Followers

Merdeka Raya di kampung

selamat menyambut merdeka raya rakan-rakan.

hari pertama raya penat gila setelah kunjung mengunjung saudara mara kat kampung tu.  jauh jugaklah perjalanan aku. lepas je sembahyang raya, family aku bertolak dari ipoh ke kuala kangsar. beraya kat rumah mak mentua pak uda aku. tujuan asal pergi sana nak hantar wilcha (wheel chair) tapi alang kepalang berayalah sekali kan. lepas tu ke taiping pulak ambil sepupu aku. kemudian pergi beraya kat kampung mak aku kat parit buntar. plan asal lepas pergi parit buntar nak pergi serdang rumah mandak aku. tapi waktu sampai serdang dah petang pun. macam tak sedap pulak beraya time tu. so terus je lah balik kampung ayah aku kat ijok, perak.

selekeh dan serabai gara-gara keletihan beraya

malam tu tidur kat kampung. adik-adik sepupu aku balik dari beraya je, diorang ajak aku main bunga api. aku apa lagi join je lah kanak-kanak riang tu. memang aku jadi macam kanak-kanak lah kan. dengan main buaiannya lagi. malam tu konon semua nak tidur lambat lah nak countdown merdeka kan. habis semua kuih raya kat atas meja kitorang kerja kan. sudahnya tengah malam perut aku dah mula tak sedap. takut punya pasal aku tahankan je. last kali memang tak boleh tahan aku pun buat slumber badak pergi toilet hilang terus rasa takut aku tu. 2-3 kali jugaklah aku ulang alik toilet. perghhh...sabar je lah.

dah lah keesokan paginya emak aku tak sabar-sabar nak pergi beraya kat serdang. tapi aku saja je lengahkan masa. mandi lambat-lambat, bersiap lambat-lambat, makan lambat-lambat. ikutkan hati aku nak tinggal kat kampung lagi. tapi emak aku dah membebel je kerjanya. waktu sampai serdang, diorang tengah sediakan makanan untuk lunch. so kitorang lunch teruslah kat sana. makan gulai dengan ikan siakap bakar dengan air asam. perghhh...memang terbaiklah! sedap gila!

kat serdang tu rumah saudara belah emak aku tapi ada sepupu aku belah ayah aku ikut kitorang. sepupu aku tu cakap kat aku "kau ngoratlah sepupu kau tu. handsomelah." padahal mamat tu bukan sepupu aku tapi anak kepada sepupu aku. memanglah laki tu lagi tua dari aku. oleh sebab aku cucu bongsu, so ramai anak-anak kepada sepupu aku yang lagi tua dari aku. yang sepupu aku tu ada darah keturunan omputih. so anak-anak dia pun memang segak belakalah. anak perempuan dia yang bongsu tu kerja pramugari. memang cun lah kan. diorang pulak orang loaded, tinggal kat banglo. nasib baiklah aku tak interested pada kaum lelaki buat masa ni. kalau tak....ehem ehem. hehe.

with my cousin

with kanak-kanak ribena. sayang depa semua ketat-ketat

waktu otw nak ke taiping, kakak aku singgah kat stesyen minyak dekat dengan R&R semanggol. aku pesan ayah aku belikan mentos tapi ayah aku bagi duit suruh beli sendiri. waktu nak masuk kedai serbaneka tu, aku perasan ada sekumpulan pemuda pakai uniform polis. cuma ada sorang laki je pakai t-shirt biasa. then diorang ada cakap apa entah kat aku. aku buat pekak terus je jalan. bila aku keluar dari kedai tu, aku terus jalan ke kereta aku. aku perasan salah sorang tu jalan sebelah aku tapi jauh sikitlah. aku ingat dia nak pergi kat kereta dia tapi dia macam pergi dekat kereta aku. lepas tu dia tercegat berdiri kat situ. bila kereta aku blah dari situ, mamat tu pun pergi balik dekat membe dia yang lain. aku sendiri tak faham apa motif dia ikut aku ke kereta. aku sampai ipoh pun dah dekat pukul 8 malam. lepas tu dapat mesej dari membe aku ajak pergi beraya. memang aku dah penat lah kan, tak larat kot.



1 comment:

~Nana 귀여운~ said...

selamat hari merdeka raya...ngee :)