Followers

lifestyle

LIFESTYLE. setiap orang ada corak life tersendiri. kita ta bole nak paksa orang lain ikut cara kita. macam parents aku ni asyik dengan kerja jep. celik mata dah ngadap kerja. balik kerja duduk rumah, buat apa yang patut then tidur. takdelah nak kata nak pergi jalan jalan ke, melepak ke, mahupun bergosip dengan jiran sebelah. kemudian since aku kecik aku di asak untuk belajar, belajar dan belajar! sampaikan kalau nak keluar main petang kena hafal sifir dulu. kalau ta lepas, ta bole keluar. balik pun kena tepat pada waktunya. lambat balik kena kurung kat luar. ok, itu disiplin! aku tau tu semua memanglah untuk kebaikan aku. tengoklah masa sekolah aku ta pernah ada masalah dalam matematik.

tapi masa aku budak bolehlah buat macam tu. sekarang aku dah grow up. dah remaja pun. ta bolehlah nak terus asak supaya aku belajar and terkurung kat rumah. i'm not a robot, i'm a HUMAN ok. cara tu semua dah ta praktikal untuk aku. tapi hanya akan buat aku memberontak. so aku jadi makin MALAS belajar. result aku pulak MEROSOT dan terus merosot. lepas tu mulalah aku di maki hamun sampai 7 keturunan. (itu ter'over' ye). pernah ta diorang nak ajak aku duduk discuss then tanya elok elok apa masalah aku, lepas tu bagi nasihat membina kat aku? NEVER! so macam mana diorang nak faham aku kan?

sebab itu lah aku ni seorang yang sangat memerlukan KAWAN. memanglah orang boleh kata zaman sekarang dah canggih. duduk rumah jep pasang internet then connect lah dengan barapa ramai kawan kau nak connect. memanglah bolehkan tapi ta kan selama-lamanya kau nak connect dengan membe kau kat facebook, twitter, skype, ym, bagai tu. ta kan ta nak hang out, outing or lepak-ing dengan kawan kau kan. ber-skype manalah nak sama keseronokannya dengan melepak bersama. serius looser hidup kau kalau setiap hari duapulohpat jam terperuk kat rumah mengadap laptop jep. langsung ta tengok dunia luar. ouh mungkin ada jugak orang yang selesa macam tu. tapi aku ni sememangnya TIDAK!

aku perlukan SOSIAL LIFE aku. sosial yang aku maksudkan ni takdelah so.....sial! i mean bukan yg clubbing sampai subuh, berpeluk dengan laki tu laki ni, mabuk sampai muntah hijau. dah tentulah BUKAN begitu. maksud aku hang out dengan kawan, pergi shopping, karok, main bowling or tengok wayang dengan diorang, pergi picnic ke jalan jalan ke. ta lah terasa hidup aku ni macam looser kan. bagi aku, aku terasa sangat HAPPY dan BAHAGIA setiap kali luangkan masa dengan kawan kawan aku. aku tau lah masa kakak aku baya aku dulu bila cuti duduk jep kat rumah mengadap tv mengadap laptop duapuluhpat jam kan. tapi aku serius ta boleh jadi macam tu. boleh beku kepala otak aku weyh. tension betul bila kebebasan aku di sekat. grrr! 


generasi aku dengan parents aku mana nak sama weyh. aku ni tergolong dalam GENERASI Y. parents aku pulak BABY BOOMER. (berguna jugak apa yang aku belajar dalam kuliah marketing)


notakeyboardsoso: bengang parents aku ta bagi aku p mcd malam ni. padahal dah mengidam tahap gaban nak makan GCB. ta kan nak pergi pagi esok pulak. aku dah lah puasa. hope ada orang sudi hantar GCB kat rumah aku.






4 comments:

~Nana 귀여운~ said...

macam saya, lifestyle memboringkan, kawan2 bz je memanjang, ajak hangout punya payah, dorang belagak macam vip plak..huh

Feza said...

apa itu baby boomer. chewing gum boomer tu taw la aku.

MisApple said...

@nana:
wouh! susah susah dapat membe vip ni.
hehe.

MisApple said...

@feza:
nanti aku bagi kau baca buku marketing aku erk.
tapi aku rasa kalau google pun bole.