Followers

pengsan sebab puasa

COUNTDOWN RAYA: 3 hari lagi

aku sure korang semua mesti ada pengalaman 1st time nak puasa kan? kalau ingat balik memang rasa nak hentak kepala kat dinding sambil terfikir "bengong jugak aku kecik kecik dulu". bila dah dewasa dan matang ni, memang aku gelak guling guling dengan gelagat adik aku yang 6 tahun tu.

aku panggil adik aku tu, acik. tahun ni 1st time lah acik nak puasa. 1st day puasa tu macam biasalah dia bangun sahur. pergi sekolah. tak minum air. tak minum susu. tak makan apa apa. bila azan maghrib je, dengan rakusnya acik minum air. habis secawan, suruh ayah dia tuangkan lagi dan lagi. cukup 3 cawan acik minum air, acik terus merebahkan kepala dia atas meja makan.

macam ni lah gaya acik waktu tu

ayah: acik, acik!

ibu: acik tak nak makan ke?

ayah: panggil acik tu. dia tidur ke.

ibu: acik, bangun cik. makanlah. (sambil goyangkan badan acik)

acik: (tiada apa apa respon macam orang pengsan)

ayah: kenapa dengan acik tu? (risau)

ibu: nak buat macam manalah ni? haaa! (monolog dalaman)

ibu: acik, nah ambik seringgit ni upah puasa.

then, serta merta acik bangun lalu ambil duit dari ibu dia. kemudian acik pergi ke depan tengok tv macam biasa. seolah olah takde apa apa yang berlaku tadi. orang lain dah terpinga pinga tengok acik. kemudian terdengar acik jerit "acik nak nasi".

itulah kali pertama dan kali terakhir acik berpuasa untuk tahun ni. selepas hari tu, setiap kali balik sekolah acik dah makan. bangun sahur pun dia tak nak. -.-"



notakeyboardsoso: tangan aku berparut setelah di cakar oleh acik sehingga berdarah petang tadi. ganas betul budak ni. rasa nak gigit-gigit jep.



4 comments:

~Nana 귀여운~ said...

hahaha..mcam2 si acik 2 yer? ganas sampai cakar2 orang..wuu..

bedpet said...

ngahahahaha. bijak seh adik kau. hahahaha

Apple said...

@nana: acik tu memang . dah lah suka usik adik yang bongsu tu .

Apple said...

@bedpet: kalau bab duet memang dia laju . kalau lepas balik dari beraya , mesti dia kira duet raya dulu .