Followers

Ayahku Hampir di Bunuh

hye peeps! dalam seminggu ni aku tak berapa nak sihat. aku tau korang tak nak ambik tau pun tapi aku nak bagitau jugak. haha. kejap aku demam, kejap selsema, kejap batuk, kejap pakej semua sekali.

petang tadi.

roomate: reen, nak tau tak semalam reen mengigau pukul 3 pagi.

aku: eyh yeke? semalam kite mimpi ngeri sangat.

roomate: reen jerit 'ibu! ibu! ibu!' pastu meracau-racau.

aku: kite mimpi ada orang nak bunuh ayah kite. kite nangis-nangis.

roomate: oh patutlah reen nangis-nangis waktu tu.

aku: eh kite ingat kite mimpi je. tak sangka sampai ngigau lak.


haaaa...kurang lebih begitulah perbualan antara aku dan roomate aku.

al-kisahnya malam semalam aku tidur awal. luar biasa awalnya. bukan senang nak tengok aku tidur awal tau except bila aku tak sihat atau penat sangat. membe-membe aku pun pelik gila. serius!

then malam tu aku dapat mimpi ngeri. serius sangat ngeri bagi aku. dalam mimpi aku tu, mula-mula ada 1 kes india mati di bunuh. so aku dengan membe aku pergi tengok mayat india tu. bajet nak jadi detective conan lah kan. bila balik rumah, ayah aku tanya sama ada aku dah tengok ke belum mayat india tu. aku pun cakaplah dah . then ayah aku panggil aku kat tempat tersembunyi sikit. ayah aku tunjuk aku 2 batang paku kecik. ayah aku kata tu antara bukti pembunuhan. ayah aku nak aku siasat lebih lanjut pasal pembunuhan tu. after siasat, kitorang dapat tahu sorang perempuan yang merupakan jiran belakang rumah aku yang bunuh india tu. and setiap kali perempuan tu nak bunuh orang, perempuan tu akan bagi seutas gelang pada bakal mangsa dia. then ada 1 hari tu perempuan tu datang rumah aku. kitorang semua buat macam biasa je. then perempuan tu sembang dengan ayah aku kejap pastu bagi ayah aku gelang. aku terus jerit supaya ayah aku jangan ambik gelang tu. tapi emak aku tahan aku sebab kitorang kena berlakon seolah-olah tak tau apa-apa pasal pembunuhan tu. bila perempuan tu dah blah, aku dah nangis-nangis. aku takut ayah aku di bunuh. aku peluk ayah aku sampai kan aku tak nak tidur malam tu cause nak bersama ayah aku. ayah aku tenangkan aku sampai aku tertidur. bila aku bangun je, hari dah pun pagi. terus aku cari ayah aku. lepas tu ada orang tunjuk aku 1 berita kat surat khabar. dalam berita tu mengatakan perempuan yang nak bunuh ayah aku tu mati bunuh diri. rupanya pada malam tu perempuan tu datang nak bunuh ayah aku tapi ayah aku psiko dia sampai dia bunuh diri.

bila aku terjaga dari tidur, aku terus teringat mimpi tu. syukur tu semua hanya mimpi. aku rasa mungkin sebab mimpi tu aku mengigau sampai meracau-racau, menjerit-jerit panggil ibu, menangis-nangis and siap berpeluh-peluh dahi aku. tu semua roomate aku lah yang bagitau keadaan aku malam tu. sampaikan dia risau tengok aku. dah lah dia panggil aku, aku tetap tak sedar. 

lepas tu aku asyik teringat ayah aku. sumpah aku rindu gila kat ayah aku. aku takut sangat kalau kehilangan ayah aku. aku tak dapat bayangkan macam mana lah hidup aku nanti. love you damn much ayah. muahhhh!

2 comments:

~Nana BamBam~ said...

rileks..mimpi adalah mainan tido..semua keje syaitannirajim...

wawa pucha said...

hebat la mimpi pon boleh jd teliti gitu, papepon ros tu kan mimpi ja >.<