Followers

RAYA datang lagi !

Assalamualaikum w.b.t.

raya sudah tiba. apakah perasaan korang di hari raya ni? serious aku tak terasa macam nak raya pun. makin lama makin kurang kemeriahan raya. sampai kan pagi tadi baru aku pergi shopping raya. last minute punya shopping. sesak tu jangan cakaplah kan. shopping mall memang sangat crowded. bank pun ramai orang. 

actually aku ingat nak shopping malam sebelum tu lagi. malam tu aku berbuka puasa beramai-ramai dengan ex-classmate aku. then lepas makan duduk lepak-lepak situ. pastu member aku sorang ni kena balik before 10 pm pulak. so tu yang plan di tunda pada keesokan hari. anyway aku enjoy gila berbuka tu. sangat meriah ok. geng kitorang lah paling bising kat situ.

ok, berbalik pasal shopping tu, aku dah janji dengan nabila and ain. waktu diorang datang pick up aku kat rumah, tengok-tengok ada 2 orang mamat yang aku ta kenal pun join. mak ai...masing-masing bawak bf. oleh sebab aku single, mula-mula tu rasa agak terasing jugak lah. tapi dah lama tu aku go on jep dengan bf nabila. boleh borak-borak, melawak semua. 

mula-mula kitorang pergi GM. habis 1 GM kitorang tawaf. kedai berdekatan situ pun kitorang tawaf nak cari pashmina and kasut. tapi tak ada yang macam kitorang nak. so at last tak beli apa-apa langsung. then teruskan pencarian ke kinta city. pashmina memang jangan haraplah nak jumpa kat sana kan. tapi aku nak cari kasut. aku ada selipar jamban and sneaker jep kat rumah ni kot. kebetulan banyak sale pulak. perghhh...memang rambang mata kitorang. baju kat padini banyak yang not bad harganya. then aku dengan nabila beli baju kat padini. then aku beli kasut vincci. vincci pun sale ok. pekerja kat vincci memang busy gila. padat dengan orang kot dalam tu.

bila aku balik rumah, ayah aku jep yang ada. kakak dengan emak aku pergi shopping. ayah aku tanya kenapa tak beli seluar and baju banyak lagi. dengan muka sedih aku jawab yang aku takde duit. 3 bulan cuti kan duit ptptpu tak masuk, lepas tu aku pulak asyik keluar berjalan. memang pokailah aku sekarang kan. lepas tu ayah aku cakap nanti ayah aku bagi duit. yeay! nanti nak shopping lagi lah. hehe. emak aku pulak perli kata shopping kat tempat branded jep. benda aku beli kasut dengan baju sehelai jep. itu pun murah sebab sale.



pagi esok lepas sembahyang raya balik kampung. mintak-mintak sedara mara aku ramai yang balik. akhir kata aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. lepas ni zero-zero ok? semoga korang berjaya kutip duit raya. hehe.




2 comments:

~Nana 귀여운~ said...

selamat hari raya apple :)

Apple said...

selamat hari raya jugak nana :)