Followers

BAMBAM IN MEMORY






gua sangat rindukan budak binatang ni. sekalipun gua beli sugar glider lain, gua tak akan pernah lupakan beliau. beliau yang selama ni telah telah menjadi penghibur hati gua. gua tak sangka secepat ini BELIAU tinggalkan gua. yang gua tau, gua tersangat amat paling sayangkan beliau. 22 April 2012 merupakan kali terakhir gua tengok beliau, belai beliau, cium beliau. dan pada ketika itu juga merupakan kali pertama dan kali terakhir gua dengar beliau menangis dan melihat keadaan beliau yang amat lemah. semoga roh beliau aman di sana. percayalah yang arwah dulu baik orangnya binatangnya. ILYDM <3 

thanks kepada member gua yang banyak beri sokongan kepada gua di kala gua di timpa kesedihan ya amat atas kehilangan beliau. gua tak sangka ada beberapa orang sampai offer nak belikan yang baru untuk gua. gua amat terharu terhadap keprihatinan korang. tapi actually gua serba salah jugak nak terima bantuan dari korang pasal bagi gua binatang ni mahal. tak lupa ucapan sangat-sangat terima kasih gua kepada mereka-mereka yang membantu gua kebumikan beliau. thanks a lot ana, jah, umi, dora, sue, fahmi, dll. jasa lu orang akan gua kenang.


notespayable: gua tak sangka arwah bambam famous jugak kat dpp sime darby ni. ramai ouh yang tanya gua pasal peristiwa kematian arwah. thanks cause ambik berat and bagi cadangan merepek-repek (ini keje bebudak laki bengong) ye.


kegitaran

semalam.


semalam punya malam gua telah spend time dengan baby (gitar) gua. asyik main dengan bambam (sugar glider) gua je kan. terabai pulak baby gua. bambam ni sangat agresif sampaikan kalau lalai sikit je dah jauh ke corok mana je dia lari lompat-lompat. after exam malam semalam, ezad ajak lepak dekat bilik galeri je. makanya gua pergi ke sana berbekalkan baby bersama bambam yang dijinjit gua. actually kitorang memang dah set nak lepak malam semalam pasal nak suruh dia tuning gitar gua sambil tu pas sikit ilmu kegitaran dia ke gua. mula-mula kitorang berdua je lepak situ. eh silap, baby dengan bambam pun ada, maka berempat lah kan? then datang lah pulak manusia-manusia lain join venture aktiviti bergitar kami. yang lain tu tak reti bergitar maka jadi penambah sumbangan suara je. gua tengok ezad main memang best ah. bila agaknya gua boleh sampai tahap macam tu ek? bambam pulak seronok main sebab ada ramai orang melayan dia.  dah puas melalak, menyumbang dan menyakitkan tangan maka tepat jam 1.30 am, gua dengan ezad blah. tapi yang lain masih melepak study kat situ. oleh sebab gua terimbau hikayat cerita seram yang terjadi di kolej gua ni maka ezad telah menjadi bodyguard gua secara tak rasmi yang kena hantar gua sampai ke blok. terima kasih ye body guard cause share ilmu kegitaran and jemput and hantar gua ke blok. ngada kan gua? tu bukan mengada coi! tu penakut namanya. haha.

di sini gua juga nak buat 1 pengakuan berani mati yang bahawasanya gua tidak jujur ketika exam mid sem malam semalam. tapi bukan salah gua rasanya pasal gua dah berlaku jujur tapi penyu yang tanya gua jawapan maka gua pun tanya lah dia balik mana yang gua tak dapat jawab. nak pulak geng gua duduk selonggok 5 ketul semalam. maka terjadi perbincangan jawapan antara kami di situ. gua tak habis-habis dengan soalan 49 and 50 pasal gua lupa formula. depa semua pun lupa formula except penyu tapi gua macam tak berapa confident dengan formula yang si penyu kasi. yang si zul pulak tak habis-habis dengan soalan no 1 dia sampai stress semacam je gua tengok. gua jarang tau tak jujur kalau exam yang agak besar macam ni. kalau kuiz tu selalu lah gua tiru. haha. (tanduk di kepala).

notespayable: waktu gua sakan taip entry ni gua terpaksa kurung bambam dalam sangkar pasal dia lasak bebenor.