Followers

Anak


Mak: sekarang ni tak payah anak ramai. Kamu nanti anak 2 sudah.

Aku: tak nak la. Adik nak paling kurang 5.

Mak: nak beranak ramai tu boleh tapi nak mendidik tu kang.

Aku: ala kalau sikit sunyi la nanti.

Aku ni dah la suka kanak-kanak. Mana boleh anak sikit-sikit ni. Dah la aku takde adik. Tu pasal waktu maktam aku nak pindah dekat dengan rumah aku after dia bersalin tu aku excited gile. Anak-anak dia semua dah macam adik betul aku dah. Sampaikan parents aku pun depa panggil mak ayah, tak panggil maklang paklang.

Hari ahad hari tu, parents mentua cuani aku datang rumah maktam aku. Time tu aku ada kat situ tengah melayan karenah adik. Pastu aku dengar cuani ke maktam aku tah dok cite kat mak mentua cuani aku pasal kitorang. Rasanya macam cuani aku yg cite.

Cuani: diorang (aku, kakak aku and abang aku) ni dah macam abang dengan kakak budak-budak ni ha. Kalau diorang ada kat rumah laju je budak-budak ni datang rumah diorang. Dah diorang pun rajin melayan, tapi yg sulung (kakak aku) tu kurang sikit melayan.

Haaa…nampak tak aku ni kakak yg baik. Eceh! Perasan kejap. Kalau aku ada kat rumah, lepas mandi tu aku pastikan diorang kena pakai bedak and minyak rambut. Biasanya aku la yg pakai kan kat diorang. Walaupun acik tak suka pakai minyak rambut, yg adik pulak tak suka pakai bedak, tapi kalau aku ada diorang terpaksa pakai. Kalau kat rumah diorang tu jangan harap la diorang akan pakai.

Ibu diorang tu lembut sangat. Kalau dengan aku, sometimes aku akan jadi tegas. Contohnya macam si acik tu, dia selalu tak baca doa makan pastu degil pulak tu tak nak baca bila orang suruh. Kalau dengan aku, aku paksa jugak. Selagi tak baca doa, aku tak bagi makan. Selalunya sebelum diorang nak makan aku akan suruh diorang basuh tangan and baca doa dulu.

Maybe aku dah terbiasa dididik dari kecik macam tu. Maklum la mak aku tu garang. Kitorang masa kecik dulu macam ada rules. Kalau langgar rules, kena hukum.



No comments: