Followers

ke Seri Iskandar

semalam banyak betul undangan open house yang aku dapat. tapi maaflah ye sebab tak terpergi pun. aku ni tak berlesen, so faham-fahamlah kalau takde drebar tak muncullah aku. aku macam serba salah pulak dengan wan. mula-mula dia just text aku jemput datang rumah. maklumlah hari sebelum tu aku tak online, so tak terbaca pulak undangan di mukabuku ni. bila aku reply bagitau yang aku tak dapat datang, wan reply balik "ngada-ngada doh". then dia call aku suruh aku datang jugak. kalau takde membe kitorang yang datang, suruhlah abang or ayah aku hantar ke apa. weyh aku bukan saja menggedik tak nak datang. tapi serious doh aku tak dapat datang. sorrylah der. al-maklumlah selalunya kau lah yang jadi drebar aku kan.

dekat jam 6 pm kecoh pulak pasal nak pergi beraya kat rumah membe aku kat seri iskandar. serabut jugaklah aku text dengan orang tu orang ni. dengan call lagi. haih. at last udin muncul jemput aku kat rumah kul 6.30 pm. oleh sebab parents aku dah kenal sangat dengan ustaz wahab (bapak udin), aku pun tidak disoal siasat umpama penjenayah kes samun. kira macam parents aku ni percaya sama si udin ni lah. last sekali 2 bijik kereta je yang pergi. aku, miza, udin, mior, bashi, hasrol, nazwan, ezham dan fattah. yang lain tu aku dah biasa jumpa except mior dengan udin. serious dah lama tak lepak dengan diorang. waktu reunion hari tu pun diorang takde.

dalam kul 7 pm tu kitorang sampai kat rumah khazi. duduk-duduk jap. bila azan kat tv laju je budak laki pergi makan. bukak puasalah kononnya. hampeh. ada mee rebus dengan pelbagai jenis kuih raya. lemang pun ada jugak tadi. oleh sebab khazi ni best friend aku waktu sekolah rendah dulu, so family dia memang kenallah aku. aku pun bual-buallah dengan emak and adik si khazi ni. dah kenyang, lepak-lepak semua, dekat pukul 8 pm kitorang pun gerak balik.

waktu budak laki sibuk makan, miza tengok DSLR bashi then dia pass penutup lensa suruh aku pegang. aku pun letak atas meja kopi. waktu kitorang dah turun bawah, bashi sibuk mencari penutup lensa DSLR dia. mula-mula dia naik atas tapi tak jumpa then khazi lak yang cari lepas tu aku dengan khazi naik lagi. rupa-rupanya dah ada kat bashi. dia saja kenakan aku. serious rasa nak hempuk dia. buat penat aku mencari je. aku paw dia double GCB. padan muka! haha. sebelum balik kitorang singgah solat dekat petronas. sempat jugaklah bergambar kat sana. pastu terus pecut balik ipoh.

dalam kereta aku cakaplah yang aku nak tengok cerita final destination 5. udin dengan mior cakap diorang dah tengok kat cd tapi cd tinggal kat hostel. then bashi pulak kata cerita tu ada dalam laptop dia. aku pun mintaklah then diorang cakap tengok kat wayanglah best. lepas tu bashi cakap yang nazwan nak tengok wayang malam tu. kalau aku nak ikut bashi pun ikutlah sekali. then bila dah hantar kat rumah aku, bashi tanya aku nak pergi tak malam ni. aku pun cakap pagi esok je lah. then bashi kata kalau nak pergi roger je dia. aku memanglah on tapi masalahnya keretalah takde. then udin kata pagi esok pergi je lah dengan dia, dia kan ada kereta. si udin tu entah betul ke entah main-main je. hadoi.



malam tadi waktu aku sedap tengah tengok tv, ada nombor tak kenal call aku. oleh sebab aku confident tu nombor membe aku, dengan pantas aku menjawab.

ain: kau tengah buat apa?

aku: tengah tengok tv.

ain: nabila ada datang rumah kau?

aku: takde pun.

ain: sumpah nabila takde kat rumah kau sekarang?

aku: seriouslah takde. aku tengah tengok tv sorang-sorang ni.

ain: aku nak kau sumpah. sumpah?

aku: takde. sumpah. aku tak jumpa dia pun hari ni. kitorang mesej adalah petang tadi.

nabila bla bla bla....oh baru aku tau yang si nabila dah 2 hari tak balik rumah gara-gara merajuk dengan emak dia. emak dia jenuh mencari dia. serious aku tak tau pun pasal hal ni. then aku pun janji dengan ain kalau nabila datang rumah aku, terus aku bagitau dia. agak-agak kalau aku lari dari rumah nampak thrill tak? hehe.


notakeyboardsoso: alah gambar semua ada dekat bashi dan udin.




6 comments:

~Nana 귀여운~ said...

citer final destinationn 5 best tau...cara mati ngeri je..

Jer ... said...

final destination :D

aiman fanboy k-pop said...

wink..wink...cepat2 lew buat lesen tuh...baru sedap merayap..heehee

Apple said...

@nana:
jeles dengan nana. p tengok tak ajak apple pun :(

Apple said...

@final destination:
dah tengok ke belum?

Apple said...

@aiman:
haaa...tu lah pasal.
kalau ikutkan nak p buat lesen skang jugak.