Followers

BF gua kacak?

semalam. gua sedang berlingkar keseorangan di dalam bilik. koleksi lagu-lagu raya berputar-putar di corong lappy gua. jari jemari gua sibuk menari-nari di atas keyboard menaipkan komentar buat peminat membe gua di mukabuku. tiba-tiba....

'ooooo...oo..oooo'   cis! xperia gua menyalak bingit serupa anjing. hati gua mula mencarut-marut. dah 3-4 kali xperia gua menyalak menandakan ada mesej masuk. tapi semua gua malas reply, tak penting!

"weyh...pakwe kau masuk tv nanti...tau tak?"   what! terus bulat mata gua baca text dari membe gua. ok, serius ini mesej penting. laju jep jari gua tekan reply lalu menaip huruf-huruf yang ada membentuk satu ayat pertanyaan. mahu tak excited gua nak tatap bf gua di kaca televisyen nanti. sampai habis hilang kemachoan gua. ok, itu tipu!

setelah gua soal siasat membe gua dengan lagak seperti inspektor harris menyiasat supermak, maka maklumat yang gua peroleh seperti berikut:

rancangan: fuhhh raya
hari: raya kedua
masa: 10 malam
siaran: tv3

eyh jap! lu orang tau ke siapa bf gua tu?  takpe, lu orang sabar ye. nanti gua taruk gambar bf gua yang kacak bergaya. biar lu orang tatap sepuasnya. gua bukan nak angkat hidung tinggi lah kan. tapi kenyataannya since gua letak gambar bf gua jadi DP mukabuku gua, ramai betul membe membe gua baik jejaka mahupun si gadis  yang puji bf gua kacak. atau orang ipoh cakap, handsome. hehe. sampai ada yang tanya bf gua tu ada abang atau adik lelaki tak? yang paling cilake bila membe gua suruh bagi jep bf gua kat dia. lu ni memang suka khianat gua depan-depan kan? -.-" ok, sembang lebat pun talak guna kalau lu orang tak tau siapa bf gua kan?

awatlah hang comel sangat ni?

nahhh! ambik ni! xtra large punya gua bagi. haha. ni lah bf gua der. ye, ye, ada antara lu orang yang dah kenal. so kepada lu orang yang masih ta kenal lagi, ni lah JOHAN. atau nama famousnya, BOTAK. kenapa botak? sebab dia ni pegang watak sebagai botak dalam drama JUVANA. drama tu sangat best. rugi kalau lu orang ta tengok tau.





notakeyboardsoso: semua cerita di atas adalah benar kecuali statement gua dengan membe gua yang mengatakan botak tu bf gua. tu hanyalah gurauan antara kami. risau jugak gua kalau blog gua kena terjah dengan reporter walaupun blog gua ni tak famous amous kan. padahal botak tu kenal gua pun tak. hehe. gua fan tegar lu, johan! cayalah!



4 comments:

Dean di bloger said...

ish2 fanatik betoi..huhu

MisApple said...

mestilah! my FAKE bf kan. hehe.

~Nana 귀여운~ said...

hehehe..ingat sape bf awak td..rupe2nye abg han ..eh sory abg johan....(kantoi sudeee) :P

MisApple said...

@nana:
hamboi. lu jangan menggatal dengan bf gua. nanti gua sengat. haha.