Followers

Sepucuk Surat

Semalam aku terima sekeping surat. Sekeping warkah yg tak pernah aku impikan. Tolong la tarik balik surat tu. Kenapa perlu aku? Kenapa bukan orang lain? Ramai lagi yg lebih layak dari aku.

Aku takut sebenarnya. Serius aku takut. Aku buntu tak tau nak buat apa. Once aku dah terima, bermakna aku perlu pikul tanggungjawab baru. Bagi aku tanggungjawab tu sangat besar hingga aku meragui kebolehan diri aku. Mampukah aku? Bagi aku tanggungjawab tu adalah amanah dari Allah.

Macam mana ni? Diri sendiri pun tak terurus lagi, inikan pula nak pikul tanggungjawab besar macam tu. Macam mana kalau ada hati yg kecewa dengan aku di kemudian hari? Aku tak mahu perkara seumpama itu berlaku. Aku terfikir untuk melakukan istikharah, tapi keadaan aku sekarang tidak mengizinkan. Keputusan tak boleh dilengahkan lagi. Tapi kandungan surat tu umpama tidak memberi aku pilihan.

Jam 4 pagi lebih tadi, kakak aku call. So aku cerita je la pasal surat tu. Kak yong suruh aku fikir elok-elok, fikir sehabis baik sama ada aku mampu ke tak. Hati aku lebih ke arah tidak sebenarnya. Tadi aku bagitau emak. Mak suruh aku terima siap ucap tahniah lagi. Aku cakap pada mak yg aku tak nak. Mak kata ni la peluang aku, kalau orang lain mampu buat kenapa aku tak? Kalau tanggungjawab tu berat, pikul la bersama, jangan aku menyesal di kemudian hari. Tu semua pengalaman baru untuk aku, lagipun orang dah beri kepercayaan pada aku. Begitu la kata mak.

Apa harus aku buat ni? Mak terlalu berharap agar aku terima. Aku tak nak hampakan mak. Kata orang restu dari ayah dan ibu tu penting. Tapi aku dah menitiskan air mata sebab tak nak tadi, serius rasa nak nangis. Ya Allah ya Tuhan ku, andai ini lah amanah dan dugaan Mu, aku akan terima dan cuba buat yg terbaik. Tunjukkan lah jalan terbaik buat hamba Mu ini ya Allah. Permudahkan segala urusan ku. Moga aku nampak akan segala hikmah dan kebaikan daripadanya. Amin ya rabbal alamin.


No comments: