Followers

tahlil

Sedar tak sedar dah 5 hari aku berada kat rumah. Bermakna dah 6 hari arwah tok pergi. Selama 3 hari aku kat rumah keadaan riuh rendah. Sedara mara aku semua berkumpul kat sini. Arwah tok meninggal dikebumikan kenduri tahlil semua buat kat ipoh.

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Cepat je arwah dikebumikan. Arwah meninggal pada 20 hb disember jam 12.35 tengah hari. Lepas asar arwah dikebumikan. Kebetulan pulak hari tu ada program motivasi kot kat surau dekat dengan rumah aku. So ramai la orang yg ada untuk solat jenazah.

Hikmahnya kami sedara mara semua dapat berkumpul. Buat pertama kalinya aku dapat jumpa anak-anak kak pija (sepupu). Selama ni aku tengok kat fb je. Serius diorang comel and gelagat diorang especially si adik memang menghiburkan.  Kitorang memang paling suka sakat si adik. Perempuan tapi perangai macam laki. Dah la sebijik macam acik masa kecik. So kitorang cakap adik tu anak acik. Gaya je ganas tapi penakut.

Bila semua dah berkumpul, kanak-kanak tu pun gigih tahan mata sampai pukul 4 pagi. Aku pun memang rasa penat gila 3 hari tu. Banyak keje kan bila buat kenduri ni. 21 hb pukul 3 pagi aku sampai rumah, lepas tu makan borak-borak pukul 4 pagi baru tido. Lepas subuh tu bangun mandi-mandi, aku tak tido balik dengan niat nak tolong apa yg patut. Last kali dalam pukul 12 tengah hari bateri aku dah kong. Aku terbungkang tido kat ruang tamu. Pukul berapa entah abang aku gerak aku suruh aku tido kat bilik parents aku pasal paksu aku masuk. Aku dengan mamainya tak bukak mata bangun g ke bilik aku. Abang aku pun panggil lagi suruh aku g bilik mak aku sebab paksu aku nak ambik barang kat bilik aku. Aku pun tido la kat bilik mak aku. Lama sikit tu tido aku terganggu lagi dengan bunyi telefon rumah. Aku angkat panggil mak aku pastu aku g bilik aku lak sambung tido lagi. Diorang ada kejutkan aku suruh aku g makan kat rumah maktam aku. Aku dengan mamainya jawab, kemengantukkan mengatasi kelaparan. Kul 2.30 baru aku bangun solat zohor. Petang tu diorang bahan aku pasal aku jawab ‘kemengantukan mengatasi kelaparan’. Malam tu lepas dah kemas-kemas after tahlil tu, aku balik rumah terus tido.

Ahad petang semua sedara mara aku dah balik. Anak-anak maktam aku lak datang melepak kat rumah aku. Makan mandi semua kat sini. Oleh sebab maktam aku rasa sunyi, maktam aku pun g ikut paktam aku berniaga kasut bundle kat pasar malam. Waktu tu aku pun mula rasa sunyi. Almaklumlah dah terbiasa riuh rendah dalam 3 hari tu. Ok, malam ni keadaan bertambah sunyi. Kakak, acik and adik semua ikut ayah dengan ibu diorang berniaga kat pasar malam. Kakak aku baru je naik bas ke Melaka petang tadi. Abang aku pulak outstation, petang tadi dia gerak. Tinggal la aku dengan parents aku je.

Oh teringat lak sedara mara aku kata arwah tok aku punya kubur, kubur dalam taman. Kubur dia tempat tersembunyi sikit. Sebelah ke belakang tesco. Abang ngah boleh pulak kata, senang arwah nak shopping. Yang lain pulak kata dulu tok duduk kat kampung, dah meninggal kebumi kat bandar. Al-Fatihah buat arwah tok.


No comments: