Followers

Benci Senior

senior. sometimes senior ni memang banyak membantu. tapi sometimes senior ni memang menyakitkan hati. nak tau apa benda yang aku paling bengang dengan senior? sila baca kisah selanjutnya.


M (bukan nama sebenar): kita balik uum bila? aku tak tau la.

aku: sakai gila kau. start cuti tau. start kelas tak tau lak. cis! aku ni kena balik 11 hb.

M: haha . 11 hari apa ? kelas start berapa hb ?

aku: kelas start 13 hb . 11 tu hari jumaat. untuk orang-orang yang berko-k, kenalah balik awal. hadoi.

M: lupa la adik, abang tak tau apa benda (merujuk pada ko-k) tu. hahaha.

aku: macam @&%*! lah. untunglaaa dah jadi senior kan. grrr!

ok, enough sampai situ. perbualan seterusnya berbentuk peribadi, so haruslah sensored kan. hehe. oh, ini bukan sekali actually. kalau kat fb tu lagilah kena bahan dengan senior. antara post yang diorang selalu buat "kenapa hari ni nampak ramai ber t-shirt putih tunggu bas. diorang nak pergi mana ye?". kalau aku cakap-cakap dengan senior then terkeluar perkataan ko-k, memang diorang akan tanya balik "eh ko-k? apa tu?". rasa panasss je bila dengar.

bagi yang bukan student uum mungkin tak faham. so, meh sini kakak kawasan nak explain. haha. ko-k tu sebenarnya merujuk kepada aktiviti kokurikulum yang di wajibkan menyertai sebanyak 4 sem. except palapes kena sampai 6 sem. so kebanyakan student sem 5 dan ke atas dah bebas dari ko-k. biasanya student akan pakai t-shirt putih ko-k tapi tak semua lah. tu semua depend pada ko-k yang diorang join. kalau macam aku ni sem 1 dengan sem 2 bebas nak pakai t-shirt apa pun tapi di galakkan pakai yang warna gelap macam hitam. tapi sekarang aku kena pakai baju silat.

bagi student uum, tamat ko-k adalah 1 pencapaian yang di banggakan sebab hari sabtu diorang dah tak terganggu lagi. kalau nak balik u lambat pun bolehkan. so, macam heaven lah. oh lagi 1 sebab kenapa diorang sangat bangga bila takde ko-k adalah diorang boleh bahan junior sepuas hati. takpe takpe, tinggal sem depan je aku kena pergi ko-k. lepas ni, memang heaven lah sabtu aku. yahooo!



No comments: