Followers

Gemuk-kurus


Betul la kata wife abg sdara aku yg badan aku ni cepat naik cepat turun.

Sehari sebelum aku balik ipoh untuk cuti mid sem hari tu aku ada pakai seluar slack aku waktu pergi bilik lecturer. Time tu elok je muat lagi.

But then seminggu lepas cuti mid sem (time ni citang dah tegur badan aku berisi tu) aku dah tak muat nak pakai seluar slack yg sama. Dah ketat, tak boleh zip.

Hari ni dah masuk hari ke 4 aku puasa ganti. Aku puasa 4 hari straight. Lepas mandi tadi aku saja saja la nak try pakai seluar slack tu. Yesss dah muat! Langsung tak ketat.

Terus aku bbm monster bagitau pasal ni. Hehe. Punya la suka. Aku rasa aku kena maintain macam skang or kurangkan lagi berat aku. Tapi tak boleh kurangkan banyak banyak, nanti monster bebel lak kurus sangat tak cantik la buruk la apa la blablabla.

Time aku tengah tido tadi mak angkat aku call 2 kali. Then adik angkat aku pulak call, baru aku terjaga. Dia tanya aku datang tak kenduri sunat anas esok. Anas ni jiran family angkat aku. Dia kata anas asyik tanya je kak reen dengan kak sa datang tak. Serba salah pulak aku. Niat nak datang tu ada tapi macam takde transport je.


Citang kata aku gemuk?


Tengah aku siap-siap pakai tudung. Tutup dada-cek! Tetiba bb melalak lagu payphone.
“Hello. Aku ada kat kafe sime darby ni.”
“Hmm. Ok ok. Aku turun sekarang.”

Bukak beg tengok apa yg ada.
Buku mandarin-cek!
Pensel case-cek!
Payung-tak perlu kot, aku naik motor bukan bas. Ok keluarkan.
Spek nerdy-cek!
Coklat-cek!
Purse-cek!
Bb masuk poket kanan. Kunci motor masuk poket kiri. Ambik kunci bilik ambik sandal buruk. Kuncikan pintu then kunci taruk dalam poket beg.

Jalan ke kafe dengan muka konfiden padahal rabun tak nampak muka sape pun dari jauh.
Ok, tu macam citang je. Pegi dekat je la kalau salah orang buat muka bangang je.
Fuh…nasib betul. Sempat ni lepak dulu dengan citang dalam 15 minit sebelum berangkat ke kuliah. Well…cinderella kan kena masuk last.

Citang bawak membe pulak. Duduk lepak semeja dgn citang, membe dia, afif and nasa.
“Apsal hang dah hitam ni?” Aku start bahan citang.
Potpetpotpetprumpramprumpramblablabla-borak kosong saling membahan.

Bb aku sekali lagi melalakkan lagu payphone.
“Hello umi. Reen kat kafe ni. Tunggu kat parking blok b. Ok bai.” End call.

“Aku nak blah dulu. Well…pelajar cemerlangkan. Bai.”

-keesokan hari-
Pop-bunyi ada orang chat kat fb
Citang: apsal ang nampak dah berisi?
Aku: eh yeke? Serius ke? Alamak!
Citang: serius la. Terkejut aku tengok ang semalam. Tu la makan coklat banyak sangat.
Aku: tak bole jadi ni. Aku dah lama tak exercise la. Nak diet la.
Citang: ala ang tak payah diet la. Biar je takpe.
Aku: apsal lak? Ni mesti ang nak tunggu sampai aku jadi gemuk pastu bole la ang bahan aku kan?

#hari tu aku nak diet tapi si fatah tak bagi so aku melantak punya la tak hingat nak pulak coklat berlambak depan mata. Skang aku control sikit makan takut citang bahan aku gemuk punya pasal.