Followers

gua muncul

hye peeps!

eh dah lama gua tak update blog kan. almaklumlah gua ni busy kononnya. ehem! selama gua tak menaip ni memang macam-macam suka duka yang gua dah lalui. sangat-sangat banyak ok. yang paling gua tak boleh lupa experience baru yang gua dapat sepanjang gua join program bakti siswa masa cuti sem hari tu. bukan dapat experience baru je malah dapat family baru and kenalan baru. warga kampung tanjung memang sempoi. sayang lu orang semua! sampai habis gua berlumpur, bertepung, berbasah, berlumuran dengan telur. tak lupa juga dipaksa minum dan makan benda-benda pelik. siap ada yang kena kejar lembu sampai terjatuh dalam parit. ni semua gara-gara aktiviti explorace yang pemuda kampung sediakan untuk budak uum. oh enough lah cerita pasal benda yang agak lama berlalu itu.

sekarang nak cakap pasal semalam. semalam gua dengan roomate gua yang gedik pergi tengok cerita adnan sempit 2. serius sangat sangat best. sampai sakit tekak gua gelak dalam panggung tu. dah tak peduli dah ada mamat kat sebelah gua ke apa. janji gua puas! eh korang pergilah tengok cerita tu. memang tak rugi gua cakap sama lu. sebelum gua tengok wayang tu, kitorang semua pergi makan kat pizza hut. kat sana lah gua jumpa kakak dan adik angkat gua. tapi yang gua hairannya kenapalah setiap kali gua datang makan kat pizza tu mesti mesin duit dia rosak. terpaksa menunggu untuk melunaskan bayaran. aiseh! lepas tengok wayang gua window shopping je lah. duit ptptpu tak masuk lagi kan, gigit jari je lah tengok barang lawa-lawa. tapi dalam pada nak jimat tu banyak jugaklah duit habis dalam seratus kot. yang penting gua dapat teddy barney. comel, geram gua dengan baby barney ni. rasa nak gigit-gigit je. dah lah siap boleh nyanyi lagi macam dalam cerita barney tu.



oleh sebab tak puas tak dapat shopping sangat, gua dengan membe-membe gua dah plan nak keluar hari selasa ni. kali ni nak menabur duit kat alor setar pulak. waktu tu sedap sikit shopping sebab ptptpu dah masukkan. tak sabar pulak. almaklumlah perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan. ececeh. 

1 comment:

Feza said...

patung barney tu macam muka kau je aku tengok.