Followers

Emak


Emak. Malam ni aku asyik terfikir pasal mak je. Layanan mak pada aku kali ni teramat sangat baik. Beza giler kalau nak dibandingkan dengan dulu. Aku tak tau apa yg buatkan mak berubah tapi pape pun aku nak ucapkan Alhamdulillah, aku bersyukur yg teramat sangat.

Emak macam sangat ternantikan kepulangan aku kali ni. Walhal sebelum ni mak rasa aku ni menyusahkan je bila balik rumah. Sejak  malam pertama aku sampai rumah sampai la sekarang, mak asyik masak makanan favourite aku je. Selalunya ayah je yg suka belikan makanan favourite aku. Emak berat hati nak bagi aku menginap kat tempat lain. Padahal sebelum ni mak tak pernah kisah aku nak tidur kat mana pun, Cuma ayah je kadang-kadang risaukan aku. Sepatutnya aku akan ke KL selasa ni tapi mak dan ayah sungguh-sungguh pujuk aku supaya tak pergi. Tapi aku ke sana sebab ada hal, bukan nak berfoya. Kalau aku setakat lepak enjoy kat KL, for sure aku dah cancel plan aku ke sana. Aku pun tak senang hati bila mak ayah aku tak nak aku ke sana.  Malam semalam waktu maktam ambik aku kat rumah nak bawak aku tidur kat rumah dia, mak tanya kenapa maktam tak ambik aku pagi esok je bawak pergi picnic, tak payah la aku tidur rumah dia. Padahal dari sekolah rendah lagi aku dah biasa tidur kat rumah maktam aku kot.

Kelmarin mak nampak parut kat kaki aku, lepas tu mak tanya kenapa then siap bagi aku bio oil suruh sapu kat parut tu. Serious pelik giler. Sebelum ni aku luka sana sini tak pernah pulak mak kisah. Waktu kecik dulu kaki aku siap pernah berdarah kena pukul dengan mak lagi, tak pernah dia ambik tau pasal luka tu. Balik picnic tadi, badan aku pedih-pedih terbakar sebab mandi kat laut tengah panas. Mak suruh aku terus mandi pastu dia membebel. Tapi lepas aku siap mandi solat tu, mak bagi krim untuk muka and untuk badan suruh aku sapu. Krim badan tu kebetulan dia baru je beli, so aku la yg merasmikan dulu. Lepas tu mak kata, kalau setakat pedih dengan gelap je takpe, ni risau esok jadi menggelupas pulak karang. Padahalnya sebelum  ni aku pernah mandi air laut lepas tu jadi menggelupas kulit, paling teruk kat bahagian muka la. Tak pulak mak ambik kisah time tu.

Teringat pulak aku baru-baru ni kak yong ada call aku. Kak yong cakap kat aku yg mak ngadu kata aku ni jarang call mak. Padahal sebelum ni aku lagi jarang call sebab biasanya aku call ayah je. Tak pernah pulak mak kata pape. Dulu kalau aku call mak pun macam takde benda nak cakap, mak selalu habiskan perbualan tu awal. Tapi baru-baru ni waktu aku call, macam-macam benda yg mak cerita, lama jugak la gayut. Dulu mak mesti akan kejutkan aku sambil marah-marah kalau aku bangun lambat. Tapi sekarang mak tak kan kacau aku tidur even lambat mana aku bangun. Bila dah bangun, mak siap suruh aku pergi makan lagi padahal dulu mesti perli aku bangun lambat pastu tak malu makan makanan yg dia masak.

Memang aku sangat rasai perbezaan layanan mak. Rasa macam bahagia giler duduk rumah sampai tak nak balik asrama. Hope benda ni berkekalan forever. Walaupun dulu kadang-kadang mulut aku kata aku benci mak tapi kat hati aku tetap sayang mak. Terima kasih mak kerana telah melahirkan dan mendidik adik menjadi manusia yg boleh berdikari dan mudah-mudahan berguna pada masyarakat.

No comments: