Followers

Karaoke Raya

ini kisah semalam. kisah raya ke 6 aku. actually aku plan nak keluar tengok wayang tapi tiba-tiba fyza call aku ajak pergi beraya. katanya hari ahad mesti ramai orang kat mall, so hari biasa lah baru pergi tengok wayang. aku pun setuju je. lepas lunch kat rumah dengan family, aku basuh pinggan mengemas semua, aku pun iron baju then terus mandi bersiap. semalam special sikit menu lunch. kitorang bakar ikan and buat air asam. lepas tu maktam aku beli ayam golek lagi. memang berbaloi-baloi.

waktu aku tengah iron baju tu, adik aku tanya kenapa aku iron baju kurung.

aku: kak ros nak pergi berayalah. nak ikut?

budak: pergi beraya ke mana? nak ikut!

aku: rumah kawan kak ros. nak ikut boleh tapi ada syarat.

budak: apa syaratnya?

aku: duit raya yang kakak (panggilan budak tu) dapat nanti kita bahagi 50-50.

budak: mana boleh macam tu. tak jadilah nak ikut.

aku: kenapa pulak? oklah tu. kak ros dah tolong bawak kakak pergi beraya.

budak: kalau 30-30 boleh. duit kakak tak sampai 50 lagi. kalau kakak bagi kak ros 50, kakak dah takde duitlah.

ceit! rupanya budak ni ingat dia kena bagi aku RM50. padahal aku maksudkan duit raya tu bahagi 2. apa daaa. dah siap semua fyza pun mai ambik aku kat rumah. bermulalah road tour kitorang. kalau dapat jumpa geng sekepala, sembang lebat tak ingat nak balik. mau tak lama kami beraya. sampai dekat pukul 7.30 pm baru sampai rumah. itu pun balik-balik terus mandi, solat and siap semua. then kitorang keluar balik.

makan laksa kat rumah rehan :)

tapi malam kitorang beraya kat sebuah rumah je lah sebab kitorang nak pergi karaoke. waktu pergi karaoke tu 4 orang je lah. aku, mira, rehan dengan miza. ok, duit aku tak keluar sesen pun. thanks to rehan yang menjadi main sponsorship kami. aku pulak naik segan dengan si rehan ni. al-maklumlah setiap kali keluar dengan dia, mesti dia belanja. dah lah kereta pun pakai kereta dia. tu lah untungnya orang yang dah berkerjaya ye dak. apa pun memang terbaiklah semalam. sangat-sangat best. tak melekat kat rumah aku. thanks guys :)

with mira. nyanyi ala artisss gitu. gelek sakan na.
with rehan. aku jeles dengan kau! dahlah muka cun and putih. pastu badan maintain lak tu dari dulu.
dari kiri miza (pilot), rehan (sponsor), aku (big bos kononnya), dan mira (co-pilot)

pagi ni dah takde orang masuk bilik aku lepas tu melalak sambil main gitar aku. dah takde lagi orang gelak mengilai macam hantu bonceng. dah takde lagi orang yang menyakat aku and cari gaduh dengan aku. ini semua gara-gara awal pagi lagi kakak aku dah bertolak balik melaka. ok, bai!

2 comments:

~Nana 귀여운~ said...

wah, syok ye karok..hehhehe

ntcm von misteriusha said...

weeee...bestnye darling
i suke kakak
kakak dh mkin besa kn since aku tgk dy dlu?
cumelnye dak tu..jujur,tulus sgguh