Followers

peristiwa bulan ramadhan

ASSALAMUALAIKUM WBT...

pejam celik pejam celik dah pun sampai bulan ramadhan. rasa macam cepat jep masa berlalu kan. alhamdulillah dapat jugak aku tunaikan 1st terawih. yeahhh! adik aku yang darjah 4 tu punyalah semangat nak ikut aku p surau. at last ngadu penat cause banyak rakaat sangat. aku rasa esok macam dye ta p terawih lagi jep. haha.

sebut pasal ramadhan ni mesti ramai yang ada pengalaman berpuasa di perantauan kan. i mean di asrama mahupun rumah sewa lah. kalau nak ikutkan aku mula bersekolah asmara asrama waktu aku form 4. tahun tu terlakar lah 1 sejarah yang akan aku kenang seumur hidup. minggu tu merupakan minggu balik rumah. as usual petang ahad tu semua student baru datang balik ke asrama. dorm pun macam agak kelam kabut lah. tengah budak dorm aku yang lain bersiap nak turun raw call, tetiba aku menjerit. aku menjerit cause kepala lutut kaki kiri aku teralih dari tempat asal. sakit siot! mula mula budak dorm aku ta endahkan aku cause depa ingat aku main main waktu tu. almaklumlah aku memang suka main main kenakan depa selama ni. then depa mula pelik bila aku statik jep atas katil tu so depa pun mula pergi kat aku. bila depa tengok aku betul betul injured, baru depa kelam kabut. then depa call ayah aku.

sementara tunggu ayah aku datang, depa tuam lutut aku dengan ais. kemudian bila masuk waktu berbuka, depa turun dewan makan bawak naik makanan. lalu aku dilayan umpama raja. makan bersuap. lepas tu depa yang lain makan keliling aku. wowww! syok ouh. kemudian keseronokan aku bertambah bila ambulans tiba. tapi aku rasa macam lambat gila jep ambulans tu datang padahal hospital besar ipoh tu ta lah jauh sangat dari sekolah aku. ouh sekarang dah jadi hospital raja permaisuri bainun. sementara tunggu tu lutut aku tu dah membengkak, habis lutut ku bertukar biru. aku pun peluk kak ara yang duduk sebelah aku waktu tu lepas tu aku nangis kat bahu kak ara. dah ta ingat nak control macho lagi dah waktu tu.

waktu ambulans sampai, mula mula ada 2 orang jejaka yang berbadan agak berisi masuk dorm aku. diorang try repair lutut aku kat situ jugak tapi ta berjaya. then masuk pulak lagi seorang jejaka. maka semua gadis yang ada dalam dorm tu terpegun dengan kekacakan jejaka itu. serius memang hensem mamat tu! sampaikan waktu aku kat rumah (dapat mc kan) ada budak dorm aku call mintak no mamat tu. waduh waduh, gatai na hampa ni. ok berbalik pada hari kejadian, 3 jejaka tersebut bersama ayah aku angkat lah aku guna apa benda kejadah entah sampai ke bawah. dah sampai bawah tu diorang letak aku atas tempat yang bole tolak tolak tu. bukan wilcha lah ni tempat yang orang di baringkan tu. wahhh...serius syiok! rasa macam jadi mem besar. kahkah. tapi yang ta bestnya bila student yang lalu lalang kat situ usha pelik jep kat aku. aku pun palingkan muka ta nak pandang orang yang lalu lalang tu. maklumlah waktu tu student lain baru lepas berbuka puasa kan. so dari dewan makan nak ke surau memang akan lalu depan aspuri (asrama puteri) pun.

emak aku temankan aku dalam ambulans tu, ayah aku pulak drive kereta ikut belakang ambulans. memang tu lah 1st time aku naik ambulans. baru aku terasa kelajuan ambulans tu. pakar drift kot drivernya. ouh mamat hensem tu pun ada teman aku dalam ambulans. lagi 2 jejaka yang berisi tu pulak jadi pilot and co-pilot. waktu depa sorong aku keluar dari ambulans masuk ke hospital, mamat hensem tu bole pulak tanya kat aku 'puasa ta hari ni?'. aku pun angguk jep. lepas tu dye tanya lagi 'dah berbuka ke belum?'. aku pun angguk lagi. dah lah asyik sengih sengih kat aku. nasib aku tengah menahan sakit, kalau ta memang dah melting aku kat situ. haha. waktu dalam emergency room (ER) tu memang kelam kebut keadaannya. ada orang accident bagai. kemudian aku  dikeremuni ramai doktor. semua lelaki just ada seorang doktor wanita. doktor wanita tu cakap cakap dengan aku dengan niat cuba alihkan perhatian aku sementara doktor lain merawat kaki aku tu. doktor tu cakap 'mesti awak ni atletkan'. kahkahkah. bila fikir balik waktu tu serius malu. kain aku terpaksa diselak sampai ke paha kan. damn! malu lah gila! aku menjerit kot dalam ER tu. 'sakit! sakit! sakit!!!' haha.

after everything fine, aku di biarkan seketika. lepas tu mamat hensem tu datang sengih sengih kat aku. lepas tu dye cakap apa entah dengan membe dye. then membe dye tu datang cakap kat aku yang mamat hensem tu mintak no aku. cisss! depa mai buad lawak kat aku lak. nasib aku ta tayang middle finger. kahkah. after that aku di tolak ke bilik x-ray. nasib baik gadis yang x-ray kan aku. then aku di tolak ke ER balik. doktor pun balut kaki aku. waktu nak balik tu aku cakap kat ayah 'ayah, mana selipar adik? adik nak jalan macam mana?'. ayah aku gelak gelak, baru teringat yang ayah aku lupa bawak selipar aku sekali tadi. tu lah sedap sangat jadi mandul tadi, orang dok tolak aku kan. then ayah aku pun suruh aku pakai jep selipar ayah aku. ayah aku berkaki ayam jep balik tu. hehe. doktor tu cakap 'awak ta payah pakai selipar pun takpe. awak kan pesakit'. then ayah aku bawak aku balik rumah. memang sedap lah dapat mc. hoooray!!! sampai rumah, parents aku dok pulun makan nasi macam orang kebuluq. haha. kesian parents aku ta sempat nak makan nasi waktu berbuka gara gara aku buad hal. hehehe.

bila aku balik sekolah balik, baru aku tau incident tu agak kecoh jugak kat sekolah aku. waktu nak masuk sekolah pak guard cakap 'eyh kamu yang naik ambulans hari tu kan? takpe, takpe. kamu bole masuk.' then bila jalan ada student lain tengok semacam kat aku. diorang bisik apa entah. tapi aku ada terdengar perkataan ambulans lah. bila masuk kelas cikgu cikgu semua tanya 'monitor, lutut awak lari ke?' bila pergi library, bf senior aku tanya kat senior aku 'budak ni lah kan yang naik ambulans hari tu'. ada jugak student yang tanya macam ni kat aku 'kau yang naik ambulans hari tu kan? kaki dah ok?' sebab incident tu jugak doktor larang aku minum air kelapa padahal tu air favourite aku. budak dorm aku pun jaga aku betul betul. mula mula diorang siap larang aku naik katil atas lagi. budak kelas aku pulak pantang dengar bunyi ambulans. nanti semua akan pandang aku lepas tu diorang tanya 'ros ok? lutut ta lari?' hampeh betullah =.='

kini dah 4 tahun pun peristiwa ni berlaku. tapi sampai sekarang lutut aku belum pulih sepenuhnya. aku dah ta bole hyperactive sangat. tapi after incident ni memang aku dapat perhatian lebih. tengs a lot kepada kak ara, kak ana, kak sasha, kak izah, kak ma, reen, nana, nisa, dik are, hani, and fatin. korang memang dormmate yang terbaiklahhh! sorry cause aku dah banyak susahkan korang. tengs jugak kepada parents aku yang jadi kelam kabut kerana aku. ouh ta lupa jugak tengs kepada mamat hensem, 2 orang jejaka berisi and doktor doktor sekalian. at last aku nak tengs kepada nuar yang banyak ambil berat kat aku waktu aku tengah mc tu. sanggup call aku setiap kali lepas prep malam. tengs all :) love u alls damn much!

ouh actually aku just nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :) hehehe...







2 comments:

nama saya SYAWAL FITRAH said...

wah, giler peymes ko.. kat aku tanak wish tengs ke? kan ke aku kazen kesayangan ko? :P

MisApple said...

eyh setau aku kau pun ta tau kan pasal incident ni .
yela yela tengs sayangs :)