Followers

Happy Bornday Mr Hacks

21 OKTOBER 2011

hari ni genaplah usia mr hacks 20 tahun. jadi di sini aku nak ucapkan
.
.
.
.
.
SELAMAT HARI LAHIR
HAPPY BIRTHDAY
SHENGRI KUAILE

di kesempatan ini aku doakan semoga engkau dirahmati Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia hingga ke akhir hayat dan berjaya dunia akhirat. ok enough.

tahun ni aku dah tak berpeluang untuk wish secara live pada kau. dah dekat setahun kita lost contact. aku pun takde usaha nak contact kau balik. tapi bukan sebab aku lupakan kau. sebab aku rasa itulah yang terbaik untuk kita. aku harap kau faham.

"FIRST CRUSH IS MEMORABLE. FIRST LOVE IS UNFORGETABLE"

masih aku ingat lagi last time kita contact. waktu tu 21 Oktober 2010 iaitu hari lahir kau yang ke-19. mula-mula aku ingat aku tak kan dapat wish birthday kau. terdetik pulak hati aku nak on nombor maxis yang dah jarang sangat aku on. tengah teringat kat kau, tiba-tiba handset no maxis tu berbunyi. aku tengok nombor tak kenal call and nombor tu macam nombor perak. so aku pun answer je lah. kemudian suara kau terus menerpa gegendang telinga aku. hati aku tertanya "am i dreaming? is it true what i'm hearing?". tapi aku tetap tanya "siapa ni?" kat kau time tu. memanglah aku dah cam suara kau tapi aku risau gak kalau salah orang. nanti buat malu je. bila kau suruh aku teka siapa kau, dengan ragu-ragu aku sebut nama kau. sebaik sahaja kau mengaku yang kau mr hacks hati dah berbunga setaman. macam tau-tau je yang aku tengah teringat kat kau. then aku terus wish happy birthday pada kau. kau macam terharu sebab tak sangka yang aku masih ingat tarikh lahir kau. seriously aku tak pernah lupa segalanya tentang kau. mana mungkin untuk aku lupakan orang yang mengajar aku erti CINTA. mana mungkin aku lupakan orang pertama yang melayan aku umpama princessnya.

sejak dari tu aku mula text balik dengan kau. oleh sebab aku selalu pakai nombor celcom, kau sanggup pergi beli simkad celcom baru untuk contact aku. aku cuma harapkan yang aku boleh menjadi best friend kau. tapi aku tak sangka yang kau akan mintak couple dengan aku lagi. aku tak berniat nak kecewakan kau tapi aku tak nak hanya bagi harapan palsu pada kau. mula-mula aku tolak dengan cara baik tapi kau terus memujuk lalu aku berterus terang yang tiada lagi cinta aku untuk kau. kemudian kau mengundur diri. aku dah agak yang kau tak akan contact aku lagi setelah aku reject kau. aku dah faham sangat perangai kau ni sebab sebelum ni pun aku pernah reject kau jugak and you do the same thing. tapi aku tak sangka yang kau terus tak gunakan nombor celcom baru kau lagi lepas tu. means kau beli nombor tu memang semata-mata untuk contact aku je. aku mintak maaf. aku tau kau dah banyak berkorban untuk aku. waktu aku study kat melaka, kau sanggup dari perak datang ke melaka untuk pujuk aku. kemudian bila kau tau aku sambung belajar kat uum, kau nak datang uum jumpa aku padahal kau boleh je tunggu aku balik ipoh baru jumpa. tapi aku yang larang kau datang sini. aku tak nak terus menyusahkan kau lagi. lagipun kalau aku tengok muka kau nanti, percentage untuk aku lembut hati dan terima kau sangat tinggi. kalau aku tak halang kau datang sini, confirm kau dah sampai.

aku rasa mesti kau tak faham kenapa aku tak boleh terima kau kembali tapi percayalah aku buat ni semua untuk kebaikan kita jugak. kau ada life kau sendiri, begitu jugak aku. walaupun kau tak akan jumpa wanita seperti aku tapi kau akan jumpa wanita yang lebih baik dari aku. ketahuilah yang aku tak pernah membenci kau. sampai sekarang setiap kali aku lalu tempat-tempat kita date dulu, aku terus teringat pada kau. mungkin aku masih sayang kau tapi cinta aku pada kau dah mati satu masa dulu. bukan salah kau sahaja dan bukan juga salah aku sahaja tapi salah kita berdua. 




aku harap kau tak akan lupakan aku seperti mana aku tak pernah lupakan kau. terlalu banyak memori indah yang telah kita cipta bersama. terlalu banyak pahit manis yang telah kita telan. terlalu banyak dugaan dan halangan yang telah kita tempuh. terlalu banyak suka duka telah kita lakarkan. aku sejarah kau dan kau sejarah aku. thanks MR HACKS for bring happiness in my life even just a while. thanks my FIRST LOVE :)





1 comment:

ntcm von misteriusha said...

sumpah aku baca kisah ni smbil mata panas nk berair
ye, first love..
he tought u a lot..
aku sndri dpt rasekan..
betapa berharganye kehadiran naz kat kau