Followers

diet?

hye uols #nada gedik gedebuk. coiii...geli gelimat pulak gua. sah klik gua boleh pengsan tengok gua menggedik gedebuk. sedangkan gua pakai baju pink pun depa dah pandang gua macam pandang alien dari planet marikh.

eh tadi kan after training silat gua p mall, boleh jugak jeling-jeling apa yang ada kat ekspo tu kan. sekali membe gua ajak melantak dulu. maka gua dengan senang hati turutkan aje lah. after makan tu jalan-jalan cuci mata kat ekspo sampai lah ternampak tempat derma darah. serius gua jeles gila kat depa yang derma darah. orang spital tu demand sangat sampai tak nak terima darah gua. apakan daya gua ni hanya insan yang lemah. then gua menggatal tumpang timbang berat kat situ. hati gua kata habislah naik berat gua gara-gara baru lepas melantak nasi tadi.

then, here are the main point gua update entry ni. berat gua dah TURUN 2kg ok #muka proud habis. macam tak caya je mana tak nya lately kerja gua dok melantak stok coklat yang melambak dalam simpanan gua ni. tapi gua rasa ni mungkin ada kaitan dengan gua mogok sama jenan (kafe kat kolej). lately gua memang sangat jarang makan nasi. dalam semiggu tu adalah sekali je gua makan nasi sampai klik gua semua dah bising bebel macam mak nenek. depa tak habis-habis paksa gua ikut depa makan. jenuh jugak la gua nak membidas kata-kata depa tu. text, call, chat, sampai terpacak terus datang depan bilik gua gara-gara gua tak nak makan nasi. dah lah siap tanya dah makan ke belum pastu pesan suruh makan bla bla bla~ depa ni layan gua macam budak kecik pulak padahal bukan gua tak makan langsung. chaotic. tapi gua langsung tak marah aih kat depa pasal gua tau depa care sama gua. sayang korang lah kliks.

lu orang tengok lah kliks gua ni semua macam mana. sah-sah gua takde peluang nak diet. kerja nak ajak gua melantak je. patutlah berat gua selalu naik. bila gua jemu makan dah bising macam mak nenek. gua jarang makan nasi pun bukan sebab gua diet tapi serius gua dah bosan tahap petala ke-lapanpuluhlapan dengan makanan kat jenan ni. tak boleh di terima dek tekak, serius! tapi kalau depa ajak gua makan kat tempat lain, laju je gua pulun. nak pulak kalau depa ajak melantak mee sizzling kat kafe cengkih, memang favourite gua lah tu. kalau badan gua kembang semacam bila graduate nanti, memang sah salah kliks gua especially izah dengan roomate gua #sigh.

notapejalankaki: mee sizzling cengkih buat gua gian je. dalam jaga dan lena gua terbayang mee sizzling.


2 comments:

Feza said...

aku pun suka mi sizzling kat cengkih. sedap gilak! tapi beratur panjang sgt. LOL

Apple said...

weyh hari selasa tak ramai orang. datang la hari selasa.