyiasat supermak, maka maklumat yang gua peroleh seperti berikut:

rancangan: fuhhh raya
hari: raya kedua
masa: 10 malam
siaran: tv3

eyh jap! lu orang tau ke siapa bf gua tu?  takpe, lu orang sabar ye. nanti gua taruk gambar bf gua yang kacak bergaya. biar lu orang tatap sepuasnya. gua bukan nak angkat hidung tinggi lah kan. tapi kenyataannya since gua letak gambar bf gua jadi DP mukabuku gua, ramai betul membe membe gua baik jejaka mahupun si gadis  yang puji bf gua kacak. atau orang ipoh cakap, handsome. hehe. sampai ada yang tanya bf gua tu ada abang atau adik lelaki tak? yang paling cilake bila membe gua suruh bagi jep bf gua kat dia. lu ni memang suka khianat gua depan-depan kan? -.-" ok, sembang lebat pun talak guna kalau lu orang tak tau siapa bf gua kan?

awatlah hang comel sangat ni?

nahhh! ambik ni! xtra large punya gua bagi. haha. ni lah bf gua der. ye, ye, ada antara lu orang yang dah kenal. so kepada lu orang yang masih ta kenal lagi, ni lah JOHAN. atau nama famousnya, BOTAK. kenapa botak? sebab dia ni pegang watak sebagai botak dalam drama JUVANA. drama tu sangat best. rugi kalau lu orang ta tengok tau.





notakeyboardsoso: semua cerita di atas adalah benar kecuali statement gua dengan membe gua yang mengatakan botak tu bf gua. tu hanyalah gurauan antara kami. risau jugak gua kalau blog gua kena terjah dengan reporter walaupun blog gua ni tak famous amous kan. padahal botak tu kenal gua pun tak. hehe. gua fan tegar lu, johan! cayalah!



kepupusan

KEPUPUSAN. sekarang ni aku rasa DPP (kolej) Sime Darby di UUM ni akan mengalami kepupusan kaum lelaki. almaklumlah lelaki yang sedia ada kat DPP tu pun ta ramai. 2 blok jep di bandingkan dengan perempuan yang 6 blok ni kan. then pasal intake yang akan register nanti, 335 out of 345 students are girls. GIRLS ok! that means only 10 students are boys. 10 boys tu pun international students ok. so no one malaysian guy will register as a new intake at DPP Sime Darby. OMG! dah jadi macam DPP Muamalat pulak ke? DPP Muamalat tu ok lah jugak cause dah memang sejak azali lagi semua perempuan.

ini bermakna semakin susahlah nak dapat participant dari kaum lelaki kalau ada projek -.-" rakan rakan yang lain tu pun, kau jangan nak beranganlah nak couple dengan junior nanti ye. kalau kau nak jugak pergi cari junior laki kat DPP lain. haha. ok, budak budak laki mesti seronok kan? maklumlah penuh dengan junior perempuan kan. means peluang korang nak dapat awek tinggi. sampaikan ada senior yang dah final sem kata nak ambik degree course lain pulaklah sebab nak stay kat sime darby. ok, ulat bulu dah naik daun nampaknya ye. tapi ada gak budak laki yang sedih cause ta dapat cari geng baru nak main bola nanti. alah, kau orang ajak jep lah international students tu main bola kan. apa salahnya. hehe.



oh ada junior yang dah mula tanya macam mana suasana dekat Sime Darby. percayalah Sima Darby memang terbaik! suasana tenang dan aman, dekat dengan tasek kan. kedudukan pun strategik dengan semua tempat.  yeah! aku bangga menjadi warga DPP SIME DARBY! anda pula bagaimana? hehe.


appreciate

APPRECIATE. bagi aku kalau someone tu dah usahakan sesuatu, kita seharusnya bagi kerjasama pada dia. at least orang tu akan rasa orang lain appreciate usaha dia. hari tu fariz post kat wall suggest supaya aku buat plan berbuka puasa bersama. so aku pun discuss lah dengan wan pasal benda ni. then wan jugaklah yang pergi survey cari tempat yang best. then bila aku dah create event tu kat fb, ada yang cakap tempat tu jauh. ada jugak yang suggest buat kat mcd jep. lepas tu wan chat aku. dia buat ayat sentap and suruh aku je lah uruskan. dia cakap kat aku yang dia dah carikan tempat A punya tapi orang lain ta appreciate pun apa yang dia buat. aku pun dah rasa serba salah. so aku suruh diorang pilih antara mcd dengan lan's catering. haaa...dah tu ramai pulak boleh sokong lan's catering kecuali sorang. dia kata macam ta dapat join kalau buat kat situ sebab jauh. jauh? aku ta tau lah nak kata apa. ta lah jauh sangat tempatnya. dalam 20 minit jep perjalanannya. lagi pun kau tu laki kot. kalau perempuan tu aku fahamlah jugak maybe parents ta benarkan. kau nak bagi alasan takde transport? kau boleh jep tumpang orang lain. lagipun aku dah bagitau kita akan gather sebelum pergi sana. kita semua gerak sama sama. lagipun kalau mcd macam ta berapa seronoklah. mcd tu kan dekat jep so memang kitorang dah selalu lepak situ. sometime nak jugaklah rasa suasana baru. lagipun bukan hari hari nak berbuka puasa bersama kan. aku ingat lagi waktu duduk melepak dekat mcd hari tu siapa entah suggest buat gathering. berbuka puasa bersama tu dapat gathering jugaklah kan? then macam macam hal lah pulak. tu lah bukan senang nak jayakan sesuatu event. tapi aku sendiri pun kena faham jugak mungkin yang lain tu ada hal lain sebab tu ta boleh join. hey, aku tulis entry ni bukan niat untuk bagi sesiapa terasa. aku just kesian kat wan and nak orang lain cuba appreciate usaha dia. so jangan pulak ada yang tarik muka ketat kat aku pulak lepas ni.


next point still pasal APPRECIATE jugak tapi dari sudut cinta pulak. tadi membe aku bagitau aku yang dia dah breakoff dengan bf dia. opsss...i mean ex-bf dia. hehe. after dia story everything, aku dapat tau dia yang mintak break sebab dye dah ta tahan dengan lelaki tu. ok, aku faham situasi dia. selama ni dia dah banyak bersabar dengan that guy. that guy ta care pun pasal dia. jarang text or call dia. kalau diorang text pun that guy selalu lambat reply. tapi kalau dia lambat reply that guy dah syak macam macam kat dia. that guy macam takde masa pun untuk dia tapi dengan membe membe boleh pulak. to that guy, dia ta berniat pun nak kongkong atau halang kau lepak dengan membe kau. but at least kau informlah dia yang kau nak keluar dengan membe. dia pun ta kan kacau kau lah. ni ta, sometime kau lesap macam tu jep. kalau ye pun kau busy ta boleh ke kau ambik berat jugak pasal dia? dia ta suruh pun kau text dia every seconds or every minutes. kalau kau just hantar 1 text pesan dia supaya jangan lupa makan pun dia dah rasa kau caring tau ta. kau sedar ta selama ni dia bertahan jep dengan sikap kau sebab dia sayangkan kau? tapi kau kena ingat setiap orang ada tahap kesabarannya. sampai bila kau nak dia terus bersabar sedangkan kau ta pernah cuba perbaiki diri. apa salahnya kalau kau appreciate orang yang sayang kau, yang sentiasa ada kat sisi kau selama ni.


so readers, please APPRECIATE apa yang sekeliling kau cuba buat untuk kau. janganlah jadi BUTA HATI. kau tau ta kalau kau just cakap "thaks for your concern." tu pun dah mampu buat orang tersenyum and rasa dihargai. ok, dah penat. daa!








lifestyle

LIFESTYLE. setiap orang ada corak life tersendiri. kita ta bole nak paksa orang lain ikut cara kita. macam parents aku ni asyik dengan kerja jep. celik mata dah ngadap kerja. balik kerja duduk rumah, buat apa yang patut then tidur. takdelah nak kata nak pergi jalan jalan ke, melepak ke, mahupun bergosip dengan jiran sebelah. kemudian since aku kecik aku di asak untuk belajar, belajar dan belajar! sampaikan kalau nak keluar main petang kena hafal sifir dulu. kalau ta lepas, ta bole keluar. balik pun kena tepat pada waktunya. lambat balik kena kurung kat luar. ok, itu disiplin! aku tau tu semua memanglah untuk kebaikan aku. tengoklah masa sekolah aku ta pernah ada masalah dalam matematik.

tapi masa aku budak bolehlah buat macam tu. sekarang aku dah grow up. dah remaja pun. ta bolehlah nak terus asak supaya aku belajar and terkurung kat rumah. i'm not a robot, i'm a HUMAN ok. cara tu semua dah ta praktikal untuk aku. tapi hanya akan buat aku memberontak. so aku jadi makin MALAS belajar. result aku pulak MEROSOT dan terus merosot. lepas tu mulalah aku di maki hamun sampai 7 keturunan. (itu ter'over' ye). pernah ta diorang nak ajak aku duduk discuss then tanya elok elok apa masalah aku, lepas tu bagi nasihat membina kat aku? NEVER! so macam mana diorang nak faham aku kan?

sebab itu lah aku ni seorang yang sangat memerlukan KAWAN. memanglah orang boleh kata zaman sekarang dah canggih. duduk rumah jep pasang internet then connect lah dengan barapa ramai kawan kau nak connect. memanglah bolehkan tapi ta kan selama-lamanya kau nak connect dengan membe kau kat facebook, twitter, skype, ym, bagai tu. ta kan ta nak hang out, outing or lepak-ing dengan kawan kau kan. ber-skype manalah nak sama keseronokannya dengan melepak bersama. serius looser hidup kau kalau setiap hari duapulohpat jam terperuk kat rumah mengadap laptop jep. langsung ta tengok dunia luar. ouh mungkin ada jugak orang yang selesa macam tu. tapi aku ni sememangnya TIDAK!

aku perlukan SOSIAL LIFE aku. sosial yang aku maksudkan ni takdelah so.....sial! i mean bukan yg clubbing sampai subuh, berpeluk dengan laki tu laki ni, mabuk sampai muntah hijau. dah tentulah BUKAN begitu. maksud aku hang out dengan kawan, pergi shopping, karok, main bowling or tengok wayang dengan diorang, pergi picnic ke jalan jalan ke. ta lah terasa hidup aku ni macam looser kan. bagi aku, aku terasa sangat HAPPY dan BAHAGIA setiap kali luangkan masa dengan kawan kawan aku. aku tau lah masa kakak aku baya aku dulu bila cuti duduk jep kat rumah mengadap tv mengadap laptop duapuluhpat jam kan. tapi aku serius ta boleh jadi macam tu. boleh beku kepala otak aku weyh. tension betul bila kebebasan aku di sekat. grrr! 


video
generasi aku dengan parents aku mana nak sama weyh. aku ni tergolong dalam GENERASI Y. parents aku pulak BABY BOOMER. (berguna jugak apa yang aku belajar dalam kuliah marketing)


notakeyboardsoso: bengang parents aku ta bagi aku p mcd malam ni. padahal dah mengidam tahap gaban nak makan GCB. ta kan nak pergi pagi esok pulak. aku dah lah puasa. hope ada orang sudi hantar GCB kat rumah aku.






KAMPUNG vs BANDAR

aku bukanlah gadis METROPOLITAN. aku hanyalah gadis DESA. kenapa begitu ? sedap nama taman perumahan aku tinggal ni, taman desa aman. haha. aku bukanlah tinggal di BANDAR. tapi sipi sipi lagi nak kira bandar. kenapa? sebab alamat aku masih lahat. tapi agak dalam 10 minit perjalanan dari rumah aku ni, alamatnya dah ipoh. oleh itu aku takdelah jakun dengan dunia orang bandar ni kan. ta lah aku ni macam rusa masuk kampung bila ke KL kota metropolitan tu kan. nak pulak kawasan aku di boleh dikirakan membangun. kalau nak p tesco dekat jep. bak kata sedara aku, naik kereta ta sempat nak panas bontot dah sampai. nak p mcd pulak bak kata membe aku, eleh kau jalan kaki jep pun bole sampai. bukan jauh mana. sekarang ni pulak jusco dalam pembinaan. tengok macam besar, siap ada cinema lagi. jadi sebab itulah aku ni agak jakun bila masuk KAMPUNG. kena gigit pacat sampai demam seminggu. jumpa sungai punyalah excited gila. lepas tu bantainya berendam dalam sungai punyalah ta hingat seolah olah dah berbulan bulan ta mandi. kalau nampak sawah tu lagilah datang menggila. macamlah sawah tu sesuatu benda yang ajaib di muka bumi ni kan. dapat masuk dusun kat kawasan hutan tu dok tergaru garu macam beruk.

kesimpulannya, aku sangat suka suasana kampung. tenang dan damai. udaranya pun nyaman. jalan ta sesak. banyak aktiviti adventure. aku nak cari suami yang ada kampunglah. i mean yang parents dye tinggal kat kawasan kampung. barulah nanti anak anak aku nak balik raya excited gila. "yeay! yeay! nak balik kampung main meriam buluh." lebih kurang macam tu kot ayat anak anak aku nanti. macam tu lah aku punya excited nak balik kampung masa kecik kecik dulu. tapi sekarang kampung aku dah takde pape lagi macam dulu. dah kurang ke'kampung'an. semangat raya pun dah kurang. -.-" tapi kan macam mana lah pemikiran budak budak akan datang. buatnya perangai bongkak hidung tinggi mengalahkan hidung pinocchio, payah jugakkan. masuk kampung pun ta nak seolah olah itu tempat paling jijik. ta sedar ke padahal kelab kelab malam, disko tu lagi jijik. mintak mintak lah anak anak aku nanti ta jadi macam tu. 


notakeyboardsoso: waktu kecik dulu aku suka betul tengok kartun KAMPUNG BOY dengan kartun USOP SANTORIAN (macam ta betul jep aku eja) tapi budak sekarang ni tengok kartun BEN10, WONDERPET. takde nilai ke'kampung'an langsung kan.





entry bosan pun

aku rasa malam tadi aku rajin berkomunikasi. ramai pulak orang yang aku berkomunikasi. selalu aku ta serajin itu kan. dan untungnya dengan kadar percuma pulak tu. haha. bukan face to face tapi chat di mukabuku. kenapa aku kata percuma? sebab aku menggunakan wifi bukan berukband cekik darah aku tu. wifi ayah aku yang bayar. means free lah untuk aku. berukband aku kena bayar sendiri -.-" 

selalunya aku jarang chat ni. aku prefer comment status and wally wall. kalau chat pun dengan sorang dua macam tu dalam satu masa. tapi lain pulak malam tadi. alkisahnya bermula bila nani budak DPP (kolej) aku hantar macam ni kat chat "sem depan korang berlapan pecah ek semua". ok, sungguh buad aku gabra. serta merta aku tengok siapa lagi budak DPP aku yang online lalu terus bertanya isu pertukaran roomate next sem. so leha, asma, mas, dengan kak faie lah tempat aku utarakan ke'gabra'an aku.

then wan pulak chat aku. woooh...macam macam cite pulak keluar sesama kitorang. selalunya cite pasal 'abang' kami dengan fang ah loy kesayangan wan tu lah. sayang gila dye kat fang ah loy ni. sempat jugak kitorang discuss pasal event yang kitorang nak buad and mengimbas kisah lama. tu yang jadi panjang ceritanya. antara benda yang aku chat dengan wan tadi:

aku: kau sedar ta since form 1 kau suka ajak aku mengumpatkan?
wan: mana ada doh. bukan mengumpat. kita cakap benda betul la bro.
aku: memanglah benda betul.
wan: mana ada mengumpat ok. aku suka sembang dengan kau sebab otak kau ta sempit.
aku: even seluar aku sempit kan? haha.
wan: babun...haha.

kepada insan insan yang kitorang 'cakap benda betul' tadi tu, raya nanti aku mintak maaflah. haha. lepas tu aku ternampak farez online. so aku pun tegur dye. aku update dengan dye perkembangan plan yang dye cadangkan tu and mintak pendapat dye. sebenarnya ada something aku nak tanya kat mamat poyo ni. haha. pastu sembang punya sembang sampailah speechless. haha.

then aku nampak pulak lya aryana online. angin apa pulak datang yang membuatkan aku tegur dye and berborak lama. rasa seronok pulak berborak dengan dye malam tadi berbanding sebelum ni. rasa macam lebih open kan semalam. ta ketandusan topik. oleh kerana mata aku langsung ta menunjukkan tanda mengantuk, lalu aku pun menegur didi dengan dini. diorang berdua ni schoolmate aku kat brash. aku pernah satu dorm dengan didi tapi sekejap jep. dini pulak penah sekelas dengan aku. pun sekejap jugak. so dulu aku ta rapat pun dengan diorang yang membuatkan aku segan nak tegur diorang. diorangkan hot, manalah tau diorang ta ingat aku lagikan. so selama ni aku hanya stalk profile mukabuku diorang. tapi ternyata sangkaan aku meleset. diorang ni ok jep. masih peramah dengan aku. chat dengan diorang sampai ke sahur kot. haha.

ouh aku ada jugak chat dengan best (bukan nama sebenar). sekadar borak kosong, merapu rapu and menggila jep.  tapi ta lama mana pun. then membe aku si famy pulak chat aku story masalah dye kat aku. untuk seketika aku menjadi kaunselor. ala ala doktor cinta gitu. but at last, bila dye dah ok, aku pulak yang di bebelnya. haiyooo. oleh sebab dye tua 4 tahun dari aku, aku anggap jep lah advice dari seeorang abang kepada adik dye yang bega. -.-" famy kata bega tu degil. sesedap rasa dye cakap aku bega.

korang mesti tertanya apa motif aku nak cerita dengan siapa aku chat? kan ini blog aku. suka hati aku lah :p lagipunkan, kan, aku takde benda lain nak ceritakan. hehe. lepas ni kalau aku bosan semua benda aku cerita kat korang erk. aku kentut pun aku report dalam blog ni. kalau korang nak bengang dengan aku banganglah weyh. ada aku kisah? werkkkk :p




melepak di dataran

hye peeps!

selamat berpuasa :) semalam punya semalam kan ada pulak membe aku yg merajuk dengan aku sebab aku ta nak lepak mcd. haih...ngada lebih lah! untuk ambik hati membe aku ni, aku cakap kat dye yang next time aku join. so malam semalam dye ajak lah aku lepak dataran. malas pulak aku nak keluar. aku just fikir aku ta nak jadi orang yang cakap ta serupa bikin jep. lagipun membe aku tu dah mula sentap kot. aku pun join jep lah. tengok tengok aku sorang jep perempuan. diorang pulak buad perangai &*$%#@! saja takut takut kan. pembuli besar betul!

after park kereta, kitorang jalan lah nak pergi uptown, waktu lalu depan budak budak laki yang tengah melepak kat situ nazwan pesan "weyh jaga ros". pastu bashi cakap "ye, aku jaga ros ni". serius aku jadi cuak weyh. hey baru aku tau tentang kewujudan ladies uptown ipoh. haha. p jalan jalan sana jap. gebang malam lagi banyak barang kot. megat pulak sibuk dengan survey harga kueh raya dye tu. nak buad bisnes konon. then kitorang snap pic kat dataran. test DSLR baru bashi. haha. as usual nazwan nak gambar dye jep yang penuh. then kitorang lepak minum. bukan senang nazwan nak belanja kan. bashi cakap ada membe dye nak buad photoshoot. membe dye suruh cari perempuan jadi macam model lah konon. pastu nazwan suruh bashi ambik aku. bashi cakap lah bashi ingat memang nak ambik aku dengan miza. haha.

then kitorang balik. actually kalau ikutkan diorang ta nak balik lagi tapi oleh sebab diorang utamakan aku so kena lah balik awal. aku pun dah pesan kalau nak aku ikut kena balik awal. haha. dalam kul 12.30 am tu dah gerak balik. on the way balik tu bila lalu kawasan bapok nazwan slow kan kereta. pastu mata diorang jangan cakap lah melilau cari bapok then bising "mana bapok weyh?" pastu diorang tunjuk bapok bapok kat aku. wow! bulan puasa ni pun ramai bapok berkeliaran cari customer. serius bapok bapok tu cun. aku ingat perempuan betul lah. megat kata bapok kawasan ni semua dah buad operation. bapok kat situ high class 1 malam RM70. bapok kat polo tu pulak low class, RM15 jep. then diorang mula takutkan aku. "kau ta takut ke keluar dengan kitorang ni? depan sana tu ada hotel." bapaklah buad aku cuak! nasib baik diorang main main jep. at last diorang hantar aku balik rumah dengan selamat :)

ok lah, nak tidur! langsung ta tidur lagi ni dari semalam. kul 9 am nanti nak keluar lagi dengan diorang. aku nak beli gitar. hehe. nite semua!





stranger

STRANGER. dalam FB memang ramai strangers. nak pulak aku ni jenis approve jep orang yang add aku even aku hanya add orang yang aku kenal. so memang banyaklah jugak strangers dekat friends list fb aku. tapi ta semua strangers jahat. for example strangers perempuan yang add aku. then chat aku sembang elok elok jep. tapi ada jugak strangers yang buad aku annoying. selalunya strangers lelaki lah. aku memang ta suka melayan lelaki gatal. paling aku ta suka bila lelaki tu chat kata nak berkenalan tapi aku ta reply then mintak no phone lah mintak couple. serius ANNOYING! kalau kau chat aku cakap merepek repek tapi aku ta reply, so please BACK OFF! but sometime ada jugak strangers yang so FUNNY. chat aku macam macam, ajak couple lah mintak no phone lah bagai tapi aku ta layan langsung pun. i mean ta reply even a word then he admit yang dye desperate nak gf. pernah dalam 2-3 times jugaklah aku kena macam ni. really really funny right? haha. eyh tadi ada lagi a stranger chat aku. aku ta reply dye cakap aku sombong. so then aku reply lah tanya siapa dye, aku kenal dye ke. then bole pulak dye ajak main poker. serius PELIK. haha. tapi stranger tu letak gambar budak kecik sebagai DP. comel pulak gambar budak kecik tu. hehe.

ouh...talking bout stranger, hari ni jugak aku dapat text dari a stranger wish selamat berbuka kat aku. malas aku nak reply tanya siapa. membazirkan kredit aku jep. kan ? hey esok aku ingat nak buad puding caramel lah. tadi aku dah search resipi kat incik google. copy pun sudah. kalau ada semua bahan, aku buad lah. hehe. 1 more thing i can't wait untuk pergi beli gitar dengan nazwan. tapi si nazwan busy kerja lah pulak. susahlah macam ni. hadoi -.-"


karma and truth

KARMA. orang selalu akan kata what goes around will comes around. what you give you get back. hmm...entahlah sometime aku rasa macam ta payah nak karma sangatlah. kita niat ikhlas baik dengan semua orang. tapi hati budi orang mana lah kita tau kan. ada orang yang hanya pergunakan kita jep. memang pedih bila tau kita ditipu, diperbodohkan dan dipergunakan. tapi aku ta rasa nak orang yang kenakan aku, rasa balik kesakitan yang pernah aku lalui. nak pulak kalau orang yang aku sayang. biar apa pun orang tu nak buad kat aku, aku hanya mampu pasrah T.T but seriusly aku betul betul ta nak dye kena macam apa yang dye dah buad kat aku. biarlah aku sorang jep derita, aku ta nak orang yg aku sayang derita jugak even dye yang buadkan aku derita. aku akan sentiasa doakan kebahagiaan orang yang aku sayang. memang dulu aku seorang yang pendendam. tapi tu semua dulu. long time ago. bila fikir balik, apa aku akan dapat kalau berdendam? lagi sakit hati ada lah kan. so lets by gone be by gone :) i think i strong enough to face the truth.

yes, i have know everything. i know the TRUTH! it was PAINFULL! i mean really really. but i have accept the truth.just two words, i will BACK OFF! good bye LOVE. please DON'T come back. you are USELESS. i HATE you!






budak baik :)

situasi antara aku dan seorang budak perempuan pada pagi tadi.

budak: apa nama kakak?

aku: ros.

budak: bunga ros ke?

aku: a'ah. comel ta bunga ros?

budak: comel...macam kakak.

aku: (speechless)

budak: kenapa kakak ta letak nama tasya?

aku: kenapa? suka nama tasya ke?

budak: suka. sepupu saya nama tasya.

aku: dye cantik ta?

budak: cantik sangat. saya suka dye. dye baik.


orang kata budak budak ta reti menipu kan? hehehe...



peristiwa bulan ramadhan

ASSALAMUALAIKUM WBT...

pejam celik pejam celik dah pun sampai bulan ramadhan. rasa macam cepat jep masa berlalu kan. alhamdulillah dapat jugak aku tunaikan 1st terawih. yeahhh! adik aku yang darjah 4 tu punyalah semangat nak ikut aku p surau. at last ngadu penat cause banyak rakaat sangat. aku rasa esok macam dye ta p terawih lagi jep. haha.

sebut pasal ramadhan ni mesti ramai yang ada pengalaman berpuasa di perantauan kan. i mean di asrama mahupun rumah sewa lah. kalau nak ikutkan aku mula bersekolah asmara asrama waktu aku form 4. tahun tu terlakar lah 1 sejarah yang akan aku kenang seumur hidup. minggu tu merupakan minggu balik rumah. as usual petang ahad tu semua student baru datang balik ke asrama. dorm pun macam agak kelam kabut lah. tengah budak dorm aku yang lain bersiap nak turun raw call, tetiba aku menjerit. aku menjerit cause kepala lutut kaki kiri aku teralih dari tempat asal. sakit siot! mula mula budak dorm aku ta endahkan aku cause depa ingat aku main main waktu tu. almaklumlah aku memang suka main main kenakan depa selama ni. then depa mula pelik bila aku statik jep atas katil tu so depa pun mula pergi kat aku. bila depa tengok aku betul betul injured, baru depa kelam kabut. then depa call ayah aku.

sementara tunggu ayah aku datang, depa tuam lutut aku dengan ais. kemudian bila masuk waktu berbuka, depa turun dewan makan bawak naik makanan. lalu aku dilayan umpama raja. makan bersuap. lepas tu depa yang lain makan keliling aku. wowww! syok ouh. kemudian keseronokan aku bertambah bila ambulans tiba. tapi aku rasa macam lambat gila jep ambulans tu datang padahal hospital besar ipoh tu ta lah jauh sangat dari sekolah aku. ouh sekarang dah jadi hospital raja permaisuri bainun. sementara tunggu tu lutut aku tu dah membengkak, habis lutut ku bertukar biru. aku pun peluk kak ara yang duduk sebelah aku waktu tu lepas tu aku nangis kat bahu kak ara. dah ta ingat nak control macho lagi dah waktu tu.

waktu ambulans sampai, mula mula ada 2 orang jejaka yang berbadan agak berisi masuk dorm aku. diorang try repair lutut aku kat situ jugak tapi ta berjaya. then masuk pulak lagi seorang jejaka. maka semua gadis yang ada dalam dorm tu terpegun dengan kekacakan jejaka itu. serius memang hensem mamat tu! sampaikan waktu aku kat rumah (dapat mc kan) ada budak dorm aku call mintak no mamat tu. waduh waduh, gatai na hampa ni. ok berbalik pada hari kejadian, 3 jejaka tersebut bersama ayah aku angkat lah aku guna apa benda kejadah entah sampai ke bawah. dah sampai bawah tu diorang letak aku atas tempat yang bole tolak tolak tu. bukan wilcha lah ni tempat yang orang di baringkan tu. wahhh...serius syiok! rasa macam jadi mem besar. kahkah. tapi yang ta bestnya bila student yang lalu lalang kat situ usha pelik jep kat aku. aku pun palingkan muka ta nak pandang orang yang lalu lalang tu. maklumlah waktu tu student lain baru lepas berbuka puasa kan. so dari dewan makan nak ke surau memang akan lalu depan aspuri (asrama puteri) pun.

emak aku temankan aku dalam ambulans tu, ayah aku pulak drive kereta ikut belakang ambulans. memang tu lah 1st time aku naik ambulans. baru aku terasa kelajuan ambulans tu. pakar drift kot drivernya. ouh mamat hensem tu pun ada teman aku dalam ambulans. lagi 2 jejaka yang berisi tu pulak jadi pilot and co-pilot. waktu depa sorong aku keluar dari ambulans masuk ke hospital, mamat hensem tu bole pulak tanya kat aku 'puasa ta hari ni?'. aku pun angguk jep. lepas tu dye tanya lagi 'dah berbuka ke belum?'. aku pun angguk lagi. dah lah asyik sengih sengih kat aku. nasib aku tengah menahan sakit, kalau ta memang dah melting aku kat situ. haha. waktu dalam emergency room (ER) tu memang kelam kebut keadaannya. ada orang accident bagai. kemudian aku  dikeremuni ramai doktor. semua lelaki just ada seorang doktor wanita. doktor wanita tu cakap cakap dengan aku dengan niat cuba alihkan perhatian aku sementara doktor lain merawat kaki aku tu. doktor tu cakap 'mesti awak ni atletkan'. kahkahkah. bila fikir balik waktu tu serius malu. kain aku terpaksa diselak sampai ke paha kan. damn! malu lah gila! aku menjerit kot dalam ER tu. 'sakit! sakit! sakit!!!' haha.

after everything fine, aku di biarkan seketika. lepas tu mamat hensem tu datang sengih sengih kat aku. lepas tu dye cakap apa entah dengan membe dye. then membe dye tu datang cakap kat aku yang mamat hensem tu mintak no aku. cisss! depa mai buad lawak kat aku lak. nasib aku ta tayang middle finger. kahkah. after that aku di tolak ke bilik x-ray. nasib baik gadis yang x-ray kan aku. then aku di tolak ke ER balik. doktor pun balut kaki aku. waktu nak balik tu aku cakap kat ayah 'ayah, mana selipar adik? adik nak jalan macam mana?'. ayah aku gelak gelak, baru teringat yang ayah aku lupa bawak selipar aku sekali tadi. tu lah sedap sangat jadi mandul tadi, orang dok tolak aku kan. then ayah aku pun suruh aku pakai jep selipar ayah aku. ayah aku berkaki ayam jep balik tu. hehe. doktor tu cakap 'awak ta payah pakai selipar pun takpe. awak kan pesakit'. then ayah aku bawak aku balik rumah. memang sedap lah dapat mc. hoooray!!! sampai rumah, parents aku dok pulun makan nasi macam orang kebuluq. haha. kesian parents aku ta sempat nak makan nasi waktu berbuka gara gara aku buad hal. hehehe.

bila aku balik sekolah balik, baru aku tau incident tu agak kecoh jugak kat sekolah aku. waktu nak masuk sekolah pak guard cakap 'eyh kamu yang naik ambulans hari tu kan? takpe, takpe. kamu bole masuk.' then bila jalan ada student lain tengok semacam kat aku. diorang bisik apa entah. tapi aku ada terdengar perkataan ambulans lah. bila masuk kelas cikgu cikgu semua tanya 'monitor, lutut awak lari ke?' bila pergi library, bf senior aku tanya kat senior aku 'budak ni lah kan yang naik ambulans hari tu'. ada jugak student yang tanya macam ni kat aku 'kau yang naik ambulans hari tu kan? kaki dah ok?' sebab incident tu jugak doktor larang aku minum air kelapa padahal tu air favourite aku. budak dorm aku pun jaga aku betul betul. mula mula diorang siap larang aku naik katil atas lagi. budak kelas aku pulak pantang dengar bunyi ambulans. nanti semua akan pandang aku lepas tu diorang tanya 'ros ok? lutut ta lari?' hampeh betullah =.='

kini dah 4 tahun pun peristiwa ni berlaku. tapi sampai sekarang lutut aku belum pulih sepenuhnya. aku dah ta bole hyperactive sangat. tapi after incident ni memang aku dapat perhatian lebih. tengs a lot kepada kak ara, kak ana, kak sasha, kak izah, kak ma, reen, nana, nisa, dik are, hani, and fatin. korang memang dormmate yang terbaiklahhh! sorry cause aku dah banyak susahkan korang. tengs jugak kepada parents aku yang jadi kelam kabut kerana aku. ouh ta lupa jugak tengs kepada mamat hensem, 2 orang jejaka berisi and doktor doktor sekalian. at last aku nak tengs kepada nuar yang banyak ambil berat kat aku waktu aku tengah mc tu. sanggup call aku setiap kali lepas prep malam. tengs all :) love u alls damn much!

ouh actually aku just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :) hehehe...