Followers

ayah-aiskrim

malam ni tiba-tiba gua mengidam gila nak makan aiskrim. tapi semenjak kedai sime mini mart kat dpp gua ni tutup, agak payah gua nak cari aiskrim. kena gerak jauh sikit. gua nak pinjam motor member gua merempit pergi mall beli aiskrim tapi gua terasa seganlah pulak. lu orang pernah alami tak perasaan bila lu orang sangat-sangat-sangat-dan-sangat teringin makan sesuatu tapi lu orang tak dapat. kalau gua mulalah gua nak merengek-rengek pastu rasa sedih kaw-kaw punya. 


kemudian gua mula layan perasaan. entah kenapa gua sangat rindu kat ayah gua. gua pergi layan video pasal pengorbanan seorang ayah kat youtube. memang hujan lah mata gua kan. habis hilang macho doh. tiba-tiba gua terfikir kalau ayah gua ada konfem esoknya ayah gua bawak gua pergi tesco beli aiskrim 1 bekas besar terus. kadang-kadang 2 bekas terus sekali beli. pastu habis beli lagi dan lagi. terbukti tiada orang yang manjakan gua selain ayah gua. tiada orang yang dapat jaga gua sebaik ayah gua. ILYSM ayah! muahhhhh!

eh takde ke prince charming yang nak belikan aiskrim untuk gua malam ni? dah mengidam tahap gaban ni. okbai!


2 comments:

~Nana BamBam~ said...

blanje la saya makan aiskrim gak..hehehe

Yee Nunaka said...

nyah AISKRIM.. hehehehe
btw tag kamu in a post dear http://misslittlekuman-art.blogspot.com/2012/01/11-things.html