Followers

A letter for CH


Dear Mr. CH,


Sorry sorry sorry. Really sorry. Millions sorry.

I do not mean to embarrass you or disappoint you.

I just can't accept you. I really can't.

At least I do with a good way right?

So please do not misunderstand. I do not want the guilt squeezed.

I have my own target. I'm more comfortable focus on one thing.

The most important thing, I was very comfortable and very pleased with my life now.

I will bear an enormous responsibility.

So I want to focus on my career as well as my studies.

For the time being, I do not have time for any relationship, any commitment, or what-so-ever.


You have asked me to spend some time for you every day.

Frankly speaking I do not have 'that time' for you.

Free time that I have just for me to sleep (most important thing in my to do list), watch dramas or  movies, or hang out with my gengs.

You have said that you will wait for me another two years.

But please do not be too hope on me.

Two years is a long time, do not know what will happen later.

Maybe on that time, I am still not ready for any relationship or perhaps I will be with other guy.

Please give up, don't make me feel guilty.




Sincere,
Your-old-classmate







Good friends


Tadi Teha dengan peng mai bilik. Then tanya soalan yang sama hari-hari, “Reen, dah makan ke belum?” Aku tanya diorang nak cerita kahwin 5 dengan sepah the movie tak. Laju je diorang masuk bilik hulur pendrive. Then Teha cakap;

Teha: kitorang selalu risau kau tak makan tapi bila call je tak dapat.

Aku: kadang-kadang aku tak perasan lak nset dah off.

Teha: setiap kali nak makan je mesti teringat kat kau.



Aku teringat lak hari tu Monster text aku ajak makan. Then waktu tunggu makanan siap tu dia tanya aku;

Monster: Reen semalam kau tak makan eh?

Aku: makan la, aku makan nasi ayam dengan nyah.

Monster: Mas kata kau tak makan, risau kitorang.

Aku: ooo balik exam tu memang aku tak makan. Aku makan lepas balik dari SAC dengan canselori.



Geng, jangan risau lagi eh. Aku mesti makan punya setiap hari even just maggi. Kalau sehari tak makan, bukan Reen namanya. Million thanks atas keprihatinan korang semua. Serious terharu bebs! Hari-hari rajin cek aku dah makan ke belum.

And pasal nset tu. Sorry la sometimes aku tak berapa nak alert dengan nset aku. Bukan sometimes kot but almost the time I think. Sampai hari tu rumet aku cakap “kau kena alert dengan nset tu”. Ok ok, next time aku try untuk lebih alert dengan nset tu tapi tak janji la. Ngehehe.



Sepucuk Surat

Semalam aku terima sekeping surat. Sekeping warkah yg tak pernah aku impikan. Tolong la tarik balik surat tu. Kenapa perlu aku? Kenapa bukan orang lain? Ramai lagi yg lebih layak dari aku.

Aku takut sebenarnya. Serius aku takut. Aku buntu tak tau nak buat apa. Once aku dah terima, bermakna aku perlu pikul tanggungjawab baru. Bagi aku tanggungjawab tu sangat besar hingga aku meragui kebolehan diri aku. Mampukah aku? Bagi aku tanggungjawab tu adalah amanah dari Allah.

Macam mana ni? Diri sendiri pun tak terurus lagi, inikan pula nak pikul tanggungjawab besar macam tu. Macam mana kalau ada hati yg kecewa dengan aku di kemudian hari? Aku tak mahu perkara seumpama itu berlaku. Aku terfikir untuk melakukan istikharah, tapi keadaan aku sekarang tidak mengizinkan. Keputusan tak boleh dilengahkan lagi. Tapi kandungan surat tu umpama tidak memberi aku pilihan.

Jam 4 pagi lebih tadi, kakak aku call. So aku cerita je la pasal surat tu. Kak yong suruh aku fikir elok-elok, fikir sehabis baik sama ada aku mampu ke tak. Hati aku lebih ke arah tidak sebenarnya. Tadi aku bagitau emak. Mak suruh aku terima siap ucap tahniah lagi. Aku cakap pada mak yg aku tak nak. Mak kata ni la peluang aku, kalau orang lain mampu buat kenapa aku tak? Kalau tanggungjawab tu berat, pikul la bersama, jangan aku menyesal di kemudian hari. Tu semua pengalaman baru untuk aku, lagipun orang dah beri kepercayaan pada aku. Begitu la kata mak.

Apa harus aku buat ni? Mak terlalu berharap agar aku terima. Aku tak nak hampakan mak. Kata orang restu dari ayah dan ibu tu penting. Tapi aku dah menitiskan air mata sebab tak nak tadi, serius rasa nak nangis. Ya Allah ya Tuhan ku, andai ini lah amanah dan dugaan Mu, aku akan terima dan cuba buat yg terbaik. Tunjukkan lah jalan terbaik buat hamba Mu ini ya Allah. Permudahkan segala urusan ku. Moga aku nampak akan segala hikmah dan kebaikan daripadanya. Amin ya rabbal alamin.


Happy New Year 2013

Sempena tahun baru yg mulia ini, aku dan rumet aku seikhlas hati merajinkan diri membuat ucapan sekajang dua. 

Kepada ayahanda bonda kakanda-kakanda, rakan taulan, sedara-mara sepupu-sepapat, dan semua yg mengenali diri kami yg tak famous amous ini, dengan ini kami ingin mengucapkan;

















2013, here we come! Kami siap sedia mengentalkan diri untuk sahut segala caburan yg mendatang. Hidup YB! #erkkk…tetiba je.