Followers

RINDU

malam ni waktu aku tengah godek godek lappy aku, aku nampak video PLKN aku. then aku pun play video tu. serious aku rindu gila life kat sana. aku replay video tu banyak kali tanpa jemu, serious!


malam ni jugak tengah aku khusyuk mengadap lappy, aku terima text dari membe aku. panjang berjela text tu, serious! aku speechless kot after baca text tu. aku tak tau nak reply macam mana. so aku letak dulu handset aku kat tepi. tak lama lepas tu ada lagi 1 text masuk. aku pun baca. kali ni dari membe aku yang lain. aku letak balik handset aku tanpa reply. aku still play video tu berulang kali. mata aku menumpukan sepenuh perhatian pada video tu. tangan aku menyentuh skrin lappy seolah-olah aku dapat sentuh mereka yang lain. rindu aku pada mereka kat PLKN dulu semakin menggila.

kemudian aku ambik handset aku then reply kedua-dua text yang aku terima tadi. aku sambung tengok video tu lagi. otak aku ligat mengingat kenangan silam. waktu dalam PLKN aku takde pun serabut dengan masalah luar. i mean masalah bf, masalah pelajaran, masalah family. habis sangat pun masalah dalam kem je. masalah gaduh dengan kompeni lain, masalah dobi tak bersih, masalah ada budak dorm busuk. pendek kata simple punya masalah lah. tipulah andai kata tak teringat langsung dengan life kat luar tu kan. ada jugaklah teringat kat family, ex-bf semua tu. tapi sekejap je aku akan ingat pasal semua masalah tu. then macam terlalu busy nak ingat pasal dunia luar. nak pulak membe-membe sentiasa ada di sisi. indahnya life dalam kem tu. even hanya 3 bulan je kat sana tapi terlalu banyak kenangan indah yang telah tercipta, serious!

berbalik pada text yang aku terima tu. actually dua-dua text tu dari membe laki yang aku dah anggap macam kawan baik aku. dengan diorang lah yang aku selalu text and call kebelakangan ni. dah tu dua-dua text tu pulak pasal luahan perasaan diorang yang tengah rindu pada ex-gf diorang. sejujurnya aku tak reti nak advice diorang and buat diorang rasa comfort and tenang. but at least aku try jugak kan. aku tak tau nak tolong diorang macam mana. aku tau diorang sedih. aku pun pernah rasa apa yang diorang rasa. guys, aku tau korang kuat. korang mampu atasi perasaan korang kan? sorry tak dapat happy kan you guys.



No comments: