Followers

entry bosan pun

aku rasa malam tadi aku rajin berkomunikasi. ramai pulak orang yang aku berkomunikasi. selalu aku ta serajin itu kan. dan untungnya dengan kadar percuma pulak tu. haha. bukan face to face tapi chat di mukabuku. kenapa aku kata percuma? sebab aku menggunakan wifi bukan berukband cekik darah aku tu. wifi ayah aku yang bayar. means free lah untuk aku. berukband aku kena bayar sendiri -.-" 

selalunya aku jarang chat ni. aku prefer comment status and wally wall. kalau chat pun dengan sorang dua macam tu dalam satu masa. tapi lain pulak malam tadi. alkisahnya bermula bila nani budak DPP (kolej) aku hantar macam ni kat chat "sem depan korang berlapan pecah ek semua". ok, sungguh buad aku gabra. serta merta aku tengok siapa lagi budak DPP aku yang online lalu terus bertanya isu pertukaran roomate next sem. so leha, asma, mas, dengan kak faie lah tempat aku utarakan ke'gabra'an aku.

then wan pulak chat aku. woooh...macam macam cite pulak keluar sesama kitorang. selalunya cite pasal 'abang' kami dengan fang ah loy kesayangan wan tu lah. sayang gila dye kat fang ah loy ni. sempat jugak kitorang discuss pasal event yang kitorang nak buad and mengimbas kisah lama. tu yang jadi panjang ceritanya. antara benda yang aku chat dengan wan tadi:

aku: kau sedar ta since form 1 kau suka ajak aku mengumpatkan?
wan: mana ada doh. bukan mengumpat. kita cakap benda betul la bro.
aku: memanglah benda betul.
wan: mana ada mengumpat ok. aku suka sembang dengan kau sebab otak kau ta sempit.
aku: even seluar aku sempit kan? haha.
wan: babun...haha.

kepada insan insan yang kitorang 'cakap benda betul' tadi tu, raya nanti aku mintak maaflah. haha. lepas tu aku ternampak farez online. so aku pun tegur dye. aku update dengan dye perkembangan plan yang dye cadangkan tu and mintak pendapat dye. sebenarnya ada something aku nak tanya kat mamat poyo ni. haha. pastu sembang punya sembang sampailah speechless. haha.

then aku nampak pulak lya aryana online. angin apa pulak datang yang membuatkan aku tegur dye and berborak lama. rasa seronok pulak berborak dengan dye malam tadi berbanding sebelum ni. rasa macam lebih open kan semalam. ta ketandusan topik. oleh kerana mata aku langsung ta menunjukkan tanda mengantuk, lalu aku pun menegur didi dengan dini. diorang berdua ni schoolmate aku kat brash. aku pernah satu dorm dengan didi tapi sekejap jep. dini pulak penah sekelas dengan aku. pun sekejap jugak. so dulu aku ta rapat pun dengan diorang yang membuatkan aku segan nak tegur diorang. diorangkan hot, manalah tau diorang ta ingat aku lagikan. so selama ni aku hanya stalk profile mukabuku diorang. tapi ternyata sangkaan aku meleset. diorang ni ok jep. masih peramah dengan aku. chat dengan diorang sampai ke sahur kot. haha.

ouh aku ada jugak chat dengan best (bukan nama sebenar). sekadar borak kosong, merapu rapu and menggila jep.  tapi ta lama mana pun. then membe aku si famy pulak chat aku story masalah dye kat aku. untuk seketika aku menjadi kaunselor. ala ala doktor cinta gitu. but at last, bila dye dah ok, aku pulak yang di bebelnya. haiyooo. oleh sebab dye tua 4 tahun dari aku, aku anggap jep lah advice dari seeorang abang kepada adik dye yang bega. -.-" famy kata bega tu degil. sesedap rasa dye cakap aku bega.

korang mesti tertanya apa motif aku nak cerita dengan siapa aku chat? kan ini blog aku. suka hati aku lah :p lagipunkan, kan, aku takde benda lain nak ceritakan. hehe. lepas ni kalau aku bosan semua benda aku cerita kat korang erk. aku kentut pun aku report dalam blog ni. kalau korang nak bengang dengan aku banganglah weyh. ada aku kisah? werkkkk :p




2 comments:

~Nana 귀여운~ said...

cian kene tukar roommate ye? huhu

MisApple said...

a'ah. cian kan? kan?