Followers

Kalau la kan

Semalam waktu tengah berdiskusi dengan rumet aku soal hati dan perasaan, (eceh siap berdiskusi bagai ha.) tetiba rumet aku tanya aku “Reen macam mana kalau I dengan A luahkan perasaan kat kau. Tapi bukan serentak la.”

Hmm…acane ni? Tak penah pulak aku fikir situasi macam tu. Lalu aku kembangkan imaginasi aku. Emmm…kalau lah kan…

Kalau I aku tak terima kot. Aku akui dia ada tarikan fizikal, lebih tepat lagi aku katakan fizikal dia ada dalam list lelaki idaman aku- Body taff  bersixpack. Kulit hitam manis memikat. Yg penting sixpack tu ye. Perghhh…terbaik!

Tapi aku tak tertarik dengan perangai I. Bukan aku kata dia jahat, tak! Dia baik, sempoi, lepak, sporting. Best la buat membe. Tapi kurang daya tarikan kot.

A pulak. Mungkin aku akan terima A. Fizikal dia biasa je. Hodoh tak hensem gile pun tak. Takde sixpack tapi tak gemuk ataupun buncit. Berkulit cerah bukan hitam manis. Tapi tinggi dari aku la. Bak kata rumet aku kalau menilai dari fizikal, dia akan pilih I dari A.

Tapi perangai A interesting bagi aku. Buat aku tertarik dekat si A ni. A ni seorang yg unexpected. Tu la daya tarikan utama dia. So orang tak kan bosan dengan dia. Orang yg tak kenal dia akan cakap dia pemalu, nerd, membosankan. Tapi kalau dah kenal dia, perangai sebenar dia beza betul.

Apa yg aku maksudkan dengan unexpected? Ok, aku bagi contoh simple la. Setiap kali aku tersempak dia, reaksi dia tak kan sama. Sometimes dia buat macam tak kenal aku je. Sometimes dia senyum sengih je. Sometimes dia bagi isyarat tangan je, sometimes dia akan cakap dengan aku. Sometimes dia siap bebel panjang berjela. And ada time boleh pulak dia pergi dekat aku dari arah belakang ngintai apa aku tengah buat then kejutkan aku. See…unexpected kan?

Kalau sembang dengan dia tu lagi la macam-macam ragam. Sometimes aku terkejut gak dengan apa yg dia buat. Macam tak sangka la dia akan buat macam tu. Serious dia ni memang unexpected.

Then dari persoalan rumet aku tu buat aku sedar macam mana aku memilih pasangan. Aku tak nilai dari fizikal tapi apa yg penting perangainya. Dan aku ni sebenarnya suka orang yg unexpected. Mr Hacks pun seorang yg unexpected jugak. Tapi A ni lebih unexpected dari Mr Hacks la. Mungkin sebab agak ekstrem nak memahami orang yg unexpected ni. Tapi entah la. Yg pasti bagi aku golongan yg macam ni menarik. #senyum sengih gatal.



No comments: