Followers

KAMPUNG vs BANDAR

aku bukanlah gadis METROPOLITAN. aku hanyalah gadis DESA. kenapa begitu ? sedap nama taman perumahan aku tinggal ni, taman desa aman. haha. aku bukanlah tinggal di BANDAR. tapi sipi sipi lagi nak kira bandar. kenapa? sebab alamat aku masih lahat. tapi agak dalam 10 minit perjalanan dari rumah aku ni, alamatnya dah ipoh. oleh itu aku takdelah jakun dengan dunia orang bandar ni kan. ta lah aku ni macam rusa masuk kampung bila ke KL kota metropolitan tu kan. nak pulak kawasan aku di boleh dikirakan membangun. kalau nak p tesco dekat jep. bak kata sedara aku, naik kereta ta sempat nak panas bontot dah sampai. nak p mcd pulak bak kata membe aku, eleh kau jalan kaki jep pun bole sampai. bukan jauh mana. sekarang ni pulak jusco dalam pembinaan. tengok macam besar, siap ada cinema lagi. jadi sebab itulah aku ni agak jakun bila masuk KAMPUNG. kena gigit pacat sampai demam seminggu. jumpa sungai punyalah excited gila. lepas tu bantainya berendam dalam sungai punyalah ta hingat seolah olah dah berbulan bulan ta mandi. kalau nampak sawah tu lagilah datang menggila. macamlah sawah tu sesuatu benda yang ajaib di muka bumi ni kan. dapat masuk dusun kat kawasan hutan tu dok tergaru garu macam beruk.

kesimpulannya, aku sangat suka suasana kampung. tenang dan damai. udaranya pun nyaman. jalan ta sesak. banyak aktiviti adventure. aku nak cari suami yang ada kampunglah. i mean yang parents dye tinggal kat kawasan kampung. barulah nanti anak anak aku nak balik raya excited gila. "yeay! yeay! nak balik kampung main meriam buluh." lebih kurang macam tu kot ayat anak anak aku nanti. macam tu lah aku punya excited nak balik kampung masa kecik kecik dulu. tapi sekarang kampung aku dah takde pape lagi macam dulu. dah kurang ke'kampung'an. semangat raya pun dah kurang. -.-" tapi kan macam mana lah pemikiran budak budak akan datang. buatnya perangai bongkak hidung tinggi mengalahkan hidung pinocchio, payah jugakkan. masuk kampung pun ta nak seolah olah itu tempat paling jijik. ta sedar ke padahal kelab kelab malam, disko tu lagi jijik. mintak mintak lah anak anak aku nanti ta jadi macam tu. 


notakeyboardsoso: waktu kecik dulu aku suka betul tengok kartun KAMPUNG BOY dengan kartun USOP SANTORIAN (macam ta betul jep aku eja) tapi budak sekarang ni tengok kartun BEN10, WONDERPET. takde nilai ke'kampung'an langsung kan.





2 comments:

Mr.Thinker@Ali said...

saya budak pekan yang suka kampung. udara bersih. :)

harap2 anak2 tidak kebandaran.

MisApple said...

@mr.thinker:
yeah! kami suka kampung <3
i hope so.