Followers

Citang kata aku gemuk?


Tengah aku siap-siap pakai tudung. Tutup dada-cek! Tetiba bb melalak lagu payphone.
“Hello. Aku ada kat kafe sime darby ni.”
“Hmm. Ok ok. Aku turun sekarang.”

Bukak beg tengok apa yg ada.
Buku mandarin-cek!
Pensel case-cek!
Payung-tak perlu kot, aku naik motor bukan bas. Ok keluarkan.
Spek nerdy-cek!
Coklat-cek!
Purse-cek!
Bb masuk poket kanan. Kunci motor masuk poket kiri. Ambik kunci bilik ambik sandal buruk. Kuncikan pintu then kunci taruk dalam poket beg.

Jalan ke kafe dengan muka konfiden padahal rabun tak nampak muka sape pun dari jauh.
Ok, tu macam citang je. Pegi dekat je la kalau salah orang buat muka bangang je.
Fuh…nasib betul. Sempat ni lepak dulu dengan citang dalam 15 minit sebelum berangkat ke kuliah. Well…cinderella kan kena masuk last.

Citang bawak membe pulak. Duduk lepak semeja dgn citang, membe dia, afif and nasa.
“Apsal hang dah hitam ni?” Aku start bahan citang.
Potpetpotpetprumpramprumpramblablabla-borak kosong saling membahan.

Bb aku sekali lagi melalakkan lagu payphone.
“Hello umi. Reen kat kafe ni. Tunggu kat parking blok b. Ok bai.” End call.

“Aku nak blah dulu. Well…pelajar cemerlangkan. Bai.”

-keesokan hari-
Pop-bunyi ada orang chat kat fb
Citang: apsal ang nampak dah berisi?
Aku: eh yeke? Serius ke? Alamak!
Citang: serius la. Terkejut aku tengok ang semalam. Tu la makan coklat banyak sangat.
Aku: tak bole jadi ni. Aku dah lama tak exercise la. Nak diet la.
Citang: ala ang tak payah diet la. Biar je takpe.
Aku: apsal lak? Ni mesti ang nak tunggu sampai aku jadi gemuk pastu bole la ang bahan aku kan?

#hari tu aku nak diet tapi si fatah tak bagi so aku melantak punya la tak hingat nak pulak coklat berlambak depan mata. Skang aku control sikit makan takut citang bahan aku gemuk punya pasal.

1 comment:

♥ Nana BamBam ♥ said...

ala tp still nampak comey tau..hehe