Followers

Pengganti?

tadi gua online mukabuku. "weyh C (bukan nama sebenar) tu bukan main lagi bahagia dengan bf dia, aku tengok fb dia. hari tu kemain lagi frust menonggeng putus dengan ex-bf dia. cepat je kan dia cari pengganti". tetiba kata umpatan dari membe gua waktu dalam kereta otw ke pacific terngiang je ke telinga gua. gua pun as usual jalankan kerja tak bergaji gua sebagai stalker. laju je gua bukak profile W dengan profile bf dia sekali. nak pulak bf dia tak private kan, makin sedap pulak gua stalk. wahhh...memang sah dia dah ada balak lain!

gua pelik betul lah, seriusly! hari tu kemain bercinta sakan dengan bf dia sampai naik cemuih gua baca post-post dia kat fb. ayat nak geli gelimat je macam anak murid shakespear je gayanya. then depa putus ayat berapi-api pulak yang keluar. dah macam orang putus asa, LOOSER! chaotic. pathetic. then baru je lagi putus terus dah ada pengganti. cepat gila dah ada orang lain. kali ni ayatnya shakespear pun kalah weyh. gua tak jeles, gua nak tekan kan kat sini yang gua cuma P.E.L.I.K! 

orang macam ni main aci sapu je ke apa ek? hati depa ni macam mana actually? depa boleh tukar nama pemilik hati depa macam pemadam faber castel yang padam kesan hitam kan hasil dari pensel 2B pada kertas jawapan OMR. eh kagum pulak gua kat depa. gua rasa gua kena jumpa depa tuntut ilmu ni. ok gak tu tak payah susah-susah pening nak cari ayat reject orang secara baik tanpa kecik kan hati orang tu. dah lah, gua malas nak banyak comment. gua ni kan fail bab cinta. sorry kepada sesiapa yang terasa. gua bukan nak menghina, gua hanya nak meluahkan kepelikan dan kekaguman gua je. sekian. chow.


2 comments:

Feza said...

budak baru nak up lettew. depa ni bukan nak kawin.nak seronok kat dunia je kot.

AsyikAsyikin said...

cinta maaa ..
hahaha .. wehh yank .. t ajar la aku psl blog ni .. xreti .. kehkeh .