Followers

picnic panic


Masa rasa cepat je berlalu. Tahun 2012 pun dah sampai ke bulan terakhir. Sem ni pun dah nak sampai ke penghujung. Kuliah tinggal lagi 2 minggu. Assignment tinggal 1 je, marketing research. Well kalau yg berkaitan dengan research ni memang take a long time kan. Tapi presentation cyber law belum lagi. Shoot semua beres tinggal nak edit video tu je then present.  Mandarin pun tinggal oral je lagi. Cakap pasal mandarin ni, buat aku bengang je. Ok, lupakan je pasal tu.

Ahad lepas aku memang rasa macam stress gila, sampai malas nak fikir apa-apa dah. Then bila sasa ajak pergi picnic, memang rasa tak sabar-sabar la kan. Tapi tak nak terlalu berharap takut plan tak jadi. At last hari selasa pagi-pagi buta lagi sasa datang bilik kejutkan aku dengan rumet. Kalau ikutkan mengantuk, memang tak nak bangun tapi air terjun punya pasal malas-malas aku bangun mandi bersiap bagai.

Kereta sewa sampai je, kitorang terus bertolak ke jitra, pergi rumah family angkat aku. Kat sana kitorang masak bekalan yg kitorang bawak. Almaklumlah kat asrama takde dapurkan. Mak angkat aku pun ada sediakan bekalan jugak. Then kitorang semua termasuk family angkat aku bertolak ke bukit wang. Di sana bermulalah operasi menghilangkan stress aku.

Buat pertama kalinya jugak aku belajar berenang. Nasib ada mimi. Yg lain memang hampeh tak tau berenang. Adik-adik angkat aku tu pun boleh berenang, kitorang yg budak u ni tak tau. Malu je. Tapi sekarang aku dah boleh terapungkan diri and berenang. Yeeeha! Berenang tu sikit-sikit la baru. Baru sehari belajarkan. Aku, rumet and sasa telah menjadi anak murid mimi yg berjaya. Cuma monster tu je yg masih fail, masalah tak konfiden ni.

Makan jangan cakap la. Memang overload kot. Kerjanya makan-mandi-makan-mandi-makan. Berapa kali makan entah. Pukul 2 lebih tu diorang ajak balik. Serius aku rasa tak nak balik tapi apakan daya terpaksa balik jugak. Balik tu singgah rumah family angkat aku lagi tumpang solat sekali. Then jumpa mak angkat mimi jap, pastu balik. Otw tu memang rasa ngantok gila. Aku memang dah tertido dalam kete. Tu pun sampai je dpp, masuk bilik aku sambung lagi tido. Diorang cakap nanti badan akan lenguh-lenguh nak pulak bila berenang banyak bergerak actually. Tapi aku takde pulak rasa lenguh badan. So rumet aku kata maybe dulu aku silat, so stamina aku boleh tahan jugak kan.

Next sem nak ajak p picnic lagi. Nak ajak lagi ramai. Sampai 3-4 buah kete pun boleh. Yg penting boleh swimming lagi. Yahoo!

Oh tadi kakak aku call tanya bila aku cuti. Pastu katanya nak p holiday nanti. Bila aku dah excited boleh pulak kata tak nak bawak aku lah sebab aku busy sangat. Sengal punya kakak! Macam tu lebih baik tak payah tanya cuti aku. Tapi, tapi, at last dia suruh aku mesej full name and no ic aku untuk booking tiket flight. Cakap serupa keling dah, tak tau pulak yg aku ada kakak keeling. Neway, hope kali ni aku tak ditinggalkan lagi. Selalu diorang pergi mana-mana mesti aku tercicir sorang-sorang kat asrama.




No comments: